Saturday, June 25, 2011

projek waktu cuti 1 : cheese =)

assalamualaikum...

semua orang pon tahu aku tengah bercuti kan sekarang.jadi untuk mengisi masa-masa di waktu cuti yg dihabiskan dgn tidur saja,,aku pon cubalah menjinak-jinak merpatikan diri dgn dapur.hahha.tolonglah percaya.aku tak tipu okey.

untuk menyangkal tuduhan sesetengah pihak yg selalu mengutuk skill memasak aku,,jadi aku cuba cuba buat ini.hahha.tahu ini apa??





haa ni lah blueberry cheese cake home made aku yg pertama.ini aku yg buat ya.bukan beli di kedai.kalau beli di kedai mestila lagi lawa.hahha.sedap tau.hahha puji diri sendiri.ahhh peduli apa.kau ada??hahha.

nak buat cheese cake ni tak lah susah mana pon,,cuma bahan-bahan aja yg agak mahal sikit.sebab tu la agaknya cheese cake ni mahal.resepi aku curik dari sini.kalau nak cuba bolehlah ya klik di sini.kak irma tuan punya blog ni kan mmg sangat pandai masak.dekat blog dia ada banyak sgt resepi.best betul jadi dia.=)

rasa cake ni pulak ya allah..sumpah sedap.dah macam kek beli kat secret recipe dah.hahha.tipu.tapi betullah mmg sedap.tapi resepi dia aku dah modified sikit-sikit la dari resepi asal sbb aku carik philadelphia cheese 300g tak jumpak.jumpa yg 250g aja.so aku cuma guna telur 2 biji,,tepung dan gula pon aku kurangkan sikit.

lepas tu topping kat atas tu pulak sebab aku carik buah blueberry tak jumpak.huhu.iyalah aku ni duduk kat kampung bukannya kat venezuela(ada kaitan ke??) bole petik buah blueberry belakang rumah aja.belakang rumah aku pokok pandan,,lengkuas kunyit dgn buah nyoq ada la.kampung macam ni manala nak carik kedai yg jual buah blueberry.kalau setakat buah rotan buah rambutan buah durian tu ada la.nak cari blueberry mmg cari sampai lebam la kau.

oleh kerana tak jumpa buah blueberry so aku guna blueberry topping aja.hehe.tapi sedap jugak tau.dalam topping ni pon ada buah jugak.aku letak topping banyak-banyak.saja nak membazir.hahha.



haa tengok tu.lawa tak.aku tau hodoh tapi tolongla cakap lawa.penat tau aku buat.hehehe =p.lepas tu kan kek ni kan dia macam ada jugak la crack crack sikit-sikit.biasalakan baru first time buat.kalau  first time pon da perfect lawa mmg boleh bukak kedai la aku.lepas tu haruslah secret recipe gulung tikar.hahhhaaaha.tapi crack tu tak la besar mana.masih boleh dicover oleh topping blueberry tu.hahha.ini la salah satu alasan aku guna topping.kalau tak mesti kek aku nampak cacat.hahha.jadi kawan-kawan sesapa yg tgh tadak keja asyik buang masa mengadap tv dgn online aja tu bole la ya ikut jejak langkah aku,,ceewah hahha,,cuba-cubalah buat blueberry cheese cake ni.perut pon kenyang dari korang dok mengadap komputer 24 jam dia bkn bole bagi perut korang kenyang pon..hahhaaha.=)

notakaki 1 : aku pon dah pandai masak mee kuah dgn gulai ikan tau..hahha..kemajuan tak terjangka neh tau tak..hahha,,tak kira nak bangga jugak.sapa kata aku tak pandai masak.=p

notakaki 2 : kak tam cepat balik kita share buka kedai kek.hahha.bole jadi orang kaya kita tak lama lagi.ngahaha..=)

3 comments:

hAnis said...

kena buat smpai hbs..:)bjuang smpai hbs

Cahaya said...

lawa2..nanti boleh la jual kat kiam ye ;)

makcik said...

@hanis:haha..okeh2..berpantang maut sblm ajal..=p

@cahaya:kalau kiam sediakan oven dgn peti ais bole aja..hahha..=p