Thursday, June 23, 2011

day2-mari bercerita

assalamualaikum...

okeh untuk hari ke-2 ialah movie best yang pernah anda tonton.sungguh lah aku ni dah terlalu banyak tengok movie,,sampai dah tak ingat dah setengah.semua jenis movies aku tengok.cina ke tamil ke korea ke jepun ke filipina ke bahkan cerita dari zimbabwe pon aku layan.haha.mak aku selalu marah dan cakap aku ni tengok cerita tak pilih langsung,,semua aku tengok.haha.bagus la kan tak memilih.tapi selalunya movies2 bagai ni aku cuma tengok dari tv,cd atau laptop ja sebab aku adalah spesies yg tak masuk panggung.heee~tak kisah lah kalau orang nak cakap aku kolot pon.setiap orang ada pandangan masing-masing kan.dan percaya atau tak aku tak tengok lagi nur kasih =(.sapa suruh tak bawak keluar cd.kesian kat manusia-manusia macam aku yg tak masuk panggung nih.tolong la keluarkan cd nur kasih.

dalam banyak-banyak movies yg aku dah tengok aku rasa 2 cerita ni la kot yg bagi aku paling best dan sangat meninggalkan kesan dalam diri aku.




pertama cerita ini.ini cerita korea.oh ya aku memang die-hard-fan cerita-cerita korea.haha.apa aku peduli yang pasti cerita-cerita korea sangat masyuk dan hero-hero dia sangat hensem.hahhhaa.tajuk cerita ni 'a moment to remember'.mungkin ramai yang dah pernah tengok sebab cerita ni dah lama keluar.cuma aku ja yg ketinggalan zaman baru tengok awal tahun lepas masa di matrik.cerita ni sangat sedih ok.aku yang kebal tak pernah menangis tengok cerita hindustan ni ntah macam mana boleh meleleh-leleh tengok cerita ni sampai termimpi-mimpi =( terlalu menghayati kot.hahha ^_^

cerita ni pasal pesakit alzheimer.tau tak alzheimer tu apa.bukan makanan atau brand baju ya kawan2.alzheimer ni sejenis penyakit yg menyebabkan seseorang tu hilang memori sedikit demi sedikit.secara ringkasnya macam ni la cerita dia.laki dgn perempuan ni berjumpa masa perempuan tu tgh heart broken.so lepas berkenalan mereka pon kahwin.then lepas kahwin dan hidup bahagia tiba-tiba pompuan tu baru tau yg dia ada alzheimer.tapi dia tak bagitau suami dia.tapi last-last husband dia tau jugak sebab dia selalu lupa-lupa.

yang bestnya even pompuan ni sakit dan selalu lupa pasal suami dia tapi suami dia tetap terima pompuan ni dan layan isteri dia dgn baik.haish mmg susah la nak cari husband macam ni habaq hang.one in a million.suami dia siap buat notes banyak2 lekat kat dinding rumah in case isteri dia tiba-tiba lupa lagi.ada sekali tu isteri dia lupa yang dia dah kahwin dan ingat yg dia masih bercinta dgn pakwe lama yg tinggalkan dia tu.kesian gila suami dia masa tu.tapi suami dia sabar aja.kalau suami-suami di malaysia ni aku rasa dah cari lain dah.isteri baru patah kaki sebab jatuh tangga pon dah boleh dijadikan alasan nak kahwin lain kan.kalau kena isteri dapat alzheimer mcm ni memang terus kena tinggal la jawabnya.hehe.okeh taleh cakap bebanyak ini isu sensitip..hehhe..



cerita laskar pelangi ni pon aku tengok masa di matrik.cerita ni pon sangat-sangat la bagus.aku rasa budak-budak zaman sekarang yg malas nak belajar dan tahu nak berlagak aja patut tengok cerita ni.bagi sedar sikit batapa bertuahnya kita ni dapat belajar.belajar pulak tu kat sekolah yang sikit punya cantik.tu pon taktau nak bersyukur.asyik nak merungut aja.kena dapat sekolah macam budak-budak dalam cerita ni baru tau.

cerita ni memang sangat meninggalkan kesan la kat aku kan.huhu.lepas aja tengok cerita ni terus semangat nak belajar rajin-rajin.hahha.terus rasa betapa bertuahnya aku dapat belajar sampai masuk unibersiti.rupa-rupanya ada lagi orang yg lagi malang yg nak pergi belajar menuntut ilmu pon macam-macam cabaran kena lalui.tu pon mereka ni tak pernah merungut.memang la aku cadangkan bagi aja budak-budak yg malas nak belajar tapi tau nak melepak dan menghabiskan duit mak bapak tu bagi depa tengok cerita ni.kalau tak lut jugak hantar aja budak-budak macam tu masuk sekolah kat pedalaman.bagi rasa sikit kesusahan.tapi aku rasa zaman sekarang ni dah tadak kot sekolah macam dalam cerita laskar pelangi ni.kalau ada aku nak hantar adik aku pi sekolah tu.hahha.=p

okeh itu saja.caucincau.^_^

2 comments:

hAnis said...

hebat weyh skali hg buat post panjang ak malas liat haha...ok soalan hari kelima ak xmau jawab buley dop??

makcik said...

haha..kata tadak gheja weh..apa lagi gheja mengarang ayat aja la aku..hahha..