Thursday, June 16, 2011

betul ke:orang tamak selalu rugi???

assalamualaikum.

orang tua-tua cakap,,orang tamak selalu rugi.Betul ke??Aku pulak cakap orang tamak selalu untung.hahahaha..=p

oleh sebab aku terlalu berpegang dgn prinsip orang tamak selalu untung ini,,maka selama aku hidup di dunia ini aku telah menjadi seorang yang TERsangatlah tamak.Semakin hari ketamakan aku semakin menjadi-jadi.Sampai dah tak dapat dikawal lagi walaupun menggunakan ubat yang paling mahal di dunia sekalipun.



kemuncak kepada ketamakan ini telah menjadikan aku seorang yang sangat tamak sehinggakan si anjing yang tamak dalam cerita teladan itu pon merasa tergugat oleh ketamakan aku.Dengan sikap tamak yang semakin berleluasa dari hari ke hari,,sebulan yang lalu semasa study week aku telah mengopy,,mengeteh,,memilokan beberapa cerita korea dan jepun..sebenarnya bukan beberapa tapi berbanyak-banyak lah jugak(apakah ayat??)

hate caffein hate coffee..*tetiba* =p

cerita-cerita itu dicopy dengan penuh angan-angan minah jenin untuk ditonton semasa cuti sem ini.Ya betul aku copy movies sampai penuh memory laptop aku..huahuahua..tu pun kalau ada external aku nak ambik lagi.Sungguh tamak kan saya??haha.apa aku peduli,,itu kan moto hidup aku.Konon-kononnya cerita-cerita tu semua aku nak tengok sebab nak release tension study untuk exam la.konon...balas dendam sebab sepanjang study week dengan exam week aku berpuasa dari tengok pakwe2 aku..kah3..

hai hensem..*sambil kenyit-kenyit mata*


tak cukup dengan tu waktu book fair di PWTC hari tu aku jugak borong novel berbakul-bakul.Sedangkan waktu tu cuma tinggal seminggu saja lagi nak exam..tapi novel-novel tu bukan untuk di baca waktu itu.Tapi aku nak simpan untuk cuti sem jugak.haha.Lihat,,betapa tamaknya aku kan.

tapi penat lelah aku mengopy cerita-cerita tu berakhir dengan sadis sekali..nak tau apa terjadi??haa tu la orang dah cakap jangan tamak.Dah cakap orang tamak selalu rugi tapi tamau percaya.Last-last aku habis tengok satu cerita aja daripada berpuluh-puluh cerita yang aku copy tu..sebab??

cerita ni ja yang sempat habis..tu pon lepas stay up bermalam-malam..heee..

sebab aku telah membuat keputusan untuk menjadi seorang manusia yang berpura-pura baik hati,,pemurah,,berhati mulia,,etc etc dengan meminjamkan laptop aku kepada abang aku..haaaa see baikkan aku.Tolonglah terharu dengan kebaikan hati aku nih..Ingat senang ke aku nak jadi baik macam ni haa..jadi sepanjang cuti sem ni berchenta la aku dengan bantal dan tv sahaja..tengok aja la cerita kat tv..waaaa..sungguh ketinggalan zaman,,tengok cerita lama-lama aja..

tapi nasib baik aku ada novel-novel hasil ketamakan aku tu..huhu..so,,tetiap hari menjadilah aku rakyat yang patuh dengan menyahut seruan kerajaan untuk mengamalkan budaya membaca..hooyeaahh..haha..agak-agaknya lama-lama aku rasa aku pun dah boleh jadi sasterawan kot(okeh,,sila muntah) sebab tiap-tiap hari dok membaca novel aja sampai aku pon dah naik muak dan nak termuntah asyik membaca aja..waktu nak exam dulu pon baca dah habis exam pon kena membaca lagi(ayat bajet ^_^) adeih maunya tak naik power spek ai neh kalau dah 24/7 asyik mengadap buku aja(ayat bajet kuasa 2)..ulat buku pon maunya tergugat dengan kerajinan aku membaca nih..haha..



dan sekarang di waktu-waktu pc ni sedang dalam mood baik boleh la aku online sampai pagi-pagi buta sambil-sambil bertahajud..ngahahaha =P..kalu tak pukul 10 aku dah hanyut belayar ke laut hitam sampai pukul 10 esok paginya..hehe..ini aktiviti normal manusia yang tengah bercuti la kan..tak percaya tanya peter answer..keh3..lagipun pc ni memang tengah melalui hari-hari terakhir hayat dia pun..doktor kat kelinik komputer tu pon dah cakap yang mr. pc ni mmg dah tadak harapan..jadi layan la dia elok-elok di hari-hari terakhir dia..kalau lagi sekali dia pengsan memang alamatnya dia tak akan sedar-sedar lagi buat selamanya dan patut kena buang dalam sungai aja.Dah tadak penawar dah untuk dia..sob3..


jadi apa yang aku nak sampaikan cuma,,dengar cakap orang tua-tua.Jangan nak memandai-mandai manipulate kan kata-kata orang tua-tua ya anak-anak.Orang tamak memang akan selalu rugi.Sekarang aku dah faham,,percaya dan insaf!!!tengok apa jadi dengan aku.Tamak!!semua cerita aku nak ambik,,tu tak kira game lagi tuh..Bila pon tatau la aku nak tengok cerita-cerita yang berlonggok tu.Sebab aku jenis yang tak suka nak melagho-lagho buang masa tengok cerita-cerita tu semua bila da start kelas(ehhe..konon,,hanya aku hentam tengok jugak kalau dah tak tahan sangat =P) sebab once aku dah start tengok aku sahngat la susah nak stop.yeah better prevent than cure kan(ada kena mengenakah??) sampai time lecture mengajar pon ai boleh dok terbayang wajah-wajah hensem pakwe-pakwe ai tuh..haha..what to do..

hensem habaq hang..aishh ~_^

hah lupa pulak,,aku jugak copy berlonggok-longgok game,,konon nak main time cuti ni la jugak..tapi hampeh.Baru satu game ja kot aku habis main..sudah lah buat aku sakit hati aja cerita pasal ni.Yang pasti aku tamau jadi manusia tamak lagi..ekk o_O..insya allah..hehe..^_^V(peace)


notakaki:abang aku bukan tadak laptop tapi memandangkan kami ni baik hati belaka,,dia bagi laptop dia kat kak aku..tapi aku tau taktik dia nak beli laptop baru sebenarnya tu baik hati sangat..tapi dia tak cukup bajet lagi sebab dok kalut simpan duit nak kawen(hahahahaha),,so last-last aku la yang jadi manusia paling baik hati..ngeh3=))

3 comments:

Zakiyah Zainon said...

cuba cerita keturun laptop yang dipinjam tu dari mana? conclusion manusia yang paling baik hati pasti bertukar tahta hahahaah

makcik said...

haha..
keturunan kita memang baik hati belaka..=p

Si Kandil Hijau said...

hmmph..xd maknanya simpan dwet nk kawen..bangdin mmg xda dwt g nak beli laptop apatah lg menikah.muahaha...
Biarkan korang2 semua mnjadi baikhati tp kaktam mendapt untungnya. ha haha...

novel2 kat umh selain drpd dok interprem ja dlm mari tu, baik dikmah join goodreads.com. buleh tayang kat 1 dunia koleksi kita...nti add kaktam..yuhuu!!