Sunday, October 2, 2011

Thursday, August 18, 2011

homo sapiens

assalamualaikum

manusia memang begitu,,
pantang ditegur,,mulalah mencari salah orang semula
untuk menutup salah sendiri.

manusia memang begini,,
salah orang sentiasa di mata
salah sendiri seolah-olah tak pernah ada.

selagi bergelar manusia begitulah perangainya
selagi bergelar homo sapiens beginilah sikapnya

rasa terhina mungkin andai kelemahan dia diketahui
mungkin juga tercabar bila salah dia ditegur

abaikan saja manusia sebegini
salah dia ditegur tapi salah kita pula dicari,,
supaya kita terdiam tak menegur dia lagi
juga mungkin supaya kita kelihatan bersalah seperti dia juga
mungkin bagi dia malaikat saja yg layak menegur menasihat dia
kerana manusia semuanya pernah membuat salah
jadi,,selagi malaikat tak turun menegur dia,,
biarkan saja dia begitu.

tapi ingatkan diri kita supaya jangan jadi seperti si HOMO SAPIENS itu!!!



Monday, August 1, 2011

ramadhan dan kesabaran

assalamualaikum

sedar tak sedar dah masuk pon bulan puasa.dan sedar tak sedar jugak minggu ni dah minggu kedua aku mula kelas.oh ya sempena bulan ramadhan ni mari la sama-sama kita gandakan lagi amal ibadat kita =)




dan bila berpuasa ni memang macam-macam dugaan la yg datang kan.dugaan dan cabaran yg paling berat aku rasakan utk ramadhan kali ni adalah dugaan menahan kesabaran aku yg sangat-sangat teruji sekarang ni.okeh tiba-tiba mata rasa panas macam ada haba terlebih pulak =(

sungguh lah Allah takkan menguji kita dgn ujian yg tak mampu kita tanggung.jadi aku dah dipilih utk ujian ini.jadi aku kena kuat.insya allah ada balasannya.tapi kadang-kadang semakin kita bersabar semakin kuat pulak seseorang tu nak menguji kesabaran kita.aku pon dah tak tau apa aku merepek ni.yang pasti sekarang aku sangat tak bersemangat nak belajar dan aku sedang dan masih lagi nak mengumpul kekuatan dan semangat utk hadapi segala cabaran dan ujian.

dan aku percaya everything happens for a reason.jadi aku mesti sabar dan kuat!!!