Thursday, June 16, 2011

malam ini malam jumaat

assalamualaikum..



Abu Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Aus bin Aus ra. Berkata , Rasulullah SAW bersabda : 

“Sesungguhnya yang utama dari hari-harimu ini ialah hari Jumaat, di dalamnya terjadi Nabi Adam as, dan pada hari itu juga beliau wafat, dan pada hari itu juga akan ditiup sangkakala, dan pada hari itu juga akan mati semua makhluk. Maka perbanyakanlah membaca selawat kepadaku, kerana selawatmu itu disampaikan kepadaku.”

Antara amalan yang boleh dilakukan pada malam jumaat ialah:

  • membaca surah Al Kahfi
 “Dari Abu Said Al-khudri ra dari Nabi Muhammad SAW. Baginda bersabda:Siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka disinari Allah baginya dengan antara dua Jumaat.” (Diriwayatkan oleh Baihaqi) 

  • memperbanyakkan berselawat ke atas nabi
firman Allah SWT:
 “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat –Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang beriman ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna kepadanya(Nabi).” (Al-Ahzab:56)

  • membaca surah yasin
surah Yasin mempunyai banyak kelebihan yang tersendiri.


Dari Abu Hurairah ra. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda ;
 “Siapa yang membaca surah Yaasin pada malam Jumaat maka pagi-pagi ia mendapat pengampunan.

Daripada Anas ra sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
"sesungguhnya bagi tiap-tipa sesuatu ada baginya hati dan hati quran ialah surah Yasin,dan siapa-siapa membaca surahYasin ditulis baginya dengan membacanya itu pahala sepuluh kali baca Al-Quran."

Daripada Abdullah bin zubair ra berkata:
"sesiapa membaca Yasin sebelum dikerjakan hajatnya nescaya ditunai hajatnya."

Hidupkanlah jumaat dengan melakukan amalan-amalan yang berfaedah serta memperbanyakkan lagi ibadah.^_^



rujukan:http://www.resepirahsiaku.com/

No comments: