Thursday, June 30, 2011

day 9-perasaan itu apa?

assalamualaikum...

perasaan hari ini adalah biasa-biasa saja.rasa mcm heartless pon ada =)


Wednesday, June 29, 2011

day 8-aku si kaki gaduh

assalamualaikum...

tipu la kalau cakap yg aku tak pernah bergaduh.aku bukanlah baik sangat sampai tak pernah bergaduh.buktinya setiap hari aku gaduh dgn adik aku.hehe.dan sepanjang aku hidup ada 2 pergaduhan yg sgt memberi kesan dalam hidup aku.sekali semasa aku di sekolah rendah dan lagi sekali semasa sekolah menengah.dan pergaduhan ini bukan pergaduhan biasa kanak-kanak yg berebutkan anak patung atau coklat,,tapi pergaduhan sehingga melibatkan campur tangan orang atasan.tapi aku tak pernah bergaduh sebab berebutkan lelaki okeh..=p

tapi aku tak bercadang nak ceritakan perkara ni.sebabnya bagi aku benda-benda ni semua dah berlalu buat apa nak diungkit balik kan.lagipun semua dah berbaik,,berdamai.ini semua cerita lama.cerita zaman kanak-kanak,,walaupun yg terlibat orang dewasa.hahha.lagipun cerita ini bukanlah cerita yg baik utk dikongsi.kalau diungkit balik mungkin akan ada pihak yg berkecil hati nanti.

yang pastinya semuanya berpunca dari sikap iri hati dan cemburu.biasa lah manusia mmg tak boleh tengok orang lain hidup lebih bahagia daripada dia.hahha.yang baik jadikan teladan yg buruk jadikan sempadan.ambil iktibar dari setiap kejadian.dan sungguh aku sudah serik utk bergaduh,,kerana pengalaman pergaduhan dulu menyebabkan banyak air mata aku tumpah,,menyebabkan sebahagian hati aku terluka,,otak berserabut,,emosi terganggu hingga hampir-hampir aku gagal dalam pelajaran.tapi aku beruntung kerana di sekeliling aku ada insan-insan yg sentiasa menyokong aku.

kesimpulannya,,jauhi pergaduhan.hahha.hidup aman damai kan lagi baik.dan jangan takut utk pertahankan diri kalau kita tak bersalah.gunakan kebijaksanaan kita utk selesaikan masalah..ntah hapa aku merepek malam nih ^_^

Tuesday, June 28, 2011

day 7-aku pon baik jugak =)

assalamualaikum...

malu ah kan nak puji diri sendiri.hahha.tapi kebanyakan kawan-kawan aku cakap before kenal aku betul-betul semua ingat aku ni budak skema dan baik stok-stok ustazah bahiyah.tapi lepas dah kenal betul-betul rupanya lagi baik.hahha.okeh itu bohong.=p

1-sebenarnya aku ni agak penyabar.kalau aku marah aku lebih prefer utk diam dan buat bodoh.tapi kalau org tu terus-terus nak cari gaduh dan terus-terus menguji boiling point aku,,mmg kau kena la.hahha.

2-aku ni mudah kesiankan orang,,tambah-tambah lagi kalau orang-orang tua dgn kanak-kanak yg dok mintak-mintak sedekah tu.kadang-kadang kalau tengok pengemis tua tepi jalan pon bole buatkan air mata mahal aku neh mengalir.haha.ntah hapa-hapa kan.

3-jujur kot sikit-sikit.hahha.kadang-kadang terlebih jujur sampai orang boleh baca perasaan aku tanpa aku bagitau pon.kawan aku cakap aku tak pandai berlakon.tapi aku rasa aku la pelakon paling hebat.hahha.=)


notakaki:aku cuma manusia biasa yg tak dpt lari dari buat salah dan silap.jadi mari kita sama-sama berusaha utk jadi baik..=)

day 6-aku memang jahat.

assalamualaikum...

perangai buruk ya.hahha.tapi kenapa 3 aja.sebabnya aku ni ada banyak perangai buruk neh.hahha.sebuah buku pon tak tentu lagi cukup nak listkan perangai buruk aku.hahha.tak percaya tanya mak aku.sepupu aku si amjad yg umur 4 tahun tu pon selalu cakap 'kak cik mah jahat'.hahha.sebab aku suka kacau dia.


pertama-tamanya : aku suka buang masa buat benda-benda lagho seperti tengok tv,,berangan,,usha orang,,tidur,,tidur dan tidur lagi.tambah-tambah lagi time-time cuti macam ni.

kedua-duanya : aku seorang yang pemalas.tambah-tambah bila kat rumah sebab mak ada nak buat semua benda.hahha.satu benda aja yg aku rajin,,,aku rajin tidur dan bermimpi.=)

ketiga-tiganya : aku seorang yg agak pemarah dan egois.hahha.abang aku pernah cakap yg aku ada renungan seorang yg egois.betul ke??tapi aku bukan jenis yg akan marah tanpa sebab.heee~


day 5-status??

assalamualaikum...



status??relationship??hahha.apakah aja.setakat ni tak pernah ada experience lagi berkahwin dan insya allah setakat ni tak pernah terfikir lagi nak berelationship-relationship bagai selain relationship sebagai kawan-kawan saja.suma pon kawan.dan sejujurnya aku tak banyak kawan lelaki.kenapa??hahha.sebab aku lagi selesa berkawan dgn perempuan.mungkin dah terbiasa dgn environment tanpa kawan lelaki 5 tahun semasa sekolah buatkan aku jadi kurang selesa kawan dgn lelaki.

kawan lelaki aku mmg boleh dikira dgn jari aja.aku akan anggap lelaki tu kawan aku kalau dia boleh buatkan aku bercakap lebih dari 10 patah sehari dengan dia.and the fact is aku ni sebenarnya pemalu.hahha.tolong percaya.aku tak akan bercakap banyak dgn lelaki yg aku tak kenal sgt even dia classmate aku.bukan sombong.cuma aku mmg mcm ni.hahha.tapi takla sampai tahap kalau org tegur pon aku buat bodoh aja,,kalau org tegur aku aku okey aj.kalau dgn kawan perempuan pon aku tak cakap banyak jugak.hahha.tolong percaya lagi sekali.=p

dan salah satu sebab aku malas nak lebih-lebih dgn lelaki ni adalah bagi aku,,bagi aku la ea.ni pendapat aku la.bkn nak mengutuk or cari gaduh okeh.ni pendapat aku aja.setiap org pon ada pendapat masing-masing kan.hmmm bagi aku lelaki ni depan lain,,belakang lain.kira mcm ni la.depan pompuan A maybe dia puji-puji pompuan A ni.pastu kutuk-kutuk pulak pompuan B.tapi bila depan pompuan B dia puji lak pompuan B ni pastu kutuk lak pompuan A neh.bila dgn kawan-kawan sesama lelaki pulak dua-dua pompuan dia ngutuk.mcm tu la lebih kurang.aku tak pandai la nak explain.mmg sgt fail la klau bab nk explain neh.hahha.snang cerita aku tak berapa nak ada kepercayaan dekat lelaki melainkan aku dah kenal hati budi limpa jantung dia semua.hahha.sori ya kaum-kaum lelaki.



lelaki selalu ckp perempuan ni hipokrit.tapi bagi aku laki pon sama aja hipokritnya.laki selalu cakap pompuan ni suka bergosip mengumpat but the fact is lelaki pon sama aja suka bergosip dan mengumpat.tambah-tambah kalau pasal perempuan kan.laki mmg sangat suka kan bila kumpul ramai-ramai mula la,,kutuk pompuan ni gedik murahan,,mengata pompuan tu tak tahu malu,,cakap pompuan tu sombong,,cop pompuan nun perasan bagus hawt meletop padahal muka macam kawah bulan.bukan mengumpat jugak kah tu wahai kawan-kawan??kalau bukan  mengumpat orang panggil apa ya?sesi berkongsi buah fikiran barangkali?haha.sendiri fikir la.





dan sejujurnya jugak aku tak berapa suka dgn hal-hal relationship-I-LOVE-U tanpa ikatan neh.bagi aku jodoh tu allah dah tentukan.kalau dah jodoh tu tak ke mana kan.benda ni sgt menyerabutkan.umur-umur mcm ni baek tumpu study aja.nnt bila dah kerja ada dwet,,dah matured sket,,serius dgn hidup haa time tu barula fikir nak berchenta kahwin cari pasangan ke hapa ke.dah jumpa cepat-cepat kahwen takyah nak buang masa bercouple bagai tanpa matlamat.buat tambah dosa aja.kalau setakat sekarang dwet top up pon mak ayah supply lagi takyah la weh.hahha.buat serabut aja.hahhahaha..apa aku merepek entah.


notakaki:semoga allah kurniakan aku seorang suami yg soleh yg boleh membimbing aku untuk lebih mencintai DIA.^_^

notakaki 2:sekarang aku cuma in relationship dgn buku-buku tebal mcm kamus.haish..

kisahnya petir dan modem streamyx

assalamualaikum...

dekat 3 hari tak berupdate,,dan dekat 3 hari jugakla cabaran 30 hari tak dibuat.hahha.sori hanis aku bukan sengaja.

ceritanya petang ahad haritu hujan lebat.guruh berdentum dentam.aku??huh selamba lagi tengok tv.padahal dah maghrib pon time tu.tapi sibuk dok tengok kartun.tiba-tiba praaaeeuuunggg!!!!(ehhh mcm ni kah bunyi guruh??hahha.hentam sajala)apalagi terkejut satu rumah.baru la kalut-kalut nak tutup tv amik towel pi mandi.tuhan murka la tu.maghrib-maghrib tengok kartun.astaghfirullah..

lepas maghrib macam biasa,,on pc,,on streamyx.tapi tengok-tengok lampu modem dah tak bernyala.hah ni sah la sebab guruh kilat kuat tadi tu.huhu tu lah banyak melagho sangat dgn internet agaknya.sekali allah nak tunjuk la tu.padahal suis semua dah tutup.tatau mcm mana modem ni bole terosak jugak.

tadi lepas kelas motor(jangan tak tau aku sekarang tgh amik lesen moto pulak.hahha) terus drive ke TM.report2 bagai.petang tadi juruteknik TM mai rumah tukar modem baru..yeaay!!hahha.yg bestnya dia bagi modem wireless.hahha.tapi dia da ttup la wireless nya sebab package streamyx aku takdak wireless.tapi dia ckp kalau pandai buka,,buka la tp dia taktau apa-apa la.hahha.nasib baik aku ni seorang yg baik.tolonglah percaya aku seorang yg amanah okeh.hahha.lagi best modem baru ni connection dia rasa mcm laju gila.hahha.best2.tak putus-putus mcm modem lama tu.

nampaknya nak kena cover 3 entry neh utk cabaran 30 hari,,adeiihh..semput ah camni..naseb baik connection modem baru ni TERBAIK!!!hahha..terima kasih TM ^_^V

Saturday, June 25, 2011

projek waktu cuti 1 : cheese =)

assalamualaikum...

semua orang pon tahu aku tengah bercuti kan sekarang.jadi untuk mengisi masa-masa di waktu cuti yg dihabiskan dgn tidur saja,,aku pon cubalah menjinak-jinak merpatikan diri dgn dapur.hahha.tolonglah percaya.aku tak tipu okey.

untuk menyangkal tuduhan sesetengah pihak yg selalu mengutuk skill memasak aku,,jadi aku cuba cuba buat ini.hahha.tahu ini apa??





haa ni lah blueberry cheese cake home made aku yg pertama.ini aku yg buat ya.bukan beli di kedai.kalau beli di kedai mestila lagi lawa.hahha.sedap tau.hahha puji diri sendiri.ahhh peduli apa.kau ada??hahha.

nak buat cheese cake ni tak lah susah mana pon,,cuma bahan-bahan aja yg agak mahal sikit.sebab tu la agaknya cheese cake ni mahal.resepi aku curik dari sini.kalau nak cuba bolehlah ya klik di sini.kak irma tuan punya blog ni kan mmg sangat pandai masak.dekat blog dia ada banyak sgt resepi.best betul jadi dia.=)

rasa cake ni pulak ya allah..sumpah sedap.dah macam kek beli kat secret recipe dah.hahha.tipu.tapi betullah mmg sedap.tapi resepi dia aku dah modified sikit-sikit la dari resepi asal sbb aku carik philadelphia cheese 300g tak jumpak.jumpa yg 250g aja.so aku cuma guna telur 2 biji,,tepung dan gula pon aku kurangkan sikit.

lepas tu topping kat atas tu pulak sebab aku carik buah blueberry tak jumpak.huhu.iyalah aku ni duduk kat kampung bukannya kat venezuela(ada kaitan ke??) bole petik buah blueberry belakang rumah aja.belakang rumah aku pokok pandan,,lengkuas kunyit dgn buah nyoq ada la.kampung macam ni manala nak carik kedai yg jual buah blueberry.kalau setakat buah rotan buah rambutan buah durian tu ada la.nak cari blueberry mmg cari sampai lebam la kau.

oleh kerana tak jumpa buah blueberry so aku guna blueberry topping aja.hehe.tapi sedap jugak tau.dalam topping ni pon ada buah jugak.aku letak topping banyak-banyak.saja nak membazir.hahha.



haa tengok tu.lawa tak.aku tau hodoh tapi tolongla cakap lawa.penat tau aku buat.hehehe =p.lepas tu kan kek ni kan dia macam ada jugak la crack crack sikit-sikit.biasalakan baru first time buat.kalau  first time pon da perfect lawa mmg boleh bukak kedai la aku.lepas tu haruslah secret recipe gulung tikar.hahhhaaaha.tapi crack tu tak la besar mana.masih boleh dicover oleh topping blueberry tu.hahha.ini la salah satu alasan aku guna topping.kalau tak mesti kek aku nampak cacat.hahha.jadi kawan-kawan sesapa yg tgh tadak keja asyik buang masa mengadap tv dgn online aja tu bole la ya ikut jejak langkah aku,,ceewah hahha,,cuba-cubalah buat blueberry cheese cake ni.perut pon kenyang dari korang dok mengadap komputer 24 jam dia bkn bole bagi perut korang kenyang pon..hahhaaha.=)

notakaki 1 : aku pon dah pandai masak mee kuah dgn gulai ikan tau..hahha..kemajuan tak terjangka neh tau tak..hahha,,tak kira nak bangga jugak.sapa kata aku tak pandai masak.=p

notakaki 2 : kak tam cepat balik kita share buka kedai kek.hahha.bole jadi orang kaya kita tak lama lagi.ngahaha..=)

day 4-dah penat =.='

assalamualaikum..

benda yang aku buat bila sorang-sorang :

~ tengok tv
~ baca novel
~ tidur
~ online
~ makan megi (ini gara-gara malas nk masak bila tinggal sorang-sorang..ehh bukan ini gara-gara tadak org nak masakkan bila tinggal sorang-sorang..hahha)
~ cakap sorang-sorang (aku mmg psiko..hahahahaha!!!)
~ tidur lagi
~ kemas rumah??(okeh ini tipu)
~ usha hero-hero korea sampai buta =p
~ dan tidur lagi sampai lebam..

Friday, June 24, 2011

day3-tidur memang best

assalamualaikum...

haish..cabaran 30 hari ni memang membuatkan aku terpaksa menghupdate blog setiap hari..adoiiyai..nampaknya kemalasan sudah melanda.baru hari ke 3.haish.huhu.

benda yang aku selalu buat sebelum tido.tido waktu bila tu.tido pagi,tido tengah hari,tido petang atau tido malam??hahha.see betapa banyaknya masa tidur aku.normal la kan orang tengah bercuti.nanti dah start kelas haa ambek kau,,nak tidur pon curik-curik masa aja(tolonglah percaya).nak update blog apatah lagi.jadi waktu cuti ni la waktu utk buat segala benda yg tak sempat nak dibuat semasa tak cuti seperti qada tidur utk satu sem??(sambil angkat-angkat kening)hahha..gila!!

sebelum tido biasanya aku mesti pergi toilet berus gigi,cuci muka(well kata perempuan,,waktu tidur pon mestila nak nampak cantik kan.hahaha).ambik wuduk pastu minum air segelas dua.hehe.

pastu masuk bilik baca doa bagai hembus kanan kiri depan belakang atas bawah sambil peluk patrick faqihah.haha.pinjam sat kakak nah.dah settle baca doa,,muhasabah diri sat.hahha konon muhasabah la sgt padahal berangan aja lebih.hahha.kadang-kadang kalau rajin baca novel sebab dua.hahha.sekarang dah malas membaca jadi berangan aja sedas dua sampai terlelap.

itu saja.thanks for reading.caucincau.^_^

notakaki:HANIS anda Wajib jawab soalan no 5 tu okeh.hahhaha =)

Thursday, June 23, 2011

day2-mari bercerita

assalamualaikum...

okeh untuk hari ke-2 ialah movie best yang pernah anda tonton.sungguh lah aku ni dah terlalu banyak tengok movie,,sampai dah tak ingat dah setengah.semua jenis movies aku tengok.cina ke tamil ke korea ke jepun ke filipina ke bahkan cerita dari zimbabwe pon aku layan.haha.mak aku selalu marah dan cakap aku ni tengok cerita tak pilih langsung,,semua aku tengok.haha.bagus la kan tak memilih.tapi selalunya movies2 bagai ni aku cuma tengok dari tv,cd atau laptop ja sebab aku adalah spesies yg tak masuk panggung.heee~tak kisah lah kalau orang nak cakap aku kolot pon.setiap orang ada pandangan masing-masing kan.dan percaya atau tak aku tak tengok lagi nur kasih =(.sapa suruh tak bawak keluar cd.kesian kat manusia-manusia macam aku yg tak masuk panggung nih.tolong la keluarkan cd nur kasih.

dalam banyak-banyak movies yg aku dah tengok aku rasa 2 cerita ni la kot yg bagi aku paling best dan sangat meninggalkan kesan dalam diri aku.




pertama cerita ini.ini cerita korea.oh ya aku memang die-hard-fan cerita-cerita korea.haha.apa aku peduli yang pasti cerita-cerita korea sangat masyuk dan hero-hero dia sangat hensem.hahhhaa.tajuk cerita ni 'a moment to remember'.mungkin ramai yang dah pernah tengok sebab cerita ni dah lama keluar.cuma aku ja yg ketinggalan zaman baru tengok awal tahun lepas masa di matrik.cerita ni sangat sedih ok.aku yang kebal tak pernah menangis tengok cerita hindustan ni ntah macam mana boleh meleleh-leleh tengok cerita ni sampai termimpi-mimpi =( terlalu menghayati kot.hahha ^_^

cerita ni pasal pesakit alzheimer.tau tak alzheimer tu apa.bukan makanan atau brand baju ya kawan2.alzheimer ni sejenis penyakit yg menyebabkan seseorang tu hilang memori sedikit demi sedikit.secara ringkasnya macam ni la cerita dia.laki dgn perempuan ni berjumpa masa perempuan tu tgh heart broken.so lepas berkenalan mereka pon kahwin.then lepas kahwin dan hidup bahagia tiba-tiba pompuan tu baru tau yg dia ada alzheimer.tapi dia tak bagitau suami dia.tapi last-last husband dia tau jugak sebab dia selalu lupa-lupa.

yang bestnya even pompuan ni sakit dan selalu lupa pasal suami dia tapi suami dia tetap terima pompuan ni dan layan isteri dia dgn baik.haish mmg susah la nak cari husband macam ni habaq hang.one in a million.suami dia siap buat notes banyak2 lekat kat dinding rumah in case isteri dia tiba-tiba lupa lagi.ada sekali tu isteri dia lupa yang dia dah kahwin dan ingat yg dia masih bercinta dgn pakwe lama yg tinggalkan dia tu.kesian gila suami dia masa tu.tapi suami dia sabar aja.kalau suami-suami di malaysia ni aku rasa dah cari lain dah.isteri baru patah kaki sebab jatuh tangga pon dah boleh dijadikan alasan nak kahwin lain kan.kalau kena isteri dapat alzheimer mcm ni memang terus kena tinggal la jawabnya.hehe.okeh taleh cakap bebanyak ini isu sensitip..hehhe..



cerita laskar pelangi ni pon aku tengok masa di matrik.cerita ni pon sangat-sangat la bagus.aku rasa budak-budak zaman sekarang yg malas nak belajar dan tahu nak berlagak aja patut tengok cerita ni.bagi sedar sikit batapa bertuahnya kita ni dapat belajar.belajar pulak tu kat sekolah yang sikit punya cantik.tu pon taktau nak bersyukur.asyik nak merungut aja.kena dapat sekolah macam budak-budak dalam cerita ni baru tau.

cerita ni memang sangat meninggalkan kesan la kat aku kan.huhu.lepas aja tengok cerita ni terus semangat nak belajar rajin-rajin.hahha.terus rasa betapa bertuahnya aku dapat belajar sampai masuk unibersiti.rupa-rupanya ada lagi orang yg lagi malang yg nak pergi belajar menuntut ilmu pon macam-macam cabaran kena lalui.tu pon mereka ni tak pernah merungut.memang la aku cadangkan bagi aja budak-budak yg malas nak belajar tapi tau nak melepak dan menghabiskan duit mak bapak tu bagi depa tengok cerita ni.kalau tak lut jugak hantar aja budak-budak macam tu masuk sekolah kat pedalaman.bagi rasa sikit kesusahan.tapi aku rasa zaman sekarang ni dah tadak kot sekolah macam dalam cerita laskar pelangi ni.kalau ada aku nak hantar adik aku pi sekolah tu.hahha.=p

okeh itu saja.caucincau.^_^

Wednesday, June 22, 2011

day 1-lagu 3 kupang.

assalamualaikum..

hari ini asyik hujan saja.seronok sungguh.dahlah sejuk,,nak tido pon nyaman aja.hehe.oh ya lupa pulak aku kan dah menyahut cabaran 30 hari kan..so untuk day 1 ialah lagu yang didengar hari ini.sebenarnya banyak la lagu yang aku dengar hari ni.tapi kita pilih beberapa aja lah ya.hehhe.kita mulakan dengan lagu ini.hehe.


haa tau tak lagu apa ni.hahha.mahligai dari air mataku nyanyian lestari.mula-mula terdengar lagu ni masa iklan kat tv.pastu tetiba rasa mcm nak dengar la pulak kan.haha.apa haa.okeh aku ni memang suka dengar lagu-lagu lama pon.so what.ada aku kesah.best apa.kau ada??hehe.

ok next.aku bukan apa tapi aku teringin lah kan nak menyeru anda-anda semua meh la dengar lagu ni.best woo.bagi aku la kan taktau la bagi korang best tak.iya la kan taste orang kampung macam aku ni kan.*ayat tacing*.ini lagu patah hati dari saujana.actually before aku tengok result exam haritu kan ntah berapa lemon kali tah aku dok ulang-ulang lagu ni sementara nak masuk dalam ecitie tu.haha.persediaan la kan kot-kot dapat result yang mengecewakan.so kasi up dulu la semangat.aku memang macam agak suka la lagu-lagu yang berunsur motivasi nih sebab bila time aku down ke sedih ke tension ke haa aku akan dengar lagu-lagu macam ni la untuk menyuntik kembali spirit-spirit of the coin dalam diri aku ni.dan lagu ni adalah salah satu lagu yang aku akan dengar kalau aku tengah sedih.takkan asyik nak dengar lagu cinta aja wahai remaja sekalian.dalam dunia ni bukan hanya ada cinta dan gembira dan riang ria saja.tapi dunia ni turut didiami sedih kecewa dan stress jugak ya kawan-kawan.hahha.

dan kalau korang nak tau kan,,sibuk gak ni nak bagitau.haha.gosip ni gosip.hahha.aku kan sebenarnya berjiran dengan artis sepanjang aku duduk kat hostel masa sem 2 dulu.haha..apa??tak percaya.tak percaya sudah.tapi jiran bawah rumah aja la.nak tau berjiran dengan sapa.haa dengan adi ahli kumpulan saujana ni la.hahha.hensem woo dia ni tak tipu punya.tinggi putih suara sedap pulak tu.cukup pakej la.tapi,,dah ada dua anak la pulak.hehe.sebenarnya en. adi ni husband lecturer aku yang jadi felo kami kat hostel.so dia duduk hostel sekali la dengan kami.kira berjiran dgn artis la jugak kan.hahha.tapi aku tak pernah la pulak kan nak buat gedik-gedik pi mintak autograf ke nak amik gambar sekali ke ya.ai buat-buat cool ja la.hahha.usha-usha dari jauh aja bila dia turun petang-petang main badminton dengan wife dia ke bila dia bawak anak-anak dia yang comel tu jejalan ke.hahha.dan aku rasa lagu-lagu kumpulan saujana ni very inspired me la.aku suggest korang la dengar lagu-lagu saujana ni.hehe.kena la tlg promote kan,,kata husband lecturer.hehe.okeh-okeh next..


yaa anda tak silap ini memang lagu cina.hahha.yaaa kata 1 malaysia so kena la dengar lagu semua bangsa kan.kah3.lagu ni tajuk dia tong hua.aku start addicted dengan lagu ni pon sebab sya la ni.dia la pepandai suruh aku dengar lagu ni.tengok kan dah suka.aku suka lrik dia dan rentak dia juga.hahha.lepas tu balik bilik aku download la pastu buka kuat-kuat belemon-lemon kali sampai bole hafal.sya pon rasa tercabar dengan aku.hahha.sebenarnya sya budak diploma so diorang kena amik mandarin utk sem 1 dan 2.jadi mereka kena hafal lagu ni sebab kena nyanyi dalam kelas tak silap.kami budak-budak bachelor dan gadis-gadis pula amik mandarin sem 3 dan 4 ni.haaa siap la lepas ni aku speaking mandarin aja.hahha.ni kira persediaan la kan nak amik mandarin hafal ah dulu lagu cina.hahha.konon,,padahal perkataan mandarin yang aku tau wo ai ni ja po.kah3.lagu ni ada versi melayu jugak dan aku suka jugak.nak dengar klik sini.versi english pon ada.nak dengar cari sendiri ya.hahha.=p

lepas tu bila engok post hanis untuk day 1 dia,,dia ada dengar lagu owl city.aku pon try2 la dengar kan.dan tiba-tiba terjatuh chenta la pulak dengan owl city ni.haila.dah lagu-lagu dia sangat inspired nak buat macam mana.kena pulak dengan jiwa aku neh.hahha.lepas ni harus la download lagu owl city banyak-banyak.tak boleh jadi ni kena beli hard disk baru cepat-cepat ni.hehe.^_^V

okeh itu saja kot,,sebenarnya banyak lagi nak masukkan lagu-lagu yang aku dengar hari ni.tapi dah penat la.hehe.okeh caucincau..^_^

notakaki:mari-mari kita wish hepi besday kat kak aku..hee~

cabaran 30 hari @_@

 assalamualaikum...

ini tag dari hanis.hanis ni memang.dia sangat memahami aku.mungkin sebab kami berada dalam situasi yang sama.sedang bercuti panjang,,dan sedang berada dalam keadaan yang super power double triple bosan tatau nak buat apa..hahha..ada orang cakap jangan merungut dah cuti tu cuti ajala,,duduk diam-diam.hahha.okeh lynn aku duduk diam-diam sambil buat tag hanis ni..

sapa-sapa yang tengah bosan boring tengah bercuti macam aku ni boleh la buat benda ni.jom kita pakat buat ramai-ramai.. ^_^



day 1 - lagu yang anda dengar hari ini
day 2 - movie yang paling best pernah anda tonton
day 3 - benda yang selalu anda buat sebelom tido
day 4 - benda yang anda buat bila sorang sorang
day 5 - status anda ? relationship anda?
day 6 - tiga perangai burok anda
day 7 - tiga perangai baek anda
day 8 - pergaduhan paling terok yang pernah anda alami
day 9 - perasaan anda hari ni
day 10 - hari ke 10.. apa yang berlaku?
day 11 - gadjet yang anda ada
day 12 - apa yang ada dalam beg mekap anda
day 13 - apa yang ada dalam beg duit anda
day 14 - perkara menarik yang anda lakukan hari ini
day 15 - kalau dapat RM1juta, apa yang anda buat dengan duit itu?
day 16 - guru sekolah anda yang paling anda suka
day 17 - gambar bilik idaman anda
day 18 - benda paling mahal yang anda pernah beli dengan duit sendiri
day 19 - jenis manusia yang menarik perhatian anda
day 20 - hari ke 20.. apa yang terjadi?
day 21 - benda yang anda wajib bawak bila keluar rumah
day 22 - tarikh tarikh penting dalam hidop anda
day 23 - dream wedding
day 24 - tempat yang paling anda gemari untuk makan
day 25 - makna disebalik link blog anda
day 26 - 15 fakta tentang anda
day 27 - makanan dan minuman kegemaran anda
day 28 - hobi anda
day 29 - siapa anda 10 tahun akan datang?
day 30 - hari ke 30.. apa yang berlaku??

notakaki:aku mula buat esok pagi ea sebagai day 1.sebab sekarang dah 1 pagi dan aku dah tak ingat lagu apa yg aku dengar siang tadi.banyak sangat,,lagu tamil filipina korea suma dah msuk telinga ni haa..=p

Monday, June 20, 2011

istikharah cinta♥♥

assalamualaikum..

aku ni kan kalau time tak cuti duduk kat hostel sana nu kan aku ada banyak sangat masa 'TERLUANG'.lalu masa-masa terluang tu aku habiskan dengan search lagu-lagu yang aku tak pernah dengar.hehe.agak-agak macam aku tiba-tiba saja dilanda perasaan bosan-dan-malas-nak-study lalu ke youtube la aku akan menghiburkan diri aku.

lepas tu kan lepas aku dah jumpak lagu dan agak-agak macam berkenan dengan lagu tu aku pon terus habiskan masa lagi dengan mengdownload lagu tersebut.sambil-sambil tunggu habis download lalu aku akan tidur.see,,betapa pandainya aku menggunakan masa kan.then,,bila dah habis download aku akan pengaruh roomate aku untuk dengar lagu tu dan paksa dia suka lagu tu..hahaha..keji kan.lepas tu kami bersama-sama akan ulang-ulang pasang lagu tu dalam bilik berjuta lemonade kali sampai lebam.

lepas tu bila balik rumah aku pengaruh pulak orang di rumah (seperti abang aku?) untuk dengar lagu-lagu yang aku suka tu.mula-mula memang la dia jual mahal la konon.kutuk-kutuk cakap aku tadak taste bagai.dengar lagu tak femes,,tak berilmiah la.aku fine aja,,tak kisah la kan.tapi lepas tu tiba-tiba aku dengar la pulak lagu tu dipasang berulang-ulang kali dan dinyanyi-nyanyikan(di dalam toilet dengan lirik berterabur).hahha.tengok betapa hebatnya aku dalam kegiatan mempengaruhi orang.jangan tak tau aku ni dulu bekas pembimbing rakan sebaya kau (apa kaitan ntah)..hahahaha ^_^V

dan inilah antara lagu yang berjaya aku download time sibuk-sibuk nak exam dulu bila tiba-tiba syaithon berbisik-bisik manja di telinga aku supaya tak payah study.hoho.tapi aku suka dengar aja okeh lagu ni.no double meaning.suka-suka saja sebab lirik dia macam best walaupun tak berkaitan dengan hidup aku pon.tapi mungkin berkaitan dengan hidup orang lain kan?hehe.video dia pon macam sangat sweet aja.haha.apa aku merepek meraban ni.okeh sudah stop.layan aja ea video kat bawah ni...^_^



 
ISTIKHARAH CINTA 
 
Bersaksi Cinta Diatas Cinta
Dalam Alunan Tasbih Ku Ini
Menerka Hati Yang Tersembunyi
Berteman Di Malam Sunyi Penuh Do'a

Sebut Nama Mu Terukir Merdu
Tertulis Dalam Sajadah Cinta
Tetapkan Pilihan Sebagai Teman
Kekal Abadi Hingga Akhir Zaman

Istikharah Cinta Memanggilku
Memohon Petunjuk-Mu
Satu Nama Teman Setia
Naluriku Berkata

Dipenantian Luahan Rasa
Teguh Satu Pilihan
Pemenuh Separuh Nafasku
Dalam Mahabbah Rindu

Di Istikharah Cinta..
 
 
notakaki:best kan lagu ni..kan3..tolong ah cakap best.kesian ah kat aku..heee..

Thursday, June 16, 2011

malam ini malam jumaat

assalamualaikum..



Abu Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Aus bin Aus ra. Berkata , Rasulullah SAW bersabda : 

“Sesungguhnya yang utama dari hari-harimu ini ialah hari Jumaat, di dalamnya terjadi Nabi Adam as, dan pada hari itu juga beliau wafat, dan pada hari itu juga akan ditiup sangkakala, dan pada hari itu juga akan mati semua makhluk. Maka perbanyakanlah membaca selawat kepadaku, kerana selawatmu itu disampaikan kepadaku.”

Antara amalan yang boleh dilakukan pada malam jumaat ialah:

  • membaca surah Al Kahfi
 “Dari Abu Said Al-khudri ra dari Nabi Muhammad SAW. Baginda bersabda:Siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka disinari Allah baginya dengan antara dua Jumaat.” (Diriwayatkan oleh Baihaqi) 

  • memperbanyakkan berselawat ke atas nabi
firman Allah SWT:
 “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat –Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang beriman ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna kepadanya(Nabi).” (Al-Ahzab:56)

  • membaca surah yasin
surah Yasin mempunyai banyak kelebihan yang tersendiri.


Dari Abu Hurairah ra. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda ;
 “Siapa yang membaca surah Yaasin pada malam Jumaat maka pagi-pagi ia mendapat pengampunan.

Daripada Anas ra sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
"sesungguhnya bagi tiap-tipa sesuatu ada baginya hati dan hati quran ialah surah Yasin,dan siapa-siapa membaca surahYasin ditulis baginya dengan membacanya itu pahala sepuluh kali baca Al-Quran."

Daripada Abdullah bin zubair ra berkata:
"sesiapa membaca Yasin sebelum dikerjakan hajatnya nescaya ditunai hajatnya."

Hidupkanlah jumaat dengan melakukan amalan-amalan yang berfaedah serta memperbanyakkan lagi ibadah.^_^



rujukan:http://www.resepirahsiaku.com/

betul ke:orang tamak selalu rugi???

assalamualaikum.

orang tua-tua cakap,,orang tamak selalu rugi.Betul ke??Aku pulak cakap orang tamak selalu untung.hahahaha..=p

oleh sebab aku terlalu berpegang dgn prinsip orang tamak selalu untung ini,,maka selama aku hidup di dunia ini aku telah menjadi seorang yang TERsangatlah tamak.Semakin hari ketamakan aku semakin menjadi-jadi.Sampai dah tak dapat dikawal lagi walaupun menggunakan ubat yang paling mahal di dunia sekalipun.



kemuncak kepada ketamakan ini telah menjadikan aku seorang yang sangat tamak sehinggakan si anjing yang tamak dalam cerita teladan itu pon merasa tergugat oleh ketamakan aku.Dengan sikap tamak yang semakin berleluasa dari hari ke hari,,sebulan yang lalu semasa study week aku telah mengopy,,mengeteh,,memilokan beberapa cerita korea dan jepun..sebenarnya bukan beberapa tapi berbanyak-banyak lah jugak(apakah ayat??)

hate caffein hate coffee..*tetiba* =p

cerita-cerita itu dicopy dengan penuh angan-angan minah jenin untuk ditonton semasa cuti sem ini.Ya betul aku copy movies sampai penuh memory laptop aku..huahuahua..tu pun kalau ada external aku nak ambik lagi.Sungguh tamak kan saya??haha.apa aku peduli,,itu kan moto hidup aku.Konon-kononnya cerita-cerita tu semua aku nak tengok sebab nak release tension study untuk exam la.konon...balas dendam sebab sepanjang study week dengan exam week aku berpuasa dari tengok pakwe2 aku..kah3..

hai hensem..*sambil kenyit-kenyit mata*


tak cukup dengan tu waktu book fair di PWTC hari tu aku jugak borong novel berbakul-bakul.Sedangkan waktu tu cuma tinggal seminggu saja lagi nak exam..tapi novel-novel tu bukan untuk di baca waktu itu.Tapi aku nak simpan untuk cuti sem jugak.haha.Lihat,,betapa tamaknya aku kan.

tapi penat lelah aku mengopy cerita-cerita tu berakhir dengan sadis sekali..nak tau apa terjadi??haa tu la orang dah cakap jangan tamak.Dah cakap orang tamak selalu rugi tapi tamau percaya.Last-last aku habis tengok satu cerita aja daripada berpuluh-puluh cerita yang aku copy tu..sebab??

cerita ni ja yang sempat habis..tu pon lepas stay up bermalam-malam..heee..

sebab aku telah membuat keputusan untuk menjadi seorang manusia yang berpura-pura baik hati,,pemurah,,berhati mulia,,etc etc dengan meminjamkan laptop aku kepada abang aku..haaaa see baikkan aku.Tolonglah terharu dengan kebaikan hati aku nih..Ingat senang ke aku nak jadi baik macam ni haa..jadi sepanjang cuti sem ni berchenta la aku dengan bantal dan tv sahaja..tengok aja la cerita kat tv..waaaa..sungguh ketinggalan zaman,,tengok cerita lama-lama aja..

tapi nasib baik aku ada novel-novel hasil ketamakan aku tu..huhu..so,,tetiap hari menjadilah aku rakyat yang patuh dengan menyahut seruan kerajaan untuk mengamalkan budaya membaca..hooyeaahh..haha..agak-agaknya lama-lama aku rasa aku pun dah boleh jadi sasterawan kot(okeh,,sila muntah) sebab tiap-tiap hari dok membaca novel aja sampai aku pon dah naik muak dan nak termuntah asyik membaca aja..waktu nak exam dulu pon baca dah habis exam pon kena membaca lagi(ayat bajet ^_^) adeih maunya tak naik power spek ai neh kalau dah 24/7 asyik mengadap buku aja(ayat bajet kuasa 2)..ulat buku pon maunya tergugat dengan kerajinan aku membaca nih..haha..



dan sekarang di waktu-waktu pc ni sedang dalam mood baik boleh la aku online sampai pagi-pagi buta sambil-sambil bertahajud..ngahahaha =P..kalu tak pukul 10 aku dah hanyut belayar ke laut hitam sampai pukul 10 esok paginya..hehe..ini aktiviti normal manusia yang tengah bercuti la kan..tak percaya tanya peter answer..keh3..lagipun pc ni memang tengah melalui hari-hari terakhir hayat dia pun..doktor kat kelinik komputer tu pon dah cakap yang mr. pc ni mmg dah tadak harapan..jadi layan la dia elok-elok di hari-hari terakhir dia..kalau lagi sekali dia pengsan memang alamatnya dia tak akan sedar-sedar lagi buat selamanya dan patut kena buang dalam sungai aja.Dah tadak penawar dah untuk dia..sob3..


jadi apa yang aku nak sampaikan cuma,,dengar cakap orang tua-tua.Jangan nak memandai-mandai manipulate kan kata-kata orang tua-tua ya anak-anak.Orang tamak memang akan selalu rugi.Sekarang aku dah faham,,percaya dan insaf!!!tengok apa jadi dengan aku.Tamak!!semua cerita aku nak ambik,,tu tak kira game lagi tuh..Bila pon tatau la aku nak tengok cerita-cerita yang berlonggok tu.Sebab aku jenis yang tak suka nak melagho-lagho buang masa tengok cerita-cerita tu semua bila da start kelas(ehhe..konon,,hanya aku hentam tengok jugak kalau dah tak tahan sangat =P) sebab once aku dah start tengok aku sahngat la susah nak stop.yeah better prevent than cure kan(ada kena mengenakah??) sampai time lecture mengajar pon ai boleh dok terbayang wajah-wajah hensem pakwe-pakwe ai tuh..haha..what to do..

hensem habaq hang..aishh ~_^

hah lupa pulak,,aku jugak copy berlonggok-longgok game,,konon nak main time cuti ni la jugak..tapi hampeh.Baru satu game ja kot aku habis main..sudah lah buat aku sakit hati aja cerita pasal ni.Yang pasti aku tamau jadi manusia tamak lagi..ekk o_O..insya allah..hehe..^_^V(peace)


notakaki:abang aku bukan tadak laptop tapi memandangkan kami ni baik hati belaka,,dia bagi laptop dia kat kak aku..tapi aku tau taktik dia nak beli laptop baru sebenarnya tu baik hati sangat..tapi dia tak cukup bajet lagi sebab dok kalut simpan duit nak kawen(hahahahaha),,so last-last aku la yang jadi manusia paling baik hati..ngeh3=))

Friday, June 10, 2011

entry tak bertajuk

assalamualaikum.

ya lebih sebulan tak menjenguk ke sini..bermula dengan kesibukan exam bersambung pula dengan kesibukan enjoy selepas habis exam..hehe..biasa la kan..balik pulak rumah laptop pulak kena kidnap..mmg terus tak berupdate la kan..pc rumah pulak macam biasa la dah tak larat nak pujuk dah..asyik buat perangai ja..ehhe..

tadi waktu menjenguk-jenguk ke blog kawan-kawan yang lain semua sibuk cakap pasal result exam..ya result exam aku dah keluar..keluar secara tiba-tiba..tiba-tiba aja dapat mesej dah boleh cek result..iya la aku kan manusia ketinggalan zaman yang takdak facebook so mmg tak tau apa-apa la kan..orang lain dah pakat bergembira dgn result masing-masing aku baru terhegeh-hegeh nak tengok...

berbalik kepada cerita..so rasa-rasanya macam mana resutlt aku untuk sem ni..masa nak buka portal ecitie tu mcm agak cuak la kan..haha..tak tipu punya..mmg takut tak tau nak cerita..macam-macam dah dok terbayang dalam kepala otak ni..bila dah tengok..hmmm ok la..alhamdulillah..ada sikit peningkatan dari sem lepas..syukur atas segala nikmat dan rezeki..ya setiap kesusahan yang dilalui pasti akan diikuti dengan kesenangan..sebab tu orang cakap bersusah-susah dahulu bersenang kemudian kan..alhamdulillah aku rasa allah dah bagi rezeki yang setimpal dengan usaha aku..tapi kalau aku usaha lebih lagi,,tak curi-curi tengok cerita korea time exam mesti aku dapat lebih lagi kan..hahaha...nak tau aku dapat berapa???hahaha..sibuk betul..


pointer tayah la tau ek..hehe...malu ah kan...aku tak pandai sgt..pointer biasa-biasa aja pon..tadak la 4 flat cam orang lain kan..

hah nak dijadikan cerita kan,,2 3 hari before result keluar aku demam..demam yang sepatutnya jadi waktu tengah exam dulu..tapi waktu tu aku buat tak layan aja sebab malas nak layan..kalo dilayan tak study la aku..so kiranya lepas balik rumah tiap2 malam time nak tidur ja badan rasa la cam panas-panas kuku kambing gitu..lepas da puas warming up baru la virus-virus tu tunjuk taring..haa hambik kau..2 hari aku tidor ja kerjanya..hehe..



tapi sekarang dah ok..hehe..dah bole masuk lumba lari 1000 meter dah..hah sebelum terlupa..tahniah ea utk kawan-kawan yang lain tu..tak kira banyak mana kita dapat itu aja rezeki kita..so,,jangan down ok..usaha lagi..lekk lu..baru sem 2 kan..ada lagi 6 sem lagi kita kena tempuh..so banyak lagi peluang untuk kita berusaha..kadang-kadang bila kita di atas ni bukanlah satu situasi yang baik...sebab bila kita terlampau tinggi di atas sekali kita jatuh..gedebukkk..sakitttt tu lebih...so bersyukur aja dengan apa yang kita dapat..semua yang berlaku ada hikmahnya..cuma kita aja yang tak tau apa yang bersembunyi di sebalik semua ni..next sem kita sama-sama usaha lagi okeh..

notakaki:lepas ni tatau bila bole update lagi =(

notakakilagi:kepada follower baru tu nanti aku follow balik ea..sorry ada problem sikit sekarang tak boleh nak follow orang..kenapa ntah.. =((