assalamualaikum
*ini entry serius.kalau kau tak serius jangan baca.hahaha*
apa yang aku tahu dan belajar dulu,,berani kerana benar.jadi kalau kita di pihak yang benar kenapa perlu takut walau beribu orang berkonspirasi mahu menentang kita.melainkan kita ada melakukan kesalahan,,kerana takut tembelang pecah,,kuasa yg ada digunakan utk menutup kesalahan.kuasa yg ada digunakan untuk menyakiti pihak yg mahu menentang.kalau kita di pihak yg benar apa yg perlu ditakutkan???
dan apa yang aku tahu juga,,kuasa,,pangkat,,jawatan yg kita ada adalah amanah yg diberi kepada kita.jadi kuasa yg diberi mesti digunakan utk membantu orang yg memerlukan.bukan menzalimi saudara sendiri.kerana segala apa yg kita lakukan di dunia ini akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti.
ini apa yg aku tahu,,yg aku belajar suatu ketika dulu.ya aku cuma seorang budak hingusan yg belum cukup umur utk mengundi pon.dan aku cuma seorang budak hingusan yg masih belajar untuk memahami hakikat kehidupan dgn memerhatikan keadaan masyarakat di sekeliling aku.
tapi apa yg aku belajar dari keadaan hari ini ialah,,orang yg berkuasa boleh melakukan apa saja.kalau kita berkuasa,,kesalahan yg kita lakukan tidak dipanggil kesalahan tetapi dipanggil KEBAIKAN.apa yg aku belajar hari ini,,orang yg mempunyai kuasa TIDAK akan pernah melakukan kesalahan.orang yg ada kuasa,,semua orang perlu mendengar katanya walaupon katanya itu salah.ya ini apa yg aku belajar hari ini.
kesalahan yg dilakukan oleh orang yang punya wang dan pangkat akan dianggap tidak pernah dilakukan.kejahatan boleh ditukar menjadi kebaikan dgn wang dan pangkat.kezaliman dihalalkan terhadap orang yang cuba menentang orang yg berkuasa.belas kasihan perlu dibuang dari dalam diri kalau mahukan pangkat dan harta.cakap orang yg berkuasa perlu didengar dipatuhi,,tidak boleh dibangkang walaupon salah.dan manusia boleh bertindak sesuka hati menggunakan kuasa yang mereka ada.
kata orang muda mudi hari ini,,pemimpin masa hadapan.kalau inilah apa yg muda mudi seperti aku belajar hari ini,,tidak mustahil masa hadapan,,dunia akan menjadi huru-hara,,kucar-kacir.tidak mustahil kebatilan akan mengatasi kebenaran pada masa hadapan jika ini yang ditunjuk dan diajar kepada generasi muda hari ini.
oh ya,,bagi aku segala masalah boleh diselesaikan dengan baik jika menggunakan kebijaksanaan yg diberi oleh allah dgn sebaiknya.boleh diselesaikan dgn berhemah.bukan diselesaikan dgn menggunakan provokasi,,kekerasan dan keganasan.provokasi hanya akan memburukkan keadaan.provokasi hanya menjadikan api yg menyala makin marak.keganasan dan kekerasan pula akan meninggalkan parut yg kekal dan diigati sampai mati.jika buntu kembalilah kepada al-quran dan sunnah,,bukan mengikut kata hati dan nafsu.
dan bagi aku apa salahnya jika kita mendengar teguran dari orang bawahan dan musuh jika ianya boleh membawa kebaikan kepada diri sendiri.kadang-kadang orang bawahan lebih nampak kesalahan yg dilakukan.kadang-kadang juga musuh lebih mengenali kita berbanding kawan.contohilah kepimpinan rasulullah SAW dan para sahabat dalam menyelesaikan masalah.teladanilah khalifah umar bin abdul aziz dalam menjalankan pemerintahan yg adil dan makmur.
entry ini bukanlah utk mengambil kesempatan atau ingin menaikkan nama atau ingin menghasut dan memburuk-burukkan mana-mana pihak.ini cuma pandangan peribadi aku selepas berhari-hari melihat di sana sini.selepas beberapa hari berfikir dan menilai.tak salahkan meluahkan pendapat kita sendiri??inikan negara DEMOKRASI??
video ini telah membuatkan aku membuka mata dan berfikir semalaman.rakaman di minit 8.50 hingga 11.27 membuatkan aku sebak tiba-tiba.
lihat fikir nilai dan renungkan.
oh ya kalau kau rasa nak tengok lagi banyak gambar,,video dan kau rasa nak berfikir lebih dan berlatih utk membuka pemikiran yg kurang dan jarang berfikir macam aku nih,,boleh tengok sini sini sini sini sini sini sini sini.kita dah banyak dengar penjelasan dari satu pihak sahaja di tv.jadi apa salahnya kalau kita tengok penjelasan dari sebelah pihak lagi.barulah adil.lihat fikir bandingkan dan buatlah penilaian sendiri.
notakaki:jangan hanya fikirkan hiburan sesekali berfikirlah juga tentang masa depan negara.
notakaki2:satu kesilapan saja sudah cukup utk menutup semua kebaikan yg pernah dibuat.jadi berfikir sebelum bertindak.bertindak secara bijak menggunakan akal bukan nafsu.
notakaki3:kuasa yg ada bukan utk digunakan utk tujuan menzalimi.jangan sampai orang hilang rasa hormat disebabkan tindakan kita yg menggunakan kuasa sewenangnya.
3 comments:
serius akuu sedih bila tgok video ni.nak nangis rasa masa tgok pakcik tu sesak nafas tgn kena ikat.anak dia menangis.huhuhu.SEDIHHHHH.poli* BODO$!!
polis gilo meroyan...huhuhu..
lynn:ada org ckap video ni tipu..tatau la nak percaya yg mana..dunia skrang bnyk sggh putar belit..
rakyatcelik:huhu..no komen..
Post a Comment