Thursday, July 7, 2011

day 15-kalaulah aku dapat satu juta

assalamualaikum

oh ya tadi pagi aku ada ujian QTI motor.ohh seriously aku ingat aku takkan lulus sbb aku tak pernah lepas bahagian titi kecik sempit malang tuh.huhu.tapi alhamdulillah berkat kesabaran aku berjemur tengah panas tunggu giliran,,hahha,,tak sangka boleh lepas titi tu.kagum dengan diri sendiri sekejap.hahha.rasa mcm nak turun motor lompat bintang 100 kali tinggi-tinggi.hahahaha.nasib baik sifat ayu dan sopan masih menebal dalam diri.kira buat-buat cool ah kan mcm "eleh,,titi ni pejam mata pon aku bole lepas'.kah3.padahal tadi tuh nasib aku baik sikit aja.oh ya sejak aku belajar motor neh production melanin aku pon semakin menjadi-jadi.dahlah dah mmg banyak melanin,,tapi sekarang melanin aku dah jadi 50 kali ganda.orang lain cuti jadi putih,,aku cuti makin hitam.takpa hitam itu manis *ayat pujuk hati* =p

ok2 kembali kepada tujuan asal,,kalaulah ada orang bagi satu juta kepada manusia mata duitan mcm aku ni,,wahhh mmg mabeles habis la hidup aku.mmg aku suka sangat neh.tapi masalahnya ada ke orang nak bagi.tapi kalaulah aku dapat betul-betul apa aku nak buat eh.hmmm,,setelah difikir-fikir dan ditimbang-timbang aku rasa dgn duit sebanyak tu aku akan buat benda benda ini: =p

1-aku nak beli kereta.
hooyeahh..oleh sebab sekarang ni aku ni adalah manusia miskin yg tak punya apa-apa harta,,maka dgn itu haruslah aku mengumpul harta kan.hahha.bukan apa,,kalau ada kereta senang la aku nak pergi kelas,,beli barang-barang dapur,,meronggeng-ronggeng bersama-sama teman.hahha.tak payah la lagi aku bersusah payah berhimpit dgn bangla2 dan cowok2 indon di dalam bas mini setiap kali nak pergi kelas.penat kau tahu.dah lah kadang-kadang tu kena berhimpit mcm dlm tin sardin,,dgn bau macam-macam,,nak jaga pandangan lagi,,ewah ewah hahha.lepas tu dah sampai kena pulak jalan cross jejantas bagai tgh panas.sampai2 kelas badan berpeluh mcm org baru lepas marathon,,mmg la tak selesa nak belajar.tapi nak buat macam mana setakat ni aku hanya mampu bersabar,,sebab tadak org nak sumbang dana utk aku nak beli kereta.sedih3.bulan puasa ni mmg aku tak dapat nak bayangkan mcm mana keadaan akan jadi,,mungkin aku akan makan sahur 3 kali ganda dari biasa kot.hahha.kereta pulak aku tak kisah kereta apa,,tengok bajet la.aku bajet dalam RM 100 000 la.

2-beli rumah
hah ini pon kira pelaburan utk masa depan lah ni.harga rumah ni takkan jatuh,,so tak rugi kalau kita beli banyak-banyak pon.kalau kau tamau duduk kat situ sewa aja la,,tiap-tiap bulan duit masuk.masyuk2.huh mata $$ sungguh.untuk rumah aku bajet la dalam RM 300 000 mcm tu ok tak eh.rumah sekarang kan mahal-mahal.kalau ada balance dari duit beli rumah ni,,aku ingat nak beli tanah sikit,,buat kebun buah,hehe.nanti boleh jadi tauke buah pulak.hahha.

3-bawak mak abah pergi haji.
haaa yg ni wajib la kan,,bila dah kaya jangan lupa ibu bapa,,so kalau aku ada duit banyak,,insya allah aku nak bawak mak abah dgn aku sekali la pergi haji.aku pon teringin nak jejak tanah haram tuh,,nak tengok kaabah depan2 mata,,nak berdoa kat jabal rahmah utk supaya dapat imam yang soleh,,nak bersolat di masjid nabi,,nak cium tanah yg nabi pernah pijak,,tapi ea la kan,,aku kan msikin mana ada duit lagi.insya allah satu hari nanti bila dah mampu aku nak sangat pergi.lepas tu aku jugak nak melancong jalan-jalan keliling dunia.hahha.tadak la satu dunia.pergi la 2 3 tempat yg aku teringin nak pergi.hehe.utk ini aku bajetkan RM 100 000.

4-buat amal jariah sikit-sikit.
kita bila dah kaya jangan lupa diri.jangan jadi manusia tamak habola dan bakhil.kesenangan dan rezeki yg kita dapat harus la dikongsi.biar sama-sama merasa.jangan lupakan orang yang kurang bernasib baik.untuk itu aku akan gunakan sedikit wang 1 juta yg aku ada utk bantu orang-orang yg memerlukan.aku bajet dalam RM 400 000.RM 200 000 akan aku sumbangkan kepada badan-badan kebajikan dalam negara kita dan juga pertubuhan-pertubuhan yang mendokong perjuangan islam tapi perjuangan golongan2 ni tak pernah dipandang apalagi di bantu selain kepada orang-orang yg aku rasakan layak.balance lagi RM 200 000 insya allah aku nak sumbangkan kepada saudara-saudara kita di palestin yang hidupnya menderita.aku tahu duit ni tak seberapa tapi aku harap duit yg tak seberapa ni sekurang-kurangnya dapat memberi sedikit cahaya kegembiraan kepada mereka.dan kalau diberi peluang aku teringin nak jadi sukarelawan pergi ke palestin menolong mereka nih dgn tangan aku sendiri.insya allah satu hari nanti kalau diizinkan allah.

5-simpan ASB la weh.
hahha,,mesti la simpan ASB sikit.menabung utk masa depan.ini untuk masa depan.untuk anak cucu.haha.cuba bayangkan berapa banyak pulangan aku bole dapat kalau aku melabur kat ASB.kenapa tiba-tiba aja ada bau-bau duit eh.korang ada bau tak.hishh kaya,,kaya aku macam nih.okeh syaitan tamak dah mula menggoda-goda aku.hahha.okeh duit ASB ni nati bole la aku guna utk utk buat bisnes kecil-kecilan ke kan supaya aku jadi lebih kaya lagi.hahha.guna utk kawen ke nanti.hahhhaha.ini melampau.dan kot-kot la jugak aku ditakdirkan tak kawen-kawen sampai tua,,so sapa nak sara aku bila aku dah sakit nak mati nanti.jadi bole la aku guna dwet simpanan aku neh.hehe.tolak-tolak semua kira balance utk aku simpan kat ASB ni lebih kurang dalam RM 100 000 camtu la kan.ok la tu.duit ni nanti bole la aku bantu-bantu,,bagi kat mak abah aku sikit.

 
 
okeh ini aja la kot yg akan aku buat kalau aku diberi satu juta.so,,ada sapa-sapa nak bagi aku satu juta??hahha.~_^

No comments: