Sunday, July 10, 2011

alahai temporomandibular joint

assalamualaikum

haish haish,,aku rasa temporomandibular joint aku ada masalah la.pasalnya tengah hari semalam tengah syok-syok tengok tv tiba-tiba joint tu tersangkut camana ntah.macam dislocate pon ada rasanya.adeihh,,cuak kau.apa pon tak boleh.puas aku urut-urut,,nganga-nganga,,tapi cam taleh buka mulut luas-luas..macam tersekat-sekat,,pastu lenguh-lenguh.kau tahu perasaannya bila taleh buka mulut luas-luas??rasanya sangat tak puas dan menderita okeh.hahha.lepas urut-urut aku try nganga-nganga lagi(apa asyik menganga aja kau neh..naseb baik lalat tak masuk..kah3) kira cam buat senaman mulut ah.hahha.pastu tiba-tiba dia bunyi 'prupp' cam meletup gitu.pastu aku da boleh nganga luas-luas balik.hahha.

ekceli aku da perasan pasal aku punya temporomandibular joint ni da lama dah kot,,sbb kalau aku mkn benda-benda keras macam kerepek ke mesti pastu berdetup-detup bunyi joint tuh bila aku kunyah or nganga-nganga mulut.tapi biasa la aku buat bodoh aja sbb tak effect apa-apa pon lagi.tapi lepas dah jadi macam ni,,nampaknya lepas ni aku taleh buka mulut luas-luas dah,,kena control control ayu gitu.hahha.

penat aku dok cerita pasal temporomandibular joint nih,,kau orang tau tak apakebenda nya tuh.temporomandibular joint ni terletak dekat kita punya skull.dekat bahagian muka.dekat atas sikit dari bahagian mulut dekat-dekat  depan telinga tuh.cer kau orang nganga-nganga pastu rasa dgn jari bahagian dekat-dekat telinga tu,,bole rasa cam tulang gerak-gerak kan.haa situ la.kau tahu yg kau dok kunyah-kunyah makanan tu haa temporomandibular joint ni la yg membolehkan kau buat gerakan kunyah-kunyah,,buka tutup mulut tu.kalau tadak joint ni haa camana kau nak makan.hahha.aku taleh bayang la.jumpa tak??sini-sini aku tunjuk.


 nampak??dekat dgn telinga tu


 

 haa yang dalam bulatan tu.dah dapat kesan kedudukan joint ni??



nah tengok lagi dekat

joint ni dinamakan temporomandibular joint sebab dia berada di antara temporal bone dan mandible (lower jaw).jadi digabungkan menjadi temporomandibular.joint ni jugak menghubungkan mandible(lower jaw) dgn maxilla(upper jaw).daripada apa yang aku tahu,,joint ni membolehkan kita menggigit,,mengunyah,,bercakap,,menguap.subhanallah hebat betul ciptaan allah kan.haa kau kalau nak menguap jangan nak menguap melampau-lampau menganga luas-luas.sebabnya ada kes orang yang menguap sampai tak boleh nak tutup balik mulut dgn normal.ini disebabkan temporomandibular joint tu ter dislocate sbb kau menguap melampau sangat tak bersopan.hahha.



oke da tau sekarang mana satu temporal,,mana satu mandible,,mana satu maxilla??


tapi siriyes aku memang takut gila bila mulut aku tersangkut taleh buka luas tadi.iya la camana aku nak makan burger nanti kalau taleh buka mulut luas-luas.hoho.kalau la tadi joint ni still tersekat cuba kau bayangkan macam mana aku nak bercakap weh.cakap buka mulut sikit-sikit aja la,,ala-ala gadis melayu terakhir gitu.hahha.padahal joint tersekat taleh buka mulut luas-luas.hilang nikmat aku nak bercakap kencang seperti biasa.

tapi tu la,,aku rasa ni peringatan dari allah untuk aku sebab aku ni suka sangat dok cakap benda-benda lagho,,mengumpat,,membebel tak tentu hala,,gelak kuat-kuat lagi.astaghfirullah.lepas ni beringat sikit,,nikmat allah bagi guna sebaiknya.mulut tu berzikir selalu,,jgn melagho saja.sekali allah dah tarik balik nikmat tu,,baru kau nak menyesal dah tak berguna.sementara masih ada bersyukur dan guna sebaiknya.mulut tu guna utk cakap perkara yg baik,,makan makanan yg halal,,bukannya cakap merapu tak tentu hala.*peringatan utk diri sendiri.*




tengok walaupon saiz dia kecik aja,,tapi fungsi dia sangat besar.subhanallah.




notakaki:nama joint ni terus melekat dlm otak aku lepas pertama kali aku dengar sir cakap dlm kelas.nama joints lain tak ingat pulak.haish.petanda apakah ini??

notakaki 2:kalau ada yg tersalah tolong betulkan ya.^_^

3 comments:

namaakulynn said...

aku ingatkan menatang apa lahhh.panjang kemain nama.hahhaa.cna boleh jd weh?bahaya?

iQaH @ $yA said...

seb bek da oke balik zaim...
hehehee...

makcik said...

lynn:ak po tatau cana leh jadi kat aku..byk mkn sgt kot.haha.tp apa yg aku tau kalau dislocate tu sbb terlebih movemnt kot.kalau TMJ diorder plak bleh jadi klau kita prnah alami trauma cdera kat situ o kita terlalu gna byk force kat TMJ nih..bahaya tu tak sgt la,,bole btulkan lg,,tp kalu dah truk kna operate jgak la..klau nak byk info lg google ja..tkut2 ak tesalah bg info lak..hehe


iqah:hehe..tu la..kalo tak mmg mkn bubur ja la lpas ni..haha