Sunday, July 10, 2011

day 19-kau menarik perhatian aku

assalamualaikum

heii heii heii,,sedar tak sedar tinggal berapa belas hari saja lagi sebelum sem baru nak mula.ooh eemm gee.sepanjang masa cuti ni ntah hapa-hapa menda aja yg aku dok buat.tidur makan tgk tv online tidur balik.ya allah,,baru sedar betapa membuang masanya aku selama nih.lepas ni kembali la kau menjadi zomba zombi ber stay up tengah-tengah malam buat assignment.hahahaha.padan muka!!time cuti kau tidur punyala tak ingat donia.

okeh okeh kita lupakan sekejap pasal tuh.cabaran hari ini ialah tentang jenis-jenis manusia yang menarik perhatian aku.okeh sebelum tu memang aku nak akui la pon bahawasanya aku ni adalah seorang observer.ceewah.haha.atau dengan kata lain aku ni memang sangat suka memerhati benda-benda di sekeliling aku,,tak kira la manusia ke beruang kutub ke pokok durian ke.hahha.tapi tentula lagi seronok kalau kita memerhatikan gelagat manusia yg bermacam ni kan.hahha.ya aku memang  sangat suka meng'usha'.tambah-tambah kalau mamat hensem.hahha.ok joke joke.

kawan-kawan aku selalu cakap aku kalau perhati orang macam nak carik gaduh aja.hahha.padahal aku tadak niat apa-apa pon.aku just suka memerhati orang.memang sejak azali lagi.dari dulu lagi.hahha.dan aku paling suka tengok gelagat pasangan couple.hahha.kalau jumpa kapel-kapel yg sedang berdating di taman bunga di celah rimbunan pokok mmg aku tak lepas peluang ah kan.usha cukup-cukup.tapi bukan sebab aku jeles okeh.saja nak kasi diorang rasa serba salah.iya la apa yg kau buat tu dosa.pegang sana pegang sini.kahwinnya belum.malu la weh dengan allah.





aku jugak suka tengok perangai-perangai remaja zaman sekarang yg suka melepak tak tentu hala.kalau kat kajang tu hari jumaat ya allah,,dengan baju melayunya budak-budak sekolah ni,,bukan nak pergi sembahyang jumaat,,tapi melepak kat shopping complex sambil mengorat awek-awek hot setapp.bersiul-siul la,,menjerit-jerit la.kadang-kadang tu rasa macam ada kat zoo pon ada.hahha.tu kalau hari jumaat.kalau weekend lagi best tengok pulak fesyen-fesyen budak-budak sekarang.tindik sana sini,,rambut warna-warni,,baju ala-ala mat saleh.ingat kan aku dah ada kat london,,rupa-rupanya di malaysia lagi aku.hahha.pening pening.

dan selalu,,golongan pacik makcik yg mintak sedekah atau berpakaian lusuh menarik perhatian aku.sambil-sambil tu terkenang mak abah kat kampung.sayu rasa hati.mana la anak-anak yg sepatutnya menjaga mak ayah mereka nih.tak sayang kah mereka kat mak ayah sendiri.atau tak rasa berdosa kah biar mak ayah merempat tepi jalan.adakah aku jugak akan mengalami nasib yg sama bila dah tua nanti.ya allah,,mintak dijauhkan.kadang-kadang tengok orang macam ni boleh menginsafkan kita.





lagi aku suka sangat tengok perempuan-perempuan yang pakai tudung labuh lengkap purdah.subhanallah.sambil-sambil berfikir,,bila la aku akan jadi macam mereka.bila aku akan bersedia.bukan aku tak mahu pakai macam tu.cuma aku takut aku tak dapat beristiqamah dgn perbuatan aku.jadi biarlah aku berubah sedikit demi sedikit asalkan aku istiqamah dgn apa yg aku buat,,dan selagi apa yg aku pakai tak melanggar hukum allah.walaupon aku ni bukanlah tergolong dalam golongan yang bertudung labuh bulat,,tapi tudung aku tak pernah atas dari dada,,baju aku tak ada yang ketat macam sarung nangka rambut aku tak pernah lagi berubah warna.dan aku selesa begini.dan insya allah satu hari nanti diizinkan allah aku akan cuba berubah sedikit demi sedikit ke arah yg lebih baik.^_^




notakaki:kalau kat atas komuter ke lagi best nak usha orang..hahha..usha usha sampi kantoi..hahha.

notakaki 2:agaknya hobi sebenar aku memerhati orang kot.hahha.jom usha sampai lebam.=p

notakaki 3:sebenarnya semua jenis manusia pon aku suka perhati..melihat sambil berfikir,,konon.hahha.'jaga-jaga ada yg memeghati' *tetiba*

9 comments:

LynnAiza said...

zmah kaki usha orang.hahaha.
weh,nice entri!
sesama doa kita pon pakai tudung labuh.hukhukhuk. =,=

makcik said...

haha..
ag pon tau kan ak mmg suka usha org..
dulu kan ak usha someone smpai dia mnangis nk pndah skola..ingat x..haha..
insya allah,,berubah sikit-sikit..
btw thanks =)

Ezad Skytech said...

hee.. suka perhatikan keadaan sekeliling ye... mesti ada yg rasa bersalah sbb awak usha lama2 kan.. hehe... tak senang dudukorg yg diperhatikan tu... =D

WuMing said...

Tidur, makan, bangun, tengok tv, online...Kumpul kalori... he..he..he..

WuMing said...

Beruang kutup pun tak lepas pandang?

WuMing said...

Elok laa tuu... bersesuaian dengan gambar Profile.... Kuman pun nak skodeng... he..he..he.... Bagus..bagus... WuMing pun rajin... Tapi Khusus pada wanita sahaja....Hmmm...

makcik said...

izzat:ehehe,,lagi tak senang dduk lagi syok nak usha..haha..


wuming:haha,,banyak sggh komen dia..takpa2 lemak2 ni nnt nak guna bila da start klas masa blan posa nnt..hehe..smpan siap2 dr skrang..kah3..

dah kdg2 tu beruang kutub lagi senonoh dr mnusia,,so lagi baik tgk beruang kutub dr sakit mata tgk prangai mnusia..haha..

aish aish ni nak kna tkar gmbar neh..hehe..
huh??khusus pada wanita??

WuMing said...

Ya..laa.. WuMing hanya suka pandang wanita saja.. lelaki nak buat apa pandang-pandang...Tak kuasee I... Buang Karan...he..he..he..dah laah karan mahal skarang ni...

makcik said...

hahaha..
ish3,,mana buleh cenggitu..itu pilih kasih namanya..haha..
ni nak kena repot kat isteri dia ni..haha..