Saturday, July 23, 2011

tereng tereng

assalamualaikum

hai hai hai..haha.dah lama eh tak update blog.cabaran 30 hari tu pon tak sempat nak habiskan.takpa lepas ni aku sambung balik.haha.ini semua salah pc kat rumah tu.tiba-tiba buat perangai pulak.rosak terus.memang lepas ni harus buang dalam longkang aja.grrr..

oh ya sebenarnya aku dah ada kat bangi nih.hehe.baru sampai semalam.haa kelas pulak start isnin ni.hehe.tiba-tiba rasa malas pulak nak mula belajar.eheh.otak da penuh dengan karat tebal.jenuh la nak kena kilat balik.

haa dan kau orang yg tengah bercuti lagi tu,,jgn la seronok sgt ea(ayat jeles).duduk rumah tu jangan asyik tidur aja.buat benda berfaedah sikit.tau la kau cuti lama kan.=_=" apa kau ingat best sgt ke dapat puasa kat rumah tu hah?hek eleh,,bosan lah weh.puasa kat kampus la best.dapat pahala extra sebab puasa sambil belajar.hahaha.apa kau ingat aku tak dapat puasa kat rumah tak dapat mkn sedap-sedap ke.kau tak tahu aku punya hostel sangat la dekat dgn bazar ramadhan.so,,cakap ja nak makan apa,,semua ada.haha.sudah lah.malas nak cakap banyak pasal ni.sobsobsob.babai.

Wednesday, July 13, 2011

ini pendapat budak hingusan

assalamualaikum

*ini entry serius.kalau kau tak serius jangan baca.hahaha*


apa yang aku tahu dan belajar dulu,,berani kerana benar.jadi kalau kita di pihak yang benar kenapa perlu takut walau beribu orang berkonspirasi mahu menentang kita.melainkan kita ada melakukan kesalahan,,kerana takut tembelang pecah,,kuasa yg ada digunakan utk menutup kesalahan.kuasa yg ada digunakan untuk menyakiti pihak yg mahu menentang.kalau kita di pihak yg benar apa yg perlu ditakutkan???

dan apa yang aku tahu juga,,kuasa,,pangkat,,jawatan yg kita ada adalah amanah yg diberi kepada kita.jadi kuasa yg diberi mesti digunakan utk membantu orang yg memerlukan.bukan menzalimi saudara sendiri.kerana segala apa yg kita lakukan di dunia ini akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti.

ini apa yg aku tahu,,yg aku belajar suatu ketika dulu.ya aku cuma seorang budak hingusan yg belum cukup umur utk mengundi pon.dan aku cuma seorang budak hingusan yg masih belajar untuk memahami  hakikat kehidupan dgn memerhatikan keadaan masyarakat di sekeliling aku.

tapi apa yg aku belajar dari keadaan hari ini ialah,,orang yg berkuasa boleh melakukan apa saja.kalau kita berkuasa,,kesalahan yg kita lakukan tidak dipanggil kesalahan tetapi dipanggil KEBAIKAN.apa yg aku belajar hari ini,,orang yg mempunyai kuasa TIDAK akan pernah melakukan kesalahan.orang yg ada kuasa,,semua orang perlu mendengar katanya walaupon katanya itu salah.ya ini apa yg aku belajar hari ini.

kesalahan yg dilakukan oleh orang yang punya wang dan pangkat akan dianggap tidak pernah dilakukan.kejahatan boleh ditukar menjadi kebaikan dgn wang dan pangkat.kezaliman dihalalkan terhadap orang yang cuba menentang orang yg berkuasa.belas kasihan perlu dibuang dari dalam diri kalau mahukan pangkat dan harta.cakap orang yg berkuasa perlu didengar dipatuhi,,tidak boleh dibangkang walaupon salah.dan manusia boleh bertindak sesuka hati menggunakan kuasa yang mereka ada.

kata orang muda mudi hari ini,,pemimpin masa hadapan.kalau inilah apa yg muda mudi seperti aku belajar hari ini,,tidak mustahil masa hadapan,,dunia akan menjadi huru-hara,,kucar-kacir.tidak mustahil kebatilan akan mengatasi kebenaran pada masa hadapan jika ini yang ditunjuk dan diajar kepada generasi muda hari ini.

oh ya,,bagi aku segala masalah boleh diselesaikan dengan baik jika menggunakan kebijaksanaan yg diberi oleh allah dgn sebaiknya.boleh diselesaikan dgn berhemah.bukan diselesaikan dgn menggunakan provokasi,,kekerasan dan keganasan.provokasi hanya akan memburukkan keadaan.provokasi hanya menjadikan api yg menyala makin marak.keganasan dan kekerasan pula akan meninggalkan parut yg kekal dan diigati sampai mati.jika buntu kembalilah kepada al-quran dan sunnah,,bukan mengikut kata hati dan nafsu.

dan bagi aku apa salahnya jika kita mendengar teguran dari orang bawahan dan musuh jika ianya boleh membawa kebaikan kepada diri sendiri.kadang-kadang orang bawahan lebih nampak kesalahan yg dilakukan.kadang-kadang juga musuh lebih mengenali kita berbanding kawan.contohilah kepimpinan rasulullah SAW dan para sahabat dalam menyelesaikan masalah.teladanilah khalifah umar bin abdul aziz dalam menjalankan pemerintahan yg adil dan makmur.

entry ini bukanlah utk mengambil kesempatan atau ingin menaikkan nama atau ingin menghasut dan memburuk-burukkan mana-mana pihak.ini cuma pandangan peribadi aku selepas berhari-hari melihat di sana sini.selepas beberapa hari berfikir dan menilai.tak salahkan meluahkan pendapat kita sendiri??inikan negara DEMOKRASI??


video ini telah membuatkan aku membuka mata dan berfikir semalaman.rakaman di minit 8.50 hingga 11.27 membuatkan aku sebak tiba-tiba.
lihat fikir nilai dan renungkan.


oh ya kalau kau rasa nak tengok lagi banyak gambar,,video dan kau rasa nak berfikir lebih dan berlatih utk membuka pemikiran yg kurang dan jarang berfikir macam aku nih,,boleh tengok sini  sini  sini  sini  sini  sini  sini  sini.kita dah banyak dengar penjelasan dari satu pihak sahaja di tv.jadi apa salahnya kalau kita tengok penjelasan dari sebelah pihak lagi.barulah adil.lihat fikir bandingkan dan buatlah penilaian sendiri.



notakaki:jangan hanya fikirkan hiburan sesekali berfikirlah juga tentang masa depan negara.

notakaki2:satu kesilapan saja sudah cukup utk menutup semua kebaikan yg pernah dibuat.jadi berfikir sebelum bertindak.bertindak secara bijak menggunakan akal bukan nafsu.

notakaki3:kuasa yg ada bukan utk digunakan utk tujuan menzalimi.jangan sampai orang hilang rasa hormat disebabkan tindakan kita yg menggunakan kuasa sewenangnya.

Tuesday, July 12, 2011

day 21-kalau keluar mesti bawak...

assalamualaikum

benda yg wajib bawak kalu keluar rumah,,emm emm..purse kot sbb dalam tu kan ada semua dokumen-dokumen penting.nanti tak pasal-pasal kena tangkap sbb org ingat PATI pulak..hehe..tapi kalau kat kajang memang wajib bawak la ic bagai ni,,sebab pernah sekali tu polis tahan bas mini yg kawan aku naik.lepas tu semua kena tunjuk ic.dah la time tu ada banyak mamat bangla baru lepas shopping.kesian tak pasal-pasal bangla2 ni kena bawak pegi balai.haha.

aku pulak ada tabiat yg suka letak ic merata-rata.nasib baik hari tu aku tak naik bas tu.kalau tak sekali dgn aku kena angkut pergi balai.haha.lepas kawan aku cerita macam tu,,kalau nak ke mana saja mesti aku check dulu ic dah ada tak.hoho.lagi,,henfon kot.tapi ni depend jugak,,sebab henfon pon aku suka aja letak merata.so kadang-kadang kalau lupa bawak tu memang nasib la.selalu aja lupa bawak sebenarnya.haha.

hah sem lepas kan aku memang sangat suka tinggal henfon aku merata.ada sekali tu aku tinggal kat bus stop.hahha.nasib baik yg jumpa tu manusia baik,,so dia call housemate aku cakap henfon aku ada dekat dia.lepas tu puas la aku kena bebel dgn kawan-kawan aku.nak buat camana,,bukan sengaja.hehe.lepas tu aku pernah jugak tinggal dekat mini mart dekat kampus aku.nasib baik la setiap kali aku tertinggal aja dia kat memana,,mesti insan yg baik hati yg jumpa.agaknya jodoh aku dgn henfon nih mmg kuat kot.hahha.

heh malas la nak menulis sejak dua menjak ni.ok lah.babai.sekian.

Monday, July 11, 2011

day 20-hari ini

assalamualaikum


ehh ehh dah masuk hari ke 20 dah hari nih..hehe.tak sangka aku boleh setabah ni mengupdate belog setiap hari.time cuti-cuti malaysia ni boleh la.haha.nanti kau tengok la bila dah buka sem,,sebulan sekali pon payah nak update.hoho,takpa takpa sem baru nanti aku berazam akan membahagikan masa sebaiknya,,wah wah wah,,insya allah.nak update belog rajin-rajin sikit.hehe.walaupon tadak orang baca pon.tapa lah nanti tua-tua boleh tunjuk kat anak cucu belog merepek aku nih.^_^

okeh hari ke 20.apa yg berlaku.hari ni macam biasa aja.bangun lambat awal lagi.hahha.ingat nak pergi pejabat pos pagi ni nak poskan resit yuran aku utk sem depan.tapi malangnya,,syaithon zaman sekarang sangat lah hebat menggoda aku suruh tidor lama-lama.haha.last-last sebab malas nak bangun aku tukar plan,,pergi lepas zohor aja la.huhu.susah sungguh nak bangun tidor sekarang ni.kalau bangun awal pon mesti tertidor balik punya,,macam pagi tadi.hehehe.

lepas zohor drive dgn abah pegi pejabat pos.lepas settle semua kerja pos mengepos balik rumah tengok tv balik.haha.ini la kerja buat aku masa-masa cuti nih.lepastu tidur lagi.aku rasa polar bear pon kalah kalau lawan tidor dgn aku.hahahaha.

 hei hei bangun,,asik tidor aja.=p

dah tu petang pulak abang aku balik dgn anak-anak.adeiih.memang penat la kalau budak-budak ni balik.hehe.tak larat nak layan.macam macam nak tanya.semua benda boleh jadi soalan.tapi best jugak kalau ada budak-budak ni.meriah sikit rumah.boleh la dok merapu rapu dgn budak-budak kecik ni.kalau tak tido ja kerja aku.haha.tapi tu la,,aku pulak dibulinya.kena buli suruh ambik buah rambutan kat pokok depan rumah.adeiih.memandangkan kira aku yg paling tinggi kan,,hahha,,so aku la yg kerjanya kena petik buah rambutan bagi kat depa nih.dah tu nak banyak-banyak pulak tu.adoiiyai.nasib baik aku ni baik hati.redho aja kan.hahha.padahal ada aja buah rambutah abang aku dah beli kat dalam rumah,,tapi saja ja nak kasi aku berpeluh,,membakar lemak barangkali.haha.

malam pulak sesi makan makan.haha.makan durian lagi okeh.durian durian durian.penat weh.sapa nak durian meh la rumah aku.aku kasi free aja.aku ni dekat rumah dah tahap kena paksa makan durian dah ni.sebab banyak sangat,,lepas tu tadak sapa nak makan,,lalu tenaga muda mudi remaja sihat seperti aku la yang dikerah untuk menghabiskan segala buah-buahan ni.adoiii.haha.ehh tetiba rasa dah tatau nak tulis apa.stop sini aja la ea.hahha.^_^

Sunday, July 10, 2011

day 19-kau menarik perhatian aku

assalamualaikum

heii heii heii,,sedar tak sedar tinggal berapa belas hari saja lagi sebelum sem baru nak mula.ooh eemm gee.sepanjang masa cuti ni ntah hapa-hapa menda aja yg aku dok buat.tidur makan tgk tv online tidur balik.ya allah,,baru sedar betapa membuang masanya aku selama nih.lepas ni kembali la kau menjadi zomba zombi ber stay up tengah-tengah malam buat assignment.hahahaha.padan muka!!time cuti kau tidur punyala tak ingat donia.

okeh okeh kita lupakan sekejap pasal tuh.cabaran hari ini ialah tentang jenis-jenis manusia yang menarik perhatian aku.okeh sebelum tu memang aku nak akui la pon bahawasanya aku ni adalah seorang observer.ceewah.haha.atau dengan kata lain aku ni memang sangat suka memerhati benda-benda di sekeliling aku,,tak kira la manusia ke beruang kutub ke pokok durian ke.hahha.tapi tentula lagi seronok kalau kita memerhatikan gelagat manusia yg bermacam ni kan.hahha.ya aku memang  sangat suka meng'usha'.tambah-tambah kalau mamat hensem.hahha.ok joke joke.

kawan-kawan aku selalu cakap aku kalau perhati orang macam nak carik gaduh aja.hahha.padahal aku tadak niat apa-apa pon.aku just suka memerhati orang.memang sejak azali lagi.dari dulu lagi.hahha.dan aku paling suka tengok gelagat pasangan couple.hahha.kalau jumpa kapel-kapel yg sedang berdating di taman bunga di celah rimbunan pokok mmg aku tak lepas peluang ah kan.usha cukup-cukup.tapi bukan sebab aku jeles okeh.saja nak kasi diorang rasa serba salah.iya la apa yg kau buat tu dosa.pegang sana pegang sini.kahwinnya belum.malu la weh dengan allah.





aku jugak suka tengok perangai-perangai remaja zaman sekarang yg suka melepak tak tentu hala.kalau kat kajang tu hari jumaat ya allah,,dengan baju melayunya budak-budak sekolah ni,,bukan nak pergi sembahyang jumaat,,tapi melepak kat shopping complex sambil mengorat awek-awek hot setapp.bersiul-siul la,,menjerit-jerit la.kadang-kadang tu rasa macam ada kat zoo pon ada.hahha.tu kalau hari jumaat.kalau weekend lagi best tengok pulak fesyen-fesyen budak-budak sekarang.tindik sana sini,,rambut warna-warni,,baju ala-ala mat saleh.ingat kan aku dah ada kat london,,rupa-rupanya di malaysia lagi aku.hahha.pening pening.

dan selalu,,golongan pacik makcik yg mintak sedekah atau berpakaian lusuh menarik perhatian aku.sambil-sambil tu terkenang mak abah kat kampung.sayu rasa hati.mana la anak-anak yg sepatutnya menjaga mak ayah mereka nih.tak sayang kah mereka kat mak ayah sendiri.atau tak rasa berdosa kah biar mak ayah merempat tepi jalan.adakah aku jugak akan mengalami nasib yg sama bila dah tua nanti.ya allah,,mintak dijauhkan.kadang-kadang tengok orang macam ni boleh menginsafkan kita.





lagi aku suka sangat tengok perempuan-perempuan yang pakai tudung labuh lengkap purdah.subhanallah.sambil-sambil berfikir,,bila la aku akan jadi macam mereka.bila aku akan bersedia.bukan aku tak mahu pakai macam tu.cuma aku takut aku tak dapat beristiqamah dgn perbuatan aku.jadi biarlah aku berubah sedikit demi sedikit asalkan aku istiqamah dgn apa yg aku buat,,dan selagi apa yg aku pakai tak melanggar hukum allah.walaupon aku ni bukanlah tergolong dalam golongan yang bertudung labuh bulat,,tapi tudung aku tak pernah atas dari dada,,baju aku tak ada yang ketat macam sarung nangka rambut aku tak pernah lagi berubah warna.dan aku selesa begini.dan insya allah satu hari nanti diizinkan allah aku akan cuba berubah sedikit demi sedikit ke arah yg lebih baik.^_^




notakaki:kalau kat atas komuter ke lagi best nak usha orang..hahha..usha usha sampi kantoi..hahha.

notakaki 2:agaknya hobi sebenar aku memerhati orang kot.hahha.jom usha sampai lebam.=p

notakaki 3:sebenarnya semua jenis manusia pon aku suka perhati..melihat sambil berfikir,,konon.hahha.'jaga-jaga ada yg memeghati' *tetiba*

singgah blog aku sat,bleh?

assalamualaikum





hehe,,first time neh join ben ashaari punya segmen.sebelum ni dok tengok org lain aja join.meh la ramai-ramai kita join.klik sini.bole la menambah kenalan di kala bosan...hehe..^_^

alahai temporomandibular joint

assalamualaikum

haish haish,,aku rasa temporomandibular joint aku ada masalah la.pasalnya tengah hari semalam tengah syok-syok tengok tv tiba-tiba joint tu tersangkut camana ntah.macam dislocate pon ada rasanya.adeihh,,cuak kau.apa pon tak boleh.puas aku urut-urut,,nganga-nganga,,tapi cam taleh buka mulut luas-luas..macam tersekat-sekat,,pastu lenguh-lenguh.kau tahu perasaannya bila taleh buka mulut luas-luas??rasanya sangat tak puas dan menderita okeh.hahha.lepas urut-urut aku try nganga-nganga lagi(apa asyik menganga aja kau neh..naseb baik lalat tak masuk..kah3) kira cam buat senaman mulut ah.hahha.pastu tiba-tiba dia bunyi 'prupp' cam meletup gitu.pastu aku da boleh nganga luas-luas balik.hahha.

ekceli aku da perasan pasal aku punya temporomandibular joint ni da lama dah kot,,sbb kalau aku mkn benda-benda keras macam kerepek ke mesti pastu berdetup-detup bunyi joint tuh bila aku kunyah or nganga-nganga mulut.tapi biasa la aku buat bodoh aja sbb tak effect apa-apa pon lagi.tapi lepas dah jadi macam ni,,nampaknya lepas ni aku taleh buka mulut luas-luas dah,,kena control control ayu gitu.hahha.

penat aku dok cerita pasal temporomandibular joint nih,,kau orang tau tak apakebenda nya tuh.temporomandibular joint ni terletak dekat kita punya skull.dekat bahagian muka.dekat atas sikit dari bahagian mulut dekat-dekat  depan telinga tuh.cer kau orang nganga-nganga pastu rasa dgn jari bahagian dekat-dekat telinga tu,,bole rasa cam tulang gerak-gerak kan.haa situ la.kau tahu yg kau dok kunyah-kunyah makanan tu haa temporomandibular joint ni la yg membolehkan kau buat gerakan kunyah-kunyah,,buka tutup mulut tu.kalau tadak joint ni haa camana kau nak makan.hahha.aku taleh bayang la.jumpa tak??sini-sini aku tunjuk.


 nampak??dekat dgn telinga tu


 

 haa yang dalam bulatan tu.dah dapat kesan kedudukan joint ni??



nah tengok lagi dekat

joint ni dinamakan temporomandibular joint sebab dia berada di antara temporal bone dan mandible (lower jaw).jadi digabungkan menjadi temporomandibular.joint ni jugak menghubungkan mandible(lower jaw) dgn maxilla(upper jaw).daripada apa yang aku tahu,,joint ni membolehkan kita menggigit,,mengunyah,,bercakap,,menguap.subhanallah hebat betul ciptaan allah kan.haa kau kalau nak menguap jangan nak menguap melampau-lampau menganga luas-luas.sebabnya ada kes orang yang menguap sampai tak boleh nak tutup balik mulut dgn normal.ini disebabkan temporomandibular joint tu ter dislocate sbb kau menguap melampau sangat tak bersopan.hahha.



oke da tau sekarang mana satu temporal,,mana satu mandible,,mana satu maxilla??


tapi siriyes aku memang takut gila bila mulut aku tersangkut taleh buka luas tadi.iya la camana aku nak makan burger nanti kalau taleh buka mulut luas-luas.hoho.kalau la tadi joint ni still tersekat cuba kau bayangkan macam mana aku nak bercakap weh.cakap buka mulut sikit-sikit aja la,,ala-ala gadis melayu terakhir gitu.hahha.padahal joint tersekat taleh buka mulut luas-luas.hilang nikmat aku nak bercakap kencang seperti biasa.

tapi tu la,,aku rasa ni peringatan dari allah untuk aku sebab aku ni suka sangat dok cakap benda-benda lagho,,mengumpat,,membebel tak tentu hala,,gelak kuat-kuat lagi.astaghfirullah.lepas ni beringat sikit,,nikmat allah bagi guna sebaiknya.mulut tu berzikir selalu,,jgn melagho saja.sekali allah dah tarik balik nikmat tu,,baru kau nak menyesal dah tak berguna.sementara masih ada bersyukur dan guna sebaiknya.mulut tu guna utk cakap perkara yg baik,,makan makanan yg halal,,bukannya cakap merapu tak tentu hala.*peringatan utk diri sendiri.*




tengok walaupon saiz dia kecik aja,,tapi fungsi dia sangat besar.subhanallah.




notakaki:nama joint ni terus melekat dlm otak aku lepas pertama kali aku dengar sir cakap dlm kelas.nama joints lain tak ingat pulak.haish.petanda apakah ini??

notakaki 2:kalau ada yg tersalah tolong betulkan ya.^_^

Saturday, July 9, 2011

day 18-aku orang miskin

assalamualaikum

hei hei hei,,aku dah penat makan durian.hahha.sana-sini orang bagi durian la,,buat kenduri makan durian la.hadoii.tadi petang pon aku baru lepas pegi rumah tok aku makan kenduri durian.dan aku hanya makan seulas,,sebab aku pemalu orangnya.hahhahaha.dekat rumah orang taleh makan banyak-banyak.haa balik rumah melantak la kau 4 5 biji pon sampai demam.kah3.gila hipokrit.ahh pedulikk.

oh ya day 18.barang paling mahal aku pernah beli guna duit sendiri?aku jarang la nak beli barang-barang branded mahal-mahal neh.aku ni orang biasa yang pakai baju beli di pasar malam,,kasut jual di tepi jalan aja.so,,barang yg aku beli pon tak pernah la berharga lebih dari seratus ringgit.serius.barang-barang mahal macam laptop pon kakak aku bagi,,henfon kak ipar aku sedekah.hahha.so apa aja benda mahal yg boleh aku beli lagi.baju pulak cap yang tadak cap aja(apakah??),,beg guna beg plastik aja.hahha.melampau.nak beli barang yg harganya atas 50 ringgit pon jarang kot,,mungkin sebab aku ni kedekut kot.hahha.tapi berbelanja lebih dari seratus pernah la,,hahha,,tapi bukanla utk satu barang aja.

setakat ni benda paling mahal yg aku ada la kan,,kasut aku kot.hahha.kasut buruk yg selalu kena kutuk.kasut ni pon beli sbb kasut lama aku tapak dia dah berlobang,,boleh masuk air bila hujan.hahha.dan kasut ni la aku pakai pergi kelas,,pergi jalan-jalan,,pergi kenduri haa semua la guna kasut ni aja.sebab tu la kena beli yg mahal sikit,,sebab function dia adalah 100 in 1.hahha.tapi mahal pon tada la mahal sgt..80 ringgit camtu kot,,tak ingat dah(mahal la taraf-taraf pengemis mcm aku neh).kasut kappa kaler kelabu.mungkin sbb kaler dia yg kelabu asap gitu membuatkan dia selalu kena kutuk.kesian dia.tak baik wooo dahla dia banyak berjasa kat aku.aku kan bantai aja pakai kasut ni even dgn baju kurung or jubah pastu pegi kenduri.pastu kena kutuk tak ayu la,,tak feminin la,,pakai kasut macam laki tak serupa pompuan la,,tak sesuai la.grrrr.sebenarnya aku ni tak pandai pakai heels la.*sigh* sungguh tak ayu.ahhh kau orang apa tau.aku punya keayuan ada di dalam.saja tamau tunjuk aja.hahha.

merepek sungguh aku malam ini.sekian.^_^

Friday, July 8, 2011

day 17-bilik impian

assalamualaikum

weh weh weh kau orang perasan tak blogspot dah berubah wajah.hahha.terkujat sekejap aku.jakun taktau nak tekan butang apa seketika.hahha.giloo.nih nak kena explore lebih ni.hahha.tapi serius aku dah pening sekejap dgn perubahan wajah baru ni.=p

oke oke nanti kita explore lebih lebih eh.sekarang kita bercakap tentang bilik idaman.hmmm aku ni sebenarnya tak lah cerewet sgt kalau pasal bilik nih.cukupla kalau sebesar padang bola sepak lengkap dgn katil king size,,tilam vono,,air cond 4 bijik,,tv sebesar skrin kat panggung wayang satu lengkap dgn speaker,,lantai berlapik karpet yg kalau dipijak tenggelam sampai ke buku lali,,dan lengkap dgn lain-lain perabot mewah dan berhadapan dgn taman bunga yg cantik yg ada tasik dan dusun buah so aku bole petik buah-buahan melalui tingkap aja dan berkelah dlm bilik(sekarang kan musim buah,,haruslah masuk sikit nama buah,,hoho).hahhhhhaaaahaa.gila kau kahwin dgn anak raja pon tak tentu lagi aku dapat bilik cenggini.kah3.tadak la aku merepek aja tuh.hehe.

tapi seriously aku ni jenis yg tak kisah sgt la pasal bilik tidur ni.janji selesa dan boleh buatkan aku tidur dgn lena tu pon dah cukup walaupon hanya berkatilkan tilam nipis,,hahha.aku ni bukan bole bagi bilik selesa selesa sgt,,nnt aku tidur tamau bangun-bangun dah.hahha.kalau ikut aku kat rumah ni aku nak tidur depan tv aja,,tak pon atas kusyen kat ruang tamu(ini mmg tempat rasmi aku utk tidur ptg2 okeh,,hahha).tapi oleh sebab mak aku akan marah dan cakap 'anak dara tak boleh tidur merata,,kena tidur dlm bilik',,jadi aku sbg anak yg tooat menurut aja.hahha.

tapi kalau ada org nak bagi aku bilik sebesar padang bola sepak mcm yg aku sebut kat atas tadi tu,,ehem ehem,,aku tak menolak la kan rezeki.ngahaha.jadi kesimpulannya bilik idaman aku ialah bilik yg boleh buat aku rasa selesa dan selamat bila aku berada kat situ,,bole buat aku rasa tenang dan damai dan yg paling penting bole buatkan aku tidur lena nyenyak.hahahaha.sekian.


ohh bestnya ada abang superman hensem teman tidur.=)
 


 
kau rasa best tak tidur atas kapal?hahha.bole la nak berangan konon2 macam pirates of carribean.kah3.




 
dapat bilik pelik pelik mcm ni pon best jugak kan.konfem masa tidur aku akan jadi 23 jam sehari.hahha.





 
tapi aku mcm lagi suka la bilik ni.simple aja.dan aku bole rasa mcm tenang kalau ada dlm bilik ni.hehe.


Thursday, July 7, 2011

day 16-cikgu cikgi

assalamualaikum

sejujurnya aku sayang semua cikgu aku sama ada cikgu tadika,sekolah rendah,sekolah menengah,matrik dan juga cikgu di universiti.hehhe.walaupon kadang-kadang termengumpat sikit-sikit kan.hahha.memandangkan cabaran utk hari ini ialah cikgu sekolah yg paling aku suka,,so kita akan bercakap ttg cikgu semasa sekolah rendah dan sekolah menengah aja lah ya.

aku rasa cikgu sekolah rendah semua aku suka dan aku ingat.paling aku ingat cikgu BM aku,,cikgu razak khamis sebab dia suka luku kepala aku dulu.hahha.lagi cikgu matematik,,cikgu norafidah,,cikgu sains,,cikgu sobri (suka rotan kaki bila salah jawab dlm exam).sir lee kuan hong yg ajar english dr darjah 5 sampai darjah 6.

sekolah menengah pulak aku lebih rapat dgn cikgu-cikgu yg jadi warden,,sbb aku kan budak asrama.hehe.jadi mmg la rapat dgn warden kalau dah selalu buat masalah.huhu.tapi dulu aku paling suka cikgu ros yg ajar kami add math.cikgu ros ni garang,,selalu marah aku.tapi dia punya garang bertempat dan cara dia mengajar jugak sgt best.tapi aku yg tak berapa pandai ni mmg la tak pernah nak skor kan add math.dia jugak sgt rajin,,suka masak pastu panggil kami makan-makan.hahha.lagi sorang cikgu sekolah menengah yg akan aku ingat sampai bila-bila ustazah fatmawati.ustazah fatma ni pakar feqah,,kalau masalah2 feqah ni mmg rujuk kat dia aja la.pejam mata pon dia bole jawab.ustazah ni pon pandai masak dan suka jamu kami budak-budak asrama yg kebuluran ni makan.hahha.dia jugak selalu tolong geng2 aku yg suka buat masalah ni.hahha.raya ni dah rancang dgn kawan-kawan aku nak pergi rumah ustazah.hehe.dapat makan sedap-sedap.nyum nyum.

okeh tiba-tiba rasa malas dah nak menaip.stop kat sini aja la ya.hahha.sekian.^_^

day 15-kalaulah aku dapat satu juta

assalamualaikum

oh ya tadi pagi aku ada ujian QTI motor.ohh seriously aku ingat aku takkan lulus sbb aku tak pernah lepas bahagian titi kecik sempit malang tuh.huhu.tapi alhamdulillah berkat kesabaran aku berjemur tengah panas tunggu giliran,,hahha,,tak sangka boleh lepas titi tu.kagum dengan diri sendiri sekejap.hahha.rasa mcm nak turun motor lompat bintang 100 kali tinggi-tinggi.hahahaha.nasib baik sifat ayu dan sopan masih menebal dalam diri.kira buat-buat cool ah kan mcm "eleh,,titi ni pejam mata pon aku bole lepas'.kah3.padahal tadi tuh nasib aku baik sikit aja.oh ya sejak aku belajar motor neh production melanin aku pon semakin menjadi-jadi.dahlah dah mmg banyak melanin,,tapi sekarang melanin aku dah jadi 50 kali ganda.orang lain cuti jadi putih,,aku cuti makin hitam.takpa hitam itu manis *ayat pujuk hati* =p

ok2 kembali kepada tujuan asal,,kalaulah ada orang bagi satu juta kepada manusia mata duitan mcm aku ni,,wahhh mmg mabeles habis la hidup aku.mmg aku suka sangat neh.tapi masalahnya ada ke orang nak bagi.tapi kalaulah aku dapat betul-betul apa aku nak buat eh.hmmm,,setelah difikir-fikir dan ditimbang-timbang aku rasa dgn duit sebanyak tu aku akan buat benda benda ini: =p

1-aku nak beli kereta.
hooyeahh..oleh sebab sekarang ni aku ni adalah manusia miskin yg tak punya apa-apa harta,,maka dgn itu haruslah aku mengumpul harta kan.hahha.bukan apa,,kalau ada kereta senang la aku nak pergi kelas,,beli barang-barang dapur,,meronggeng-ronggeng bersama-sama teman.hahha.tak payah la lagi aku bersusah payah berhimpit dgn bangla2 dan cowok2 indon di dalam bas mini setiap kali nak pergi kelas.penat kau tahu.dah lah kadang-kadang tu kena berhimpit mcm dlm tin sardin,,dgn bau macam-macam,,nak jaga pandangan lagi,,ewah ewah hahha.lepas tu dah sampai kena pulak jalan cross jejantas bagai tgh panas.sampai2 kelas badan berpeluh mcm org baru lepas marathon,,mmg la tak selesa nak belajar.tapi nak buat macam mana setakat ni aku hanya mampu bersabar,,sebab tadak org nak sumbang dana utk aku nak beli kereta.sedih3.bulan puasa ni mmg aku tak dapat nak bayangkan mcm mana keadaan akan jadi,,mungkin aku akan makan sahur 3 kali ganda dari biasa kot.hahha.kereta pulak aku tak kisah kereta apa,,tengok bajet la.aku bajet dalam RM 100 000 la.

2-beli rumah
hah ini pon kira pelaburan utk masa depan lah ni.harga rumah ni takkan jatuh,,so tak rugi kalau kita beli banyak-banyak pon.kalau kau tamau duduk kat situ sewa aja la,,tiap-tiap bulan duit masuk.masyuk2.huh mata $$ sungguh.untuk rumah aku bajet la dalam RM 300 000 mcm tu ok tak eh.rumah sekarang kan mahal-mahal.kalau ada balance dari duit beli rumah ni,,aku ingat nak beli tanah sikit,,buat kebun buah,hehe.nanti boleh jadi tauke buah pulak.hahha.

3-bawak mak abah pergi haji.
haaa yg ni wajib la kan,,bila dah kaya jangan lupa ibu bapa,,so kalau aku ada duit banyak,,insya allah aku nak bawak mak abah dgn aku sekali la pergi haji.aku pon teringin nak jejak tanah haram tuh,,nak tengok kaabah depan2 mata,,nak berdoa kat jabal rahmah utk supaya dapat imam yang soleh,,nak bersolat di masjid nabi,,nak cium tanah yg nabi pernah pijak,,tapi ea la kan,,aku kan msikin mana ada duit lagi.insya allah satu hari nanti bila dah mampu aku nak sangat pergi.lepas tu aku jugak nak melancong jalan-jalan keliling dunia.hahha.tadak la satu dunia.pergi la 2 3 tempat yg aku teringin nak pergi.hehe.utk ini aku bajetkan RM 100 000.

4-buat amal jariah sikit-sikit.
kita bila dah kaya jangan lupa diri.jangan jadi manusia tamak habola dan bakhil.kesenangan dan rezeki yg kita dapat harus la dikongsi.biar sama-sama merasa.jangan lupakan orang yang kurang bernasib baik.untuk itu aku akan gunakan sedikit wang 1 juta yg aku ada utk bantu orang-orang yg memerlukan.aku bajet dalam RM 400 000.RM 200 000 akan aku sumbangkan kepada badan-badan kebajikan dalam negara kita dan juga pertubuhan-pertubuhan yang mendokong perjuangan islam tapi perjuangan golongan2 ni tak pernah dipandang apalagi di bantu selain kepada orang-orang yg aku rasakan layak.balance lagi RM 200 000 insya allah aku nak sumbangkan kepada saudara-saudara kita di palestin yang hidupnya menderita.aku tahu duit ni tak seberapa tapi aku harap duit yg tak seberapa ni sekurang-kurangnya dapat memberi sedikit cahaya kegembiraan kepada mereka.dan kalau diberi peluang aku teringin nak jadi sukarelawan pergi ke palestin menolong mereka nih dgn tangan aku sendiri.insya allah satu hari nanti kalau diizinkan allah.

5-simpan ASB la weh.
hahha,,mesti la simpan ASB sikit.menabung utk masa depan.ini untuk masa depan.untuk anak cucu.haha.cuba bayangkan berapa banyak pulangan aku bole dapat kalau aku melabur kat ASB.kenapa tiba-tiba aja ada bau-bau duit eh.korang ada bau tak.hishh kaya,,kaya aku macam nih.okeh syaitan tamak dah mula menggoda-goda aku.hahha.okeh duit ASB ni nati bole la aku guna utk utk buat bisnes kecil-kecilan ke kan supaya aku jadi lebih kaya lagi.hahha.guna utk kawen ke nanti.hahhhaha.ini melampau.dan kot-kot la jugak aku ditakdirkan tak kawen-kawen sampai tua,,so sapa nak sara aku bila aku dah sakit nak mati nanti.jadi bole la aku guna dwet simpanan aku neh.hehe.tolak-tolak semua kira balance utk aku simpan kat ASB ni lebih kurang dalam RM 100 000 camtu la kan.ok la tu.duit ni nanti bole la aku bantu-bantu,,bagi kat mak abah aku sikit.

 
 
okeh ini aja la kot yg akan aku buat kalau aku diberi satu juta.so,,ada sapa-sapa nak bagi aku satu juta??hahha.~_^

Tuesday, July 5, 2011

day 14-perkara menarik hari ini

assalamualaikum

sungguh hari ini adalah hari yg tak menarik utk diceritakan.
dan aku juga tak buat apa-apa yg menarik.
sudah.nak tidur.
selamat malam.

sekian.terima kasih.

Monday, July 4, 2011

day 13-beg duit tak berduit

assalamualaikum

yang ada dalam beg dwet buruk aku:

-mestila dwet yg tak berapa banyak,,kadang-kadang tinggal syiling aja.
-ic,lesen,matrik kad
-kad bank,kad insuran,kad popular,kad kredit(hahha ini tipu,,mana mmpu)
-resit apa-apa ntah


notakaki:orang kata sakit itu penghapus dosa,,ya moga dosa-dosa aku yg tak terhitung itu allah ampunkan.

natakaki2:tapi kadang-kadang sakit boleh mmbuat kesabaran kita berkurang =(

Sunday, July 3, 2011

day 12-cantik itu subjektif

assalamualaikum

hari ini hujan lagi sepanjang-panjang hari.dari tengah malam semalam sampai ke petang tak berhenti.huh sejuknya tak payah cerita la.sampai hidung aku pon dah mula berair-air penuh dgn excessive fluid.sungguh tak omputeh aku neh.baru sejuk sikit dah selsema nak demam bagai.hahha.tapi hujan itu rahmat tuhan.syukur alhamdulillah..^_^

oh ya hari ni hari ke dua belas.apa yg ada dalam beg mekap??hahhaha.soalan ini memang buat aku gelak guling-guling.sebabnya beg mekap pon tak pernah wujud dalam kamus hidup aku neh.kalau ada pon yg macam nak ala-ala beg mekap tu(nak jugak kan..haha) macam-macam benda aku letak.campur-campur.sebab tu tak layak nak panggil beg mekap.
 
 

sebenarnya,,malu neh nak cakap tapi takpa lah demi kejujuran sejagat(apakah ntah =p) aku dgn ini mengaku la dgn jujurnya,,aku memang tak pandai mekap-mekap bagai ni walaupun angka umur aku dah tadak 1 kat depan.dan aku tak pernah bermekap in term of 'mekap' selain pakai bedak aja.tapi apa aku peduli kalau org sekililing aku nak mekap mcm si opera cina pon dan aku tetap nampak hodoh selekeh,,sebab bagi aku kita hanya berhak bermekap lawa-lawa hanya eksklusif untuk tatapan suami kita saja.ceewah.bukan main kan.hahha.tapi betul la.tapi aku tadak la selekeh serabai walaupon tak pernah mekap.wekk.
 
 

dan dalam beg yg aku cakap ala-ala beg mekap tu adalah pon,,lip balm(sebab bibir aku selalu kering dan berdarah) ,bedak pastu deodoran dgn perfume aja (sebenarnya dwet pon ada,,klip kertas ada,,resit ada macam2 lagi la.hee).perfume pon pakai kalau sempat ja,,selalu pakai bedak carry junior ja yg bau mcm grapes tu.hahha.simple eh.bedak pon baru 2 3 bulan lepas aku beli bedak compact silky girl tu sbb before neh aku pakai bedak tepung carry junior tu jek.bedak carry junior neh 2 in 1 la kira,,pakai kat muka dgn badan sekali.hahha.jimat.lepas beli compact powder habeh aku kena bahan sbb tiba-tiba tergerak nk pakai compact powder.iyala dah selalu aku pakai bedak carry junior tu org asyik cakap bertampung la apa la kan.tengok pakai bedak pon tak pandai kan aku.*sigh* dah la tak natural beauty pastu tak pandai mekap pulak.

* inner beauty is more important right?*


notakaki:aku sedar aku tak cantik sebab itu aku berusaha utk mempercantikkan budi bahasa dan sikap aku yang tak berapa nak cantik lagi neh.

Saturday, July 2, 2011

day 11- gadjet oh gadjet

assalamualaikum

gadjet??rasanya aku tak punya apa-apa gadjet pon kot.maklumlah orang miskin,,mana mampu nak beli gadjet-gadjet bagai ni.student lagi pulak tu.jadi kena la pandai berjimat.duit yg ada kena digunakan secara bijak,,kalau tak alamatnya kena puasa la aku tetiap hari.mana nak bayar yuran lagi,,beli buku lagi.hehe.nanti bila dah kerja dapat gaji beriban-riban  baru la bole kau nak beli iphone kerr macbook ker,,ipad ker..hahha.

kadang-kadang teringin la jugak nak ada henfon canggih-canggih macam orang lain.biasa la remaja kan mudah terpengaruh.haha.tau tak kalau kat kampus kan tengok kiri touch screen henfon,,tengok kanan pon touch screen lagi.kiranya aku aja la lagi kot yg dok kuno sorang-sorang guna henfon kena tekan punat-punat neh.haish.tapi aku tau kita ni kena la pandai ukur baju kat badan sendiri.dah tau duit tadak lagi nak beli henfon mahal-mahal macam orang lain.henfon yg ada sekarang pon kak ipar aku yg bagi.lappy pulak kakak aku yg sedekah.kesian kan,,hidup atas belas ihsan orang aja.=(

tapi kalau ada orang nak bagi aku hadiah gadjet,,kecik tapak tangan selat melaka aku tadahkan.hahha^^

day 10-hari bernostalgia seorang diri

assalamualaikum

hari ini hari ke-10.cabaran utk hari ini ialah ceritakan apa yg berlaku hari ni.owh hari ni hujan sepagi.jadi sgt sejuk.bila sejuk,,ia menjadikan suasana sgt perfect utk buat aku tidur sepanjang hari.hahha.tapi hari ni aku tiba-tiba rasa sgt bosan utk tidur,,asyik tidor aja,,tadak aktiviti lain ke(konon padahal berjam-jam aku tidor tadi..hehe)boleh dibuat.so waktu org pergi solat jumaat aku intip-intip la jajaka-jejaka yg tak pergi solat neh.tatau la apa yg budak-budak ni buat sampai tak pergi solat.nak kata musafir,,aku rasa bebudak kampung neh aja.hai apala nak jadi dgn lelaki zaman sekarang.macam mana nak membimbing isteri dan anak-anak kalau diri sendiri pon tak terbimbing lagi.

lepas dah bosan tgk gelagat manusia tak bermoral neh,,aku selongkar pulak almari dlm bilik.hehe.malas nak tengok budak2 tu lama-lama takut tiba-tiba mulut aku terkeluar cakap benda tak sepatutnya pulak.jadi yg mampu aku buat hanya membenci dgn hati aja.dah nak buat mcm mana dah mak bapak mereka ni pon tak kisah takkan aku nak lebih-lebih pulak.kalau aku ni tok penghulu ke,,perdana menteri ke boleh la jugak aku pi luku kepala sorang-sorang.sembahyang malas,,melepak rajin.

dah tu bila selongkar alamari,,perghh alamari kau,,typo error malas nak delete.hahha.pastu aku jumpak la album-album lama.hahha,,album gmbar2 zaman muda-muda(tiba-tiba rasa tua),,zaman kanak-kanak rebina,,zaman aku saja yg betul,,kau salah,,zaman ikut suka aku la nak buat apa pon.hahha.gila sungguh time tu.tiba-tiba aja dok bernostalgia sorang-sorang.sambil tengok gambar sambil gelak sorang-sorang.hahha.

mmg la sungguh bernostalgia kalau ingat masa zaman sekolah dulu.zaman-zaman buat benda ikut suka hati.zaman asyik nak break the rules aja.zaman yg asyik kena toucher aja,,tapi bwat batu aja.aku ni bukan baik sgt time skolah dulu,,kira masuk golongan budak-budak yg diberi perhatian lebih la kan.hehhe.dulu time sekolah kan,,hahha pendedahan ekslusif neh,,jgn bagitau kiah propa nah.nnt habes dipropanya aku.hahha gila!time skolah dulu aku ada geng.tapi bukan geng perompak ea,,kami ni geng budak baik okeh.hahha.geng kami ada 9 orang semua.aku lynn hanis atie icak ekin sneem zulfa atin.kalau kat asrama tu sebut aja geng 9 kira semua org kenal la.otai ah kan konon.hahha.

ni la akibatnya kalau guna kamera henfon cikai..miskin nk buat camana =(


kami start rapat pon masa form 2.macam-macam kami lalui bersama.ketawa sama-sama,,menangis sama-sama,,gaduh sama-sama,,buat jahat sama-sama,,mengumpat sama-sama.rindu sangat dgn budak-budak ni semua.bila tgk gambar lagi la rindu.rindu nak berkumpul ramai-ramai dalam bilik prep pastu ngumpat-ngumpat,,usha manusia-manusia yg suka tengok kita mcm kita ni alien,,makan ramai-ramai,,amik makanan lebih kat dewan selera curi-curi(tapi bkn mencuri,,ni hak kami cuma makcik DS tu selalu sembunyi makanan lebih,,kita kena pertahankan hak kita=p)lepas tu share ramai-ramai kat bilik prep.

tapi bila naik form 4 dari ber9 kita cuma tinggal ber7 lepas atin dgn lynn pindah for good.tapi kita still contact-contact lagi.ingat tak masa kita kena fitnah masa form 3 dulu.time tu semua org blame kan kita atas kesalahan yg kita tak buat.tapi kita ttap sama-sama cakap kita tak bersalah.mmg la kita ni nakal,,selalu langgar peraturan,,tapi kita bukannya spesies yg kurang ajar dgn cikgu.tapi allah maha adil,,hikmahnya PMR kita semua dpt result cemerlang.alhamdulillah.barula terbeliak mata manusia-manusia yg tuduh kita macam-macam dulu.



lepas tu igt tak waktu kita kena tocher ramai-ramai dgn senior-senior tu.haha.macam apa ja kan time tu.pastu masa lepas PMR yg kita belajar masak-masak dgn cikgu ros tu.hahha start dr situ kita rapat dgn dia even dia selalu marah kita kan.tapi dia marah pon sebab kita ni jahat sgt.hahha.time amik sos botol kat KFC.hahha lepas tu nak keluar takut nnt pintu bunyi mcm kat pasaraya tuh.ntah hapa-hapa ja.kalu nak diceritakan 3 kali jumaat pon tak habes lagi.hahha.sekarang semua dah bawak haluan masing-masing.bila la kita nak buat reunion eh.sungguh la pengalaman duduk asrama ni mmg sangat best.sapa kata duduk asrama tak best.banyak pengalaman boleh kutip.sapa yg tak pernah dduk kat asrama mmg takkan faham.

lawak tau dak tengok muka zaman kanak-kanak.muka innocent habeh.hahha.tatau la mcm mana org boleh ingat aku ni jahat.padahal muka baik ja(ya ini ayat bajet).bila dah naik form 5 merasa la pulak kan nak handle junior-junior.haa time ni baru la tau,,ssah rupanya nak jaga manusia bermacam perangai neh.tapi budak-budak zaman ni tak boleh disentuh dimarah dijerkah,,alamatnya esok parent kol warden la.kalau aku dulu kena jerit tengking pon bole buat muka sardin ja.tadak la nak mengadu ke hapa ke.sebab tu la budak zaman sekarang banyak yang rosak.yang pastinya aku sangat rindu la zaman sekolah.banyak sgt kenangan.^_^



notakaki:dolu2 kan guna kamera kodak tu ja.mana mmpu nk pakai kamera digital,,DSLR apatah lagi.so gmbar mcm tak banyak bole upload.yg ada pon ni amek balik dgn gigihnya guna kamera henfon cikai tau dak.haish..

Friday, July 1, 2011

[ =) =( =D ]

assalamualaikum

 


'kiasan hidup ibarat roda kekadang di atas di bawah di atas semula,,redha dan syukur apa kehendaknya itulah tanda kasih sayang kita'