Showing posts with label babbling. Show all posts
Showing posts with label babbling. Show all posts

Thursday, June 16, 2011

betul ke:orang tamak selalu rugi???

assalamualaikum.

orang tua-tua cakap,,orang tamak selalu rugi.Betul ke??Aku pulak cakap orang tamak selalu untung.hahahaha..=p

oleh sebab aku terlalu berpegang dgn prinsip orang tamak selalu untung ini,,maka selama aku hidup di dunia ini aku telah menjadi seorang yang TERsangatlah tamak.Semakin hari ketamakan aku semakin menjadi-jadi.Sampai dah tak dapat dikawal lagi walaupun menggunakan ubat yang paling mahal di dunia sekalipun.



kemuncak kepada ketamakan ini telah menjadikan aku seorang yang sangat tamak sehinggakan si anjing yang tamak dalam cerita teladan itu pon merasa tergugat oleh ketamakan aku.Dengan sikap tamak yang semakin berleluasa dari hari ke hari,,sebulan yang lalu semasa study week aku telah mengopy,,mengeteh,,memilokan beberapa cerita korea dan jepun..sebenarnya bukan beberapa tapi berbanyak-banyak lah jugak(apakah ayat??)

hate caffein hate coffee..*tetiba* =p

cerita-cerita itu dicopy dengan penuh angan-angan minah jenin untuk ditonton semasa cuti sem ini.Ya betul aku copy movies sampai penuh memory laptop aku..huahuahua..tu pun kalau ada external aku nak ambik lagi.Sungguh tamak kan saya??haha.apa aku peduli,,itu kan moto hidup aku.Konon-kononnya cerita-cerita tu semua aku nak tengok sebab nak release tension study untuk exam la.konon...balas dendam sebab sepanjang study week dengan exam week aku berpuasa dari tengok pakwe2 aku..kah3..

hai hensem..*sambil kenyit-kenyit mata*


tak cukup dengan tu waktu book fair di PWTC hari tu aku jugak borong novel berbakul-bakul.Sedangkan waktu tu cuma tinggal seminggu saja lagi nak exam..tapi novel-novel tu bukan untuk di baca waktu itu.Tapi aku nak simpan untuk cuti sem jugak.haha.Lihat,,betapa tamaknya aku kan.

tapi penat lelah aku mengopy cerita-cerita tu berakhir dengan sadis sekali..nak tau apa terjadi??haa tu la orang dah cakap jangan tamak.Dah cakap orang tamak selalu rugi tapi tamau percaya.Last-last aku habis tengok satu cerita aja daripada berpuluh-puluh cerita yang aku copy tu..sebab??

cerita ni ja yang sempat habis..tu pon lepas stay up bermalam-malam..heee..

sebab aku telah membuat keputusan untuk menjadi seorang manusia yang berpura-pura baik hati,,pemurah,,berhati mulia,,etc etc dengan meminjamkan laptop aku kepada abang aku..haaaa see baikkan aku.Tolonglah terharu dengan kebaikan hati aku nih..Ingat senang ke aku nak jadi baik macam ni haa..jadi sepanjang cuti sem ni berchenta la aku dengan bantal dan tv sahaja..tengok aja la cerita kat tv..waaaa..sungguh ketinggalan zaman,,tengok cerita lama-lama aja..

tapi nasib baik aku ada novel-novel hasil ketamakan aku tu..huhu..so,,tetiap hari menjadilah aku rakyat yang patuh dengan menyahut seruan kerajaan untuk mengamalkan budaya membaca..hooyeaahh..haha..agak-agaknya lama-lama aku rasa aku pun dah boleh jadi sasterawan kot(okeh,,sila muntah) sebab tiap-tiap hari dok membaca novel aja sampai aku pon dah naik muak dan nak termuntah asyik membaca aja..waktu nak exam dulu pon baca dah habis exam pon kena membaca lagi(ayat bajet ^_^) adeih maunya tak naik power spek ai neh kalau dah 24/7 asyik mengadap buku aja(ayat bajet kuasa 2)..ulat buku pon maunya tergugat dengan kerajinan aku membaca nih..haha..



dan sekarang di waktu-waktu pc ni sedang dalam mood baik boleh la aku online sampai pagi-pagi buta sambil-sambil bertahajud..ngahahaha =P..kalu tak pukul 10 aku dah hanyut belayar ke laut hitam sampai pukul 10 esok paginya..hehe..ini aktiviti normal manusia yang tengah bercuti la kan..tak percaya tanya peter answer..keh3..lagipun pc ni memang tengah melalui hari-hari terakhir hayat dia pun..doktor kat kelinik komputer tu pon dah cakap yang mr. pc ni mmg dah tadak harapan..jadi layan la dia elok-elok di hari-hari terakhir dia..kalau lagi sekali dia pengsan memang alamatnya dia tak akan sedar-sedar lagi buat selamanya dan patut kena buang dalam sungai aja.Dah tadak penawar dah untuk dia..sob3..


jadi apa yang aku nak sampaikan cuma,,dengar cakap orang tua-tua.Jangan nak memandai-mandai manipulate kan kata-kata orang tua-tua ya anak-anak.Orang tamak memang akan selalu rugi.Sekarang aku dah faham,,percaya dan insaf!!!tengok apa jadi dengan aku.Tamak!!semua cerita aku nak ambik,,tu tak kira game lagi tuh..Bila pon tatau la aku nak tengok cerita-cerita yang berlonggok tu.Sebab aku jenis yang tak suka nak melagho-lagho buang masa tengok cerita-cerita tu semua bila da start kelas(ehhe..konon,,hanya aku hentam tengok jugak kalau dah tak tahan sangat =P) sebab once aku dah start tengok aku sahngat la susah nak stop.yeah better prevent than cure kan(ada kena mengenakah??) sampai time lecture mengajar pon ai boleh dok terbayang wajah-wajah hensem pakwe-pakwe ai tuh..haha..what to do..

hensem habaq hang..aishh ~_^

hah lupa pulak,,aku jugak copy berlonggok-longgok game,,konon nak main time cuti ni la jugak..tapi hampeh.Baru satu game ja kot aku habis main..sudah lah buat aku sakit hati aja cerita pasal ni.Yang pasti aku tamau jadi manusia tamak lagi..ekk o_O..insya allah..hehe..^_^V(peace)


notakaki:abang aku bukan tadak laptop tapi memandangkan kami ni baik hati belaka,,dia bagi laptop dia kat kak aku..tapi aku tau taktik dia nak beli laptop baru sebenarnya tu baik hati sangat..tapi dia tak cukup bajet lagi sebab dok kalut simpan duit nak kawen(hahahahaha),,so last-last aku la yang jadi manusia paling baik hati..ngeh3=))

Saturday, April 16, 2011

ini entry bodoh dari orang yang bengong!!=(

assalamualaikum..

tgh sgt sedih sekarang..
tapi boleh tak kalau nak gelak kuat2..
tadi lawan ping pong..
pastu dapat no 4 aja..
waaa sgt tak puas hati..
sbb byk buat careless mistakes..
waaaaaaa....
jerit kuat2..jerit kuat2..jerit kuat2..
maaf semua..
tapi tak pa la da tadak rezeki kan..
redho ja...ada hikmah la tu.
takpa zaem..
ok lah tu praktis seminggu aja kan..
kalau praktis sebulan mesti bole dapat no 1..
haha..perasan!!!

lepas tu kan..
balik2 rumah..
da tengah malam da..
ingat nak tidur terus..
bukak2 lampu bilik
sangat terkejut..
suprise!!!!
laptop kebasahan kena hujan..
tadi keluar lupa tutup tingkap..
padan muka kau zaem..
padan muka kau
padan muka kau..
okeh..padan muka aku..
takpa ni mungkin kifarah dosa aku..
sabar zaem..sabar..
cepat-cepat lap..
lpas tu try bukak..
boleh..tapi dia macam bengong2 sikit..
okeh skarang..
sekarang..
dan sekarang
air kat mata da tak boleh duduk diam..
apasal banyak sgt fluid aku hari ni dalam lacrimal gland ni..
sudah la..
sudah
stop!!
salah kau sendiri..
buat apa nak menangis..
da tak guna..
okeh nulai sekarang ikat perut..
persediaan kalau apa2 jadi dgn lappy ni..
okeh da tak boleh fikir apa2 sekarang..
kawan-kawan doakan laptop aku selamat..

Wednesday, February 9, 2011

anomeric centre buatkan saya tersinggah di sini =)

assalamualaikuma

macam mana ntah bole tersinggah kat sini..
hehe..
alang-alang dah tersinggah tu
terasa la pulak nak tinggalkan sepatah dua bebelan..
hoho..boleh tak??
ahhh boleh tak boleh nak membebel jugak
tak kira..peduli hapa...heee~
iyalakan bukan selalu pon boleh singgah kat sini..
tambah-tambah bila dah start sem baru ni
bila da mula belajar subjek-subjek baru yg bole tahan la tough
bila da mula berkenalan dgn benda-benda baru
lecturer baru
kawan baru
jiran baru
kucing baru(????)
bilik baru
kipas baru(nak jugak bagitau ada kipas baru..haha)
berjumpa pulak dgn terms baru yg bole buatkan lidah terbelit-belit+tersimpul-simpul bila nak sebut..
tak ketinggaalan buatkan otak jadi beku sebentar bila nak ingat meanings dia
ditambah pulak dgn laptop yg tak berapa nak sihat
asyik-asyik kena jumpa doktor aja  =(
line wifi jaring yg slow mengalahkan semut berjoging..
mmg tak terupdate la jadinya blog ni..

okeh rasa dah kena stop ni..
tersampai kat sini pon sbb da sgt penat menggoogle meaning anomeric centre..
so,,menyinggah la sekejap sambil-sambil melagho kat sini..heee~
release tension la konon kan..ngeh3~~
tapi before tuh..
tolongla...
sapa-sapa yg bole bagi complete definition about anomeric centre..
tolong ea..
da penat ni nak menggoogle..
last2 tergoogle blog sniri..^_^
okeh2 stop...
sambung buat assignment!!!

notakaki:sebenarnya faham anomeric centre tu mcm mana tapi tatau nak tulis definition dia mcm mana..macam mana tu ey??aish pening3!!! @_@

Wednesday, January 5, 2011

ceritera semalam dan hari ini

assalamualaikum..

terasa utk merapu dalam entri kali ni(cehh bajet entri2 sebelum ni pnuh pengisian..hee~)

semalam (3/1/2011)

ini kira entri utk cover semalam punya la..hehe..kira halal la ea..tadak apa pon nk cerita sebenarnya..saja nk merapu aja..kalo rasa mcm membuang masa anda utk teus membaca entri ini sila tekan butang pangkah di atas..
aku tak suka memaksa org sepertimana aku tak suka diri aku dipaksa org lain utk membuat sesuatu..yaa aku mmg keras kepala,degil,dan mempunyai ego setinggi gunung fuji..tapi kdg2 aku juga boleh jadi seorang yg sgt lembut hati kalu kena dgn caranya..

eehh tgk2 kan da termelalut entah apa2..okeh back to the topic..semalam kan tgh seronok skodeng2 blog org tiba2....lapppp...gelap seluruh rumah...adrenaline rush berlaku seketika..hahh sudah..da la handfon tertinggal kat bawah..gelapp..mmg sgt gelap..tak nmpak apa pon..terus bgn teraba-raba cari suis lmpu dan kipas..off..raba-raba lg cari tangga..(heii jgn fikir lain yaa..cubit baru tau..hee)
da rasa mcm org buta sekejap..barula terasa nikmat punyai sepasang mata yg boleh melihat..alhamdulillah..
turun tangga pelan2..takut jatuh nnt bertambah pulak lagi cuti..hehe..sampai bawah terus masuk bilik..elok2 masuk aja bilik cuba teka apa jadi..heekkk...lampu luar tiba2 menyala balik..cesss agaknya TNB sengaja nk sabotaj aku la ni..nak suruh tidor awal la tu...takpa2 ada hikmah tu..bole tidur awal..tapi bangun paginya lmbat jgak..hahaha..



hari ini (4/1/2011)


bangun lewat(as usual ^_^ <==bajet senyum comel) tp mandi awal..haha..faham tak..buat2 la faham ya..buat kerja2 rumah mcm biasa(rajin tak..haha) pastu tgk tv pastu tidur tgh hari smpai petang..hehe..ini aktiviti wajib masa cuti ea...kira utk cover tidur2 yg tak ckup masa hari ada kelas la...ngeh3..

sapa ada tak tgk berita kat tv tadi..pasal ambilan pelajar baru utk IPT..akan dilewatkan ke bulan 9..bapak best la budak2 spm zaman sekarang ea..cuti lama nk mampus..dekat2 setahun tu..kalau adik-adik(bajet da matured..haha..eala saya kan da 20..haha) kerja time tu bole jadi kaya da tu..huhu..over..

tadi check la ecitie(ecitie ni web rasmi universiti aku) sbb nak buat semester registration utk sem baru ni..semangat tau aku bukak..semangat sem baru ni..berkobar-kobar nak daftar..tapi ini yg aku dapat..terpampang kat skrin monitor..nah ambik kau..

** Your registration invoice for this semester has not been approved yet/has been cancelled. Please refer to Finance Counter for further information.

apakah..aku da bayar awal2 la..ni sabotaj ke apa ni...tolongla explain..tak boleh terima ni..kalau nk sabotaj pegi la sabotaj anak datuk ke tan sri ke..ni nak sabotaj org miskin macam aku jugak....aish...esok harusla aku serang org2 di finance(wahh bkn main ea main serang2..jgn risau aku serang dgn penuh kesopan..hehe)

oklah rasanya sampai sini dulu..esok update lagi..update terakhir dari rumah..hehe..nyamuk byk sungguh malam ni..penat betul berperang dgn mereka...sakit tapak tgn lembut ai dok tampar nyamuk2 kampung yg hodoh ni..hoho...lagipun takut la nak lama-lama..takut TNB sabotaj lagi..buatnya tiba-tiba black out lagi mcm semalam tak ke haru..huhu..terkebil-kebil la sorang-sorang..teraba-raba la mcm orang buta hilang tongkat..tapi tak pa sebab malam ni dah prepare dgn handfon..kira kalau jadi apa2 bole guna lampu fon la..hehe..^_^

Thursday, December 30, 2010

congratulation itu tahniah lah

assalamualaikum..

tadi mcm banyak nak tulis..tapi bila jari start tekan keyboard idea2 suma lari 600km/jam..kena sumpahan agaknya aku lepas balik bedating ni..hehehe..

okeh kita mulakan dgn sekantung ehh.. sekalung ucapan tahniah buat skuad bola sepak kita sbb berjaya menjadi juara piala AFF suzuki..(skema seketika yerr) anda semua main mmg best tak ingat la...aku suka..hehe..tak sia2 aku habiskan suara aku bersorak-sorak mcm cheer leader kat dpn tv tadi..tinggal tak ada pom pom aja..hehe..bravo2..semua hebat2 belaka..tapi aku plg suka tgk si goal keeper yg terer nak mampus tngkap bola dgn si safee yg sgt lincah tu..suka tgk saja okeh..= p

buat pasukan indonesia,,walaupon anda kalah saya nak ucapkan tahniah jugak sbb pemain anda hensem2 belaka membuatkan saya lg bersemangat nk tgk perlawanan malam nih..ngahahaha(gelak miang = p)..takpa2 walaupon anda kalah bermain tp anda tak kalah dr segi kehenseman rupa paras..ngeh3(lagi sekali gelak miang)

seterusnya mari kita ucapkan tahniah kepada cik adek manis tuan-punya-ini blog yerr (okeh aku mmg tak malu..apa aku peduli..hehe) cepat2 ucap taniah..sapa tak cakap tahniah aku ketuk kepala ^_^..takpa la kalau takmo cakap aku cakap kat diri sendiri ja la (saja buat ayat syahdu nak mntak simpati..heee)
tahniah sebab da lulus ujian jpj...yeeaayyyy!!!!!!okeh aku tau org lain da berzaman dpt lesen cool je,,aku baru dapat pon da nak kecoh2..heeiii igt senang ke aku nk dapatkan lesen P tu..mcm2 mehnah dan tribulasi tau aku kena hadapi(tgk kan da guna word bombastik di situ..hehe)sampai aku hampir2 fed up nak berhenti belajar memandu nih..


actually semua org pon tak percaya yg aku lulus test jpj nih..tu lah korang memandang rendah kebolehan beta..hahaha...ni baru first time tau aku buat test jpj nih terus lulus..bkn repeat test yerr..harap maklum..jadi haruslah aku bangga sekejap kan..hahaha...da org lain tamau bangga dgn aku so aku bangga je la sendiri2..bole tak mcm tu..hehehehe~


sampai aja rumah lpas test semua org tanya,,lulus ke tak..bila aku cakap lulus semua tak percaya..abang aku siap cakap lagi jpj yg test aku tu silap tanda..ada ke patut..haishh..ni yg beta murka nih..sampaikan cikgu yg ajar aku driving ni pon tak percaya aku bole lulus sekali test aja..mak aku pon cakap yg jpj tu tersilap bagi aku lulus..sedih ah kan camni..hahh tu la don't judge a book by its cover..kan3..hoho..aku sengaja ja tamau tnjuk terer awal2..tamau ah riak awal2 kan..hahaha..lupa diri seketika ^_^

okeh sudah2..nampaknya dah terlebih-lebih la pulak kan..hahaha..maaf la ya...mulut ni pon da berkali-kali menguap dah ni..mata pon sekejap pejam sekejap celik da ni..katil pulak dah menyeru-nyeru...heee~

lupa pulak..sebelum tu tahniah jugak buat my best friend lynn..result exam da keluar kan..aku tak tau ag dapat berapa..tapi berapa pon ag dapat aku nak ucap gak tahniah kat ag..ak tau result ag msti gempak punya la..hehe..lepas ni bagitau aku tau dpt berapa..hehehe..


akhir kata,,tahniah lagi skali utk skuad bola sepak negara...bersyukurlah seadanya..tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi..majulah bola sepak utk negara(baca dgn gaya pembaca berita..heee)~



Wednesday, December 22, 2010

ketinggalan zamankah aku : basikal elektrik


sebenarnya aku rasa agak kuno dan ketinggalan zaman nak menulis pasal basikal elektrik ni..tapi nak buat mcm mana  dah aku mmg baru tau pasal kewujudan basikal spesies baru ni *blushing seketika*..kenapa tadak sapa2 pon bagitau aku pasal benda nih!!!(emosional sebentar,,harap maaf..^_^) sdeh ah cani..ntah2 aku org terakhir kot tau pasal basikal ni..sdeh lagi skali..

semalam smbil mkn sate,,aku bersembang dgn mak dan abg aku yg sulung..mengadu pasal hostel fees yg mahal nak mmpus (terima kasih kpd ukm sbb tmbah beban aku dan sebabkan rambut aku gugur dgn meriahnya sbb dok pkir mana nk cari duit) tau la kami ni menumpang hostel anda tp jgn la buli sampai mcm ni..

tiba2 ada iklan  yamaha ego LC yg baru tu kat tv..korang da tgk belum..sgt cun okeh skuter tu..huhu..trus aku ckp kat mak,, "mak moto tu la yg org nak beli tu"..hahaha...konfiden dan berani mati tak saya..da la duit pon tadak..ada hati nak beli motor mahal2 kan..bkn kata duit,,lesen motor pon tadak lagi da pasang cita2 setinggi gunung fuji nak beli motor..mmg sgt tak sedar diri..hee~ tapi apa aku peduli..yang pasti aku nak jugak motor tu..ngee~

benci la tgk..sbb cantik sgt..hee..bole tak benci sbb tu..=p

semua pon gelakkan aku...mak cakap kat aku bawak moto pon terkayuh2 lagi kaki kat tanah mcm kaki-itik-berenang-dlm-kolam ada hati nak bawak moto kat KL..huhu..hah tu la kan da kena kau macik..ambik kau sebijik..abang pulak tmbah,"belajar naik motor bg cekap dulu baru pkir nak beli"....uwaaa...tiba2 ja rasa mcm jatuh dari bumbung KLCC..hancur berkecai berderai bagai....even tadak lesen lagi tapi aku da pandai okeh naik motor even stakat brani merempit kat jln blakang aja..huhuhu..^_~
weeee~~

lepas tu abang cakap beli ja la basikal elektrik tu bagi kat dia...aku pulak blurr seketika..basikal letrik..apa benda tu???wujud ke???tak penah dgr pon..ye saya tau saya ketinggalan zaman..trus tebayang basikal yg kena kayuh2 tu la kan..terbayang2 aku kayuh basikal dgn gigihnya dr hostel kat bangi smpai kampus kat kajang,,siap naik highway lagi..sila bayangkan..okeh jujur aku tak rela..hilangla keayuan saya!!!konfiden aku cakap tamau,,nnt nmpak mcm budak sekolah ja naik basikal(demand kan..ngeh3)..malu la kat org..haha..


hahh..di saat ni la baru aku tau rupa-rupanya basikal letrik ni mcm skuter design dia..cuma dia tak guna minyak..tapi kena caj la mlm2 guna tenaga elektrik..baru aku tau rupanya basikal macam ni wujud..ternganga la mulut aku dgr abang dgn mak explain pasal basikal ni mcm org jakun ja gaya..hahahaha...sungguh la aku ketinggalan zaman.kuno.jakun..mak aku yg tak tau apa itu blog pon tau pasal basikal ni...

petang tadi apa lagi terus menggodek2 di rumah uncle google la aku cari mcm mana rupanya basikal letrik ni..nasib baik ada encik google a.k.a ayah angkat aku ni..kalau tak sampai ke sudah la aku jadi manusia jakun tak tau apa itu basikal letrik..

ni yg design mcm basikal..murah sikit la

hah ni pulak yg mcm skuter..cantikkan..hehe..tiba2 rasa mcm nak la pulak..tak dpt yamaha ego,,dpt basikal letrik pon jadi la..ayat manusia desperate..hee~ yg ni dlm RM2000+..


tgk tu advantage dia...macam best ja kan..tadak sapa2 ke nak hadiahkan..ngahaha..

serba sedikit info kalau ada sapa2 yg ada hati nak beli mcm tuan punya blog nih..peace=)

tapi kan...kalau la.. emm kalaula....malu la nak cakap..heee~..cakap jugak la..kalaula...

dapat vespa macam ni pon aku suka jugak..hehehe..peace~~


*credit to mr google for all of the pics ^_^*




Tuesday, December 14, 2010

awas:kanak-kanak zaman ini!!


di suatu pagi yg da agk nk tgh hari...
seorang makcik yg agk cun dan comel(*wink2) sdg khusyuk menonton tv yg sdg menayangkan last episode miss tres hermanas..
sementara itu,,3 org kanak2 lelaki (2 daripadanya ank sedara macik ini,,manakala lg sorang sepupu kpd macik ini) berlari-larian sambil menjerit-jerit dgn meriahnya di belakang si makcik..

makcik : heii kanak2...diamla..org nk tgk cerita la..kacau sungguh..shuhh3..pegi main jauh2
kanak2 A : takmau....nak main kat sini jugak..
makcik : eiii sibuk la....hampa ni saja kan nk sabotaj makcik..hari lain elok ja main kat luar..
kanak2 : (buat bodoh mcm tak dgr apa2 sambil terus bermain)

tiba2 suasana bertukar menjadi senyap sunyi mcm di kawasan perkuburan adanya..oleh kerana agak takjub dgn suasana yg tiba2 senyap,,si makcik yg comel ini menoleh-noleh ke kiri dan kanan mencari-cari ke mana gamaknya kanak2 yg bising tadi hilang...

makcik : aih bila hampa mai dok sini..tadi bkn main hingaq tak igt dunia..
(rupa-rupanya kanak2 yg bising td telah duduk dgn selesanya kat sebelah makcik ni menonton tv bersama..)

kanak2 B : hehehe..(gelak penuh makna)
makcik : da penat main??tu la lari sana lari sini...tau la production ATP byk pon..
kanak2 C : hehehe...(gelak penuh makna smbl mata tak lepas tgk tv)

tanpa mengesyaki apa2 si makcik kembali menoleh ke arah tv utk menyambung tontonan beliau yg tergendala seketika tadi..
alangkah terkejutnya si makcik ini sejurus terpandang apa yg terpapar di tv ketika itu..

makcik : oooooo....bkn main noh,,patutla tiba2 ja semua diam...mai dok tgk tv skali...ni rupanya..tak padan dgn kecik..kecik2 dah pandai...mmg nak kena hantar pi sekolah pondok la hampa ni..
kanak2 A,B&C : kah49870........
makcik :(tukar channel)

anda3 tahu apa yg menarik para kanak2 LELAKI yg bising td utk tiba2 duduk diam dan menonton tv??
nahh,,rupa-rupanya waktu tu,,margarita yg mmg dah sedia seksi menyeksa tu muncul di tv sambil memakai bi**ni..!!
pantang tgk pompuan seksi..aishh!!!

okeh...sekian..


*budak-budak zaman sekarang!!!*
di dunia tanpa sempadan..*sigh*
=_='


notakaki: margarita tu watak plg jahat dlm drama miss tres hermanas nih..tu yg berbaju merah kat bawah tu la orgnya..


Sunday, December 12, 2010

sekolah paling menggerunkan!!!

*credit to lynn for the tittle..hee~^_^

menggerunkan..
mengerikan..
menakutkan..
mencuakkan..
apa lagi perkataan yg sesuai ya..hehe..
pernah tak anda3 sekalian jumpa sekolah yg mcm ni..

*****************************************************

aku tak tau mcm mana nak mulakan cerita,,tapi sekarang ni aku tgh dlm proses nak dapatkan lesen kereta..sepanjang hidup aku sewaktu sekolah dulu aku tak pernah rasa sgt takut dan menyampah nak pergi sekolah..(exception utk waktu2 aku tak siapkan homework)

tapi sekolah memandu tpt aku belajar ni da berjaya buatkan aku rasa sgt takut nak ke situ mengalahkan budak2 kecik yg takut nak pergi sekolah sbb takut kena cucuk dgn nurse kat sekolah nanti(aku ada kwn yg tamau pegi sekolah sbb ni okeh).. serius aku sgt takut..tetiap kali nak pergi ja mesti jantung rasa macam nak tercabut..gigi rasa nak patah..pancreas rasa nak pecah..

tak sangka pulak sgt susah nak dapatkan lesen..aku rasa lagi senang nak dapat 12A dlm SPM dari nak dapatkan lesen kereta tau..maybe aku yg malang kot sbb dpt cikgu yg sgt lah garang mengalahkan cikgu disiplin kat sekolah..tetiap hari aku kenyang dgn amarah dan tengkingan dia ja...sedih2..

nasib baik la dia dapat anak murid yg baik mcm aku tau(sambil kembang2 hidung..hehe)..dia kata apa pon aku diam ja..walaupon hakikatnya mulut aku ni sgt la gatal nak menjawab balik segala apa yg dia kata kat aku tu..heii tolongla faham..aku ni tak pernah pegang stereng la before ni..so,,jgn la nak expect aku ada skill mcm micheal schumacher..kalau aku ni dah terer tadak la aku terhegeh-hegeh nak pergi belajar memandu lagi..baik aku dok rumah tgk tv ja lagi best la..

aku punya cikgu ni kan dia punya expectation kat aku mcm aku ni da ada pengalaman drive 30 tahun tau..padahal ni la first time aku pegang stereng..semua kena perfect...salah sikit alamatnya kenyang la aku hari tu dgn tengkingan..aku ni pulak da la jenis mudah gelabah..bila buat salah,,kalau org marah2 lagi la bertambah2 kegelabahan aku tu terus tatau nak buat apa..jadi serba tak kena..

waaaa...cepatla habis semua ni...da cukup sengsara dah hidup aku ni...aku da penat balik dgn muka masam tetiap kali lepas kelas dia..da penat nak ngumpat2 dia bila blk rumah..ni ja yg aku mampu buat nak lepaskan geram aku..heee~nak melawan depan2 nanti dikata kurang ajar pulak kan..



Sunday, November 28, 2010

~again??~

p/s : sila abaikan tittle di atas

bila dah lama tak menulis..
jari2 pon da terasa keras..
(bajet mcm penulis tekenal..hehe..)
otak pon da terasa beku mcm baru kluar dr igloo..
idea pon da jd hdup segan mati tak mau..
so,,solutionnya????
jom sambung tido..
kot2 la dpt idea dlm mimpi nanti..



notakaki: idea suda kering,,harap maklum..