Showing posts with label unikl. Show all posts
Showing posts with label unikl. Show all posts

Friday, June 10, 2011

entry tak bertajuk

assalamualaikum.

ya lebih sebulan tak menjenguk ke sini..bermula dengan kesibukan exam bersambung pula dengan kesibukan enjoy selepas habis exam..hehe..biasa la kan..balik pulak rumah laptop pulak kena kidnap..mmg terus tak berupdate la kan..pc rumah pulak macam biasa la dah tak larat nak pujuk dah..asyik buat perangai ja..ehhe..

tadi waktu menjenguk-jenguk ke blog kawan-kawan yang lain semua sibuk cakap pasal result exam..ya result exam aku dah keluar..keluar secara tiba-tiba..tiba-tiba aja dapat mesej dah boleh cek result..iya la aku kan manusia ketinggalan zaman yang takdak facebook so mmg tak tau apa-apa la kan..orang lain dah pakat bergembira dgn result masing-masing aku baru terhegeh-hegeh nak tengok...

berbalik kepada cerita..so rasa-rasanya macam mana resutlt aku untuk sem ni..masa nak buka portal ecitie tu mcm agak cuak la kan..haha..tak tipu punya..mmg takut tak tau nak cerita..macam-macam dah dok terbayang dalam kepala otak ni..bila dah tengok..hmmm ok la..alhamdulillah..ada sikit peningkatan dari sem lepas..syukur atas segala nikmat dan rezeki..ya setiap kesusahan yang dilalui pasti akan diikuti dengan kesenangan..sebab tu orang cakap bersusah-susah dahulu bersenang kemudian kan..alhamdulillah aku rasa allah dah bagi rezeki yang setimpal dengan usaha aku..tapi kalau aku usaha lebih lagi,,tak curi-curi tengok cerita korea time exam mesti aku dapat lebih lagi kan..hahaha...nak tau aku dapat berapa???hahaha..sibuk betul..


pointer tayah la tau ek..hehe...malu ah kan...aku tak pandai sgt..pointer biasa-biasa aja pon..tadak la 4 flat cam orang lain kan..

hah nak dijadikan cerita kan,,2 3 hari before result keluar aku demam..demam yang sepatutnya jadi waktu tengah exam dulu..tapi waktu tu aku buat tak layan aja sebab malas nak layan..kalo dilayan tak study la aku..so kiranya lepas balik rumah tiap2 malam time nak tidur ja badan rasa la cam panas-panas kuku kambing gitu..lepas da puas warming up baru la virus-virus tu tunjuk taring..haa hambik kau..2 hari aku tidor ja kerjanya..hehe..



tapi sekarang dah ok..hehe..dah bole masuk lumba lari 1000 meter dah..hah sebelum terlupa..tahniah ea utk kawan-kawan yang lain tu..tak kira banyak mana kita dapat itu aja rezeki kita..so,,jangan down ok..usaha lagi..lekk lu..baru sem 2 kan..ada lagi 6 sem lagi kita kena tempuh..so banyak lagi peluang untuk kita berusaha..kadang-kadang bila kita di atas ni bukanlah satu situasi yang baik...sebab bila kita terlampau tinggi di atas sekali kita jatuh..gedebukkk..sakitttt tu lebih...so bersyukur aja dengan apa yang kita dapat..semua yang berlaku ada hikmahnya..cuma kita aja yang tak tau apa yang bersembunyi di sebalik semua ni..next sem kita sama-sama usaha lagi okeh..

notakaki:lepas ni tatau bila bole update lagi =(

notakakilagi:kepada follower baru tu nanti aku follow balik ea..sorry ada problem sikit sekarang tak boleh nak follow orang..kenapa ntah.. =((

Saturday, April 16, 2011

ini entry bodoh dari orang yang bengong!!=(

assalamualaikum..

tgh sgt sedih sekarang..
tapi boleh tak kalau nak gelak kuat2..
tadi lawan ping pong..
pastu dapat no 4 aja..
waaa sgt tak puas hati..
sbb byk buat careless mistakes..
waaaaaaa....
jerit kuat2..jerit kuat2..jerit kuat2..
maaf semua..
tapi tak pa la da tadak rezeki kan..
redho ja...ada hikmah la tu.
takpa zaem..
ok lah tu praktis seminggu aja kan..
kalau praktis sebulan mesti bole dapat no 1..
haha..perasan!!!

lepas tu kan..
balik2 rumah..
da tengah malam da..
ingat nak tidur terus..
bukak2 lampu bilik
sangat terkejut..
suprise!!!!
laptop kebasahan kena hujan..
tadi keluar lupa tutup tingkap..
padan muka kau zaem..
padan muka kau
padan muka kau..
okeh..padan muka aku..
takpa ni mungkin kifarah dosa aku..
sabar zaem..sabar..
cepat-cepat lap..
lpas tu try bukak..
boleh..tapi dia macam bengong2 sikit..
okeh skarang..
sekarang..
dan sekarang
air kat mata da tak boleh duduk diam..
apasal banyak sgt fluid aku hari ni dalam lacrimal gland ni..
sudah la..
sudah
stop!!
salah kau sendiri..
buat apa nak menangis..
da tak guna..
okeh nulai sekarang ikat perut..
persediaan kalau apa2 jadi dgn lappy ni..
okeh da tak boleh fikir apa2 sekarang..
kawan-kawan doakan laptop aku selamat..

Sunday, April 10, 2011

buat dia =(

assalamualaikum..




"setiap yang hidup pasti akan merasai mati"

al-Fatihah buat Siti Khadijah bt A. Ghani..

kitorang classmate..aku dengan dia tak la rapat sangat..tak pernah pon tidur sebantal cuma pernah tidur selantai..tak pernah pon makan sepinggan..kitorang mula bersembang pon start sem ni..sebab honestly aku tak berapa selesa dengan kawan-kawan rapat dia yang agak bising..tapi lepas dah kenal budak-budak ni semua diorang okey aja cuma kadang-kadang terlebih mesra..tapi arwah dijah ni lain sikit,,walaupon kawan-kawan rapat dia jenis yang bising-bising dia tak macam tu..dia agak pendiam dan tak suka menonjolkan diri..muka pun lembut aja..sejujrnya aku  memang suka perhatikan dia dalam diam sebab bagi aku dia sangat cantik..hey jangan fikir bukan-bukan pulak..aku normal okeh!!

aku dengan dia mula berbual lepas aku dapat tau dia pon orang utara jugak..dia dari perlis aku kedah..kami pernah janji nak balik kampung naik bas sama-sama..tapi sayangnya tak kesampaian..mungkin sebab kami gunakan loghat yang sama jadi kami cepat mesra..bila jumpa tepi jalan dah boleh bertegur sapa walaupon tak bersembang panjang..dah boleh bertukar-tukar cerita korea..hehe..

kami baru nak mula rapat..baru nak mula kenal mengenal dengan lebih rapat,,tapi.....ternyata allah lebih sayangkan dia..aku terima hakikat ni..

jumaat malam aku dapat berita yang arwah dijah accident dengan 3 orang lagi kawan dia..tapi dia yang paling teruk..kepala arwah terhantuk kuat dengan cermin tepi kereta..cermin kereta pecah dan tulang dahi arwah turut patah berserta dengan pendarahan dalam kepala..sabtu paginya,,pagi-pagi lagi mesej masuk.."dijah dah meninggal..al-fatihah"..

dalam masa kurang sejam aku terus bersiap-siap nak ke hospital..mulanya arwah dihantar ke hospital serdang..tapi disebabkan keadaan dia yang agak kritikal dia dipindahkan ke HKL..dan sepatutnya dia akan menjalani pembedahan disbabkan internal bleeding dalam kepala tu..tapi disebabkan keadaan dia yang tak berapa stabil jadi pembedahan tak dapat dilakukan segera..

on the way ke hospital satu persatu kenangan dengan arwah bermain balik..perbualan-perbualan kami dulu terngiang-ngiang aja..walaupun kami baru aja mula nak rapat tapi kenangan tu tetap ada..muka dia terbayang-bayang kat mata..sepanjang aku kenal dia,,aku tak pernah dengar cerita buruk tentang dia..dia seorang yang sangat pandai menjaga maruah diri..bersopan santun,,tak pernah tinggika suara..bijak..pernah dapat highest mark utk test biochem..lemah lembut,,cantik..

bila sampai kat hospital kawan-kawan yang lain pon dah ramai yang sampai..mata masing-masing dah merah..mak arwah dijah sentiasa kat sbelah dia..mak dia nampak sangat tabah..bila kain kafan yang tutup muka dia dibuka air kat mata ni tak boleh nak duduk diam..mungkin turut merasa kesakitan yang arwah dijah rasakan..muka dia  yang aku suka perhatikan dulu sekarang penuh dengan kesan lebam,,kesan hantukan mungkin..hidung disumbat dengan span sebab darah banyak keluar dari hidung..mulut yang dulu pernah bergurau dan bergelak ketawa dengan aku sekarang pecah-pecah luka dgn tiub kat dalam...mata dia yang dulunya bulat sekarang dah tertutup rapat..ya allah... baru pagi jumaat tu aku bersembang dengan dia,,nampak dia sihat lagi,,tiba-tiba esoknya nampak dia dah kaku..

sejujurnya lepas dengar dijah accident dan tak sedarkan diri aku tak pernah bayangkan yang kami akan kehilangan dia..aku cuma bayangkan mungkin lepas ni kami akan melawat dia kat hospital lepas tu dia akan sedar,,sihat dan kami akan jumpa balik di kelas nanti macam biasa..rasa macam tak percaya pun ada bila tengok dijah yang terbujur kaku kat atas katil hospital..rasa macam baru semalam aku ambik cerita korea dari dia..macam baru semalam kami janji nak balik kampung sama-sama..macam baru aja kami begelak ketawa sama-sama..tapi hari ni tiba-tiba aja dia dah tak ada..aku harap sangat ini  cuma mimpi..tapi setiap yang hidup tu pasti akan mati kan..aku pon akan mati nanti cuma tak tau bila dan macam mana..

buat masa sekarang semua pon macam still trauma untuk bawa kereta..masing-masing tadi pergi  hospital budak laki yang tolong drive kan..aku pon lepas ni kalu nak bawak kena ada orang yang terer aja kat sebelah..tak mau dah pandai-pandai..biarla kena naik bas sampai tua pon kalau itu lagi selamat..buat keluarga arwah dijah..bersabarlah..setiap yang berlaku ada hikmah..buat kawan-kawan yang lain jadikan kejadian ni sebagai iktibar..maut tu boleh datang bila-bila masa aja..tanpa kita ketahui..jadi sentiasa bersedia..

 arwah dijah yang paling kiri dalam bulatan hijau..
gambar ni diambil beberapa jam sebelum kejadian..

semoga arwah dijah dicucuri rahmat,,diampunkan segala dosa-dosanya dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh..tolonglah doakan dia sekali ya kawan-kawan..dan tolong sedekakan al-fatihah untuk arwah dijah..semoga segala urusannya dipermudahkan..

Sunday, March 20, 2011

pernah tak rasa...

assalamualaikum...

okeh firstly sewaktu entry ini ditulis aku punya perasaan sedang berkecamuk..hahaha..bajet mcm perasaan org yg baru putus cinta kan..kah3..taktau la sama ada aku patut rasa marah,geram,gembira sampai melompat-lompat,sedih,kecewa atau apa-apa aja..rasa-rasa apa perasaan yg aku patut ada waktu sekarang bila berada dlm situasi seperti yg akan diceritakan di bawah...



isnin minggu lepas lecturer IT aku ckp dia nak buat mid term isnin minggu ini(maknanya esok la tu)..seriusly 2 3 minggu kebelakangan ni aku sangat-sangat la sibuk sampai mendatangkan sedikit stress dan membuatkan aku sedikit kemurungan akibat terlalu banyak kerja sampai tak sempat nak bergembira..kalau nak gelak pon curi2 la masa before nak tidur ke waktu tgh gosok gigi ke..sebab takmau terbawa-bawa dgn stress kan so gelak aja la sorang-sorang bila ada masa lapang even tadak benda yg lawak pon..kesian kan..=(


so,,selepas settle kan lab report dan assignment yg aku buat sampai rasa nak muntah tu hari jumaat hari tu,,sabtunya start la study IT dgn agama..kebetulan pulak mid term exam agama pon isnin ni jugak..jadi double stress la ea..mmg kalau ikt minggu ni byk kerja..berturut-turut ikut hari..tapi minggu ni kira pling relax la nak bandingkan dgn minggu lepas-lepas..

-isnin--> exam IT dgn agama(notes dua-dua subjek baru dapat malam jumaat haritu..saja ah tu nak suruh study dua-dua serentak)
-selasa--> double tech comm punya presentation maknanya kena buat 2 presentation trus dlm satu kelas..waaa slidenya tak siap lagi..
rabu--> kena buat lakonan utk kokurikulum bertemakan maulidurrasul..tapi skrip pon tak siap lagi..yeay!!tahniah..
khamis--> mungkin baru boleh menarik nafas lega..huhu..harap2 lepas ni dah tadak kerja lagi..penat la weih..



so study punya study punya study punya main game punya study sambil main game sampai hilang selera makan tiba-tiba tadi tepat jam 10.15 mlm lebih kurang..sedang aku khusyuk study dgn penuh kecuakan sbb tak habis lagi study IT yg mmg sgt2 boring tu(maybe sbb kami ni bdak bio so bila belajar something yg luar dr bdg bio seperti IT ni kami rasa sgt bosan dan mengantuk..heeee)..sebelum tu exam IT ikutnya esok awal2 pagi pkul 8.30..maunya aku tak kalut study kan..tiba-tiba kan kan housemate aku ckp..zaem exam IT esok cancel..kelas mcm biasa...



jadi anda rasa apa aku patut rasa...seronok melompat-lompat sbb exam cancel??lagipon aku tak habis study lagi...marah dan geram sambil tumbuk-tumbuk dinding sebab aku study mcm zombie utk exam yg dicancelkan??atau tak payah rasa apa-apa sedangkan aku berhempas pulas study IT ni sampai slide utk presentation pon aku tak siapkan,agama pon aku tinggalkan kejap kononnya nak study lepas habis exam IT,dan utk hari-hari yg aku lalui sebagai manusia separuh zomba semata-mata sbb study IT yg argghhh aku tak suka ni...


waaaaa kalau nak cancel pon cakap la awal-awal...2 hari sebelum ke paling2..ni org dah separuh mati study tinggalkan kerja-kerja lain utk study menda ni tiba-tiba malam yg sepatutnya esok nak exam tiba-tiba cancel pulak..tau tak rasanya macam esok nak kahwin,,tiba-tiba malam tu bakal pengantin laki telefon dan cakap kita tak jadi kawin esok..majlis kita cancel tau esok..hahaha over!!=p

apa lagi aku pon terus on lappy tulis blog...hahahahaha...bagus tak..geram punya pasal kan..tapi dalam geram-geram tu senoronok jugak la kan sebab takyah study dah..bole tidur awal mlm ni...yeayy!!!hehehe..okey sudah..cukup..jom buat slide utk presentation dgn study utk agama pulak...jom jom jom!!!

Sunday, March 6, 2011

success is painfull

assalamualaikum..
kenapa ye
kalau study aja ngantuk
study aja ngantuk
nagntuk aja study(???)
kalau buka buku aja ngantuk
adeihh
berat gila rasa mata nih..
banyak setan dok bergayut lah ni..
ishhhh
pi main jauh-jauh nu..
orang nak study la..
selasa ni ada mid term anatomy
banyak lagi nih tak cover
cardiovascular system,lymphatic system,respiratory system..
huhhh..
kepala macam dah nak pecah dah dgn segala mcm benda
macam mana ni
byk lagi ni tak baca
tapi mata pulak takmau bagi kerjasama..
katil dgn bantal pon sama naik
dok melambai-lambai
aish tak leh jadi nih
kena habiskan satu chapter jugak mlm nih
by hook or by crook
lebam pon lebam la..
bengkak pon bengkak la..
janji habis baca anatomy...
'accept the pain and get ready for success'
so tunggu apa lagi..
off laptop
sambung study lah...
^_^



Tuesday, February 22, 2011

penat = best!!!

assalamualaikum..=)

checklist minggu ini..
  • assignment information technology health science (isnin) -done
  • test human biochemistry (selasa) -done
  • mid sem exam principles of human genetics (jumaat)
  • lab report genetics (jumaat)
  • assignment technical communication-article review (jumaat)
       extra works
  • presentation+assigmnent agama (due date:lagi 2 minggu)
  • mid sem exam human anatomy and physiology  (due date:pon lagi 2 minggu)

tiba-tiba rasa mcm nak hantuk kepala kat dinding...kenapa byk sgt benda nak kena buat ni...bertimbun menimbun ditimbun..

nasib baik sabtu ni dah start cuti mid sem..tapi before cuti nih mau tercungap-cungap la jugak nak buat semua benda ni...sampaikan tiket nak balik kampung pon tak sempat nak beli lagi..macam mana nak balik ni..=(

jadi kesimpulannya,,minggu ini adalah minggu untuk meminimumkan masa tidur..dapat tidur barang sejam dua pon da bersyukur gila..sebabnya ada byk sgt benda yg perlu dibuat pada minggu ini ya kawan-kawan..takpa cuti seminggu nnt nak qadho tidur sampai lebam..hehe..^_^

notakaki:jom semua kita study sampai bengkak!!!



Saturday, February 19, 2011

anatomy dan cucuk-cucuk????

assalamualaikum...

okeh rasa sgt lega sekarang sbb baru lepas jawab test anatomy yg sgt2 'SENANG'..=.=
even mcm byk jugak la kan soalan yg tak berapa nak boleh jawab tapi tapi takpa la asalkan lepas blk dr kelas hari ni bole bersuka ria..hahaha...dah tak payah nak fikir pasal segala macam chordae tendinae,korotkoff sound,tachycardia,elastic artery bla bla bla..(hoho..bajet mcm da abeh final =p)

hahh cakap pasal test anatomy nih lupa pulak nak cerita..ni haaa...hari tu kan kan kan..kitorang kena buat lab practical utk anatomy tau..dan lab kali ni kitorang kena buat practical phlebetomy...wah3..korang tau tak phlebetomy tu apa..dgr mcm best kan kan kan..haaaa...phlebetomy tu bkn sejenis makanan ataupon jenama baju ataupun sejenis senaman yg menyerupai senaman si tommy yerr kawan2...phlebetomy tuh salah satu method utk kita amik darah..dan cara ni memerlukan kita main cucuk-cucuk tangan guna jarum(syringe) yg besar mcm kat hospital tu..hahh cepat2 bayangkan..heee~


dan kitorang dipaksa sorang2 utk buat menda ni..maknanya kita akan mencucuk org dan akan dicucuk kmbali oleh org lain..hahh igt senang ke nak cucuk2 nih..mental kena kuat tau..nak cucuk org bkn patung yerrr..actually utk buat phlebetomy ni ada 6 method..5 method amik darah melalui vein(deoxygenated blood) dan lagi 1 method utk amik oxygenated blood dari artery..mula2 kita briefing satu2 method dulu secara ringkas ea..

1st method : kita akan amek darah melalui vein kat bahagian lengan..bahagian yg bertentangan dgn siku tu kalau ita belek dan telek elok2 an mcm ada nmpak urat hijau2 tu kan...haaa kat situ la...ni kira cara yg plg biasa la kan..penagih dadah pon pandai buat..hehehe..guna syringe+needle yg biasa tu aja..
ni syringe saja..tanpa needle

yg kat dpn tu yg tajam tu needle..


2nd method : method ni slalunya digunaan utk amek blood dari children..tak payah guna syringe just guna needle..pastu nnt darah akan merembes la kluar mlalui lubang needle tu..pastu tadah la kat dlm bekas..hehe..cara ni ita amik darah kat vein bahagian belakang tapak tgn.
nmpak tak darah yg tgh kena tadah tu dlm test tube tu..


3rd method : method ni pulak selalunya guna utk amik darah baby2 la..amik mlalui vein at blakang tapak tgn jugag dan guna needle aja juga tanpa syringe..tapi beza method ni dgn 2nd method needle yg kita guna tu kita akn patahan dr pemegang needle tu(tgk gambar needle kat atas..yg biru tu pemegang needle tu..so patahkan amik needle semata yg kecik kaler silver tu)...so kira guna needle semata aja la..pastu tadah jugak darah.
mcm ni la lbeh kurang darh menitik-nitik kluar dr needle lpas kna cucuk tu..

4th method : cara ni pulak kita guna utk amik darah budak2 kecik dan org dewasa yg vein dia kecik..cara ni kena guna butterfly needle dgn syringe..dan darah yg diambil dari vein dt lengan jugak..
ni namanya butterfly needle..cantik kan..hee~


5th method : cara ni pulak kita guna kalau kita kena dapatkan sample darah patient tu slalu..cntoh mcm pesakit denggi kan..kita kena amik darah dia slalu utk test kan..so takkan la setiap kali nak amik darah nak cucuk kan...mmg berlubang la tgn org tu nnt kalau da sehari 5 kali nk amik sample darah dia...so kita guna la cara ni..dia mcm ala2 nak tambah air la..cucuk pastu letak satu bnda plastki tu nama apa ntah..hehe..bnda tu permanent la kat tgn kita...so tiap2 kali nk amik darah just sedut mlalui lubang tu ja la...ok aku tau korang tak paham tapi buat2 je la paham ea..huhu..^_^..klau nk tau jgak nnt emel aja yerr(ayat bajet..hee~~)
nmpak tak bnda ats tgn yg mcm kaler2 pink sit tu..tu la bndanya..yg mcm bila kena drip tuh..

6th method : cara yg last ni pulak kita guna utk amik darah dari artery..mula2 carik pulse dulu..pastu cucuk la kat artery tu..pastikan jarum dlm keadaan 90 degree dgn lengan..dah la..penat la nk explain pnjang2..hehe..

okeh lpas habis aja sir tunjuk smua cara2 tu beliau pun dgn berbesar hatinya suruh kitorang pulak cuba..huhu..tapi smua org buat guna cara yg pertama aja...cara yg penagih2 dadah slalu guna tu..huhu..kitorang kan budak baru belajar..so guna cara yg basic la dulu..tu pon tgn da terketar-ketar..first time kan..

mula-mula sir suruh cuba kat tangan patung dulu before nak buat kat tgn partner kita yg bukan patung..hoho..kira practice la kan..practice make perfect...hooyeeah..buat kat patung mmg la smua confident aja..habeh berlubang tgn pakcik tu kitorang buat...ngahaha...maaf yer pakcik patung..kami kan budak baru belajar..kalau salah tlg la tunjukkan..~_@
kat tgn patung bole ah kan..hehe..

lepas dah puas cucuk pakcik patung yg tadak perasaan tu mula la masing2 cucuk la partner masing2..saling cucuk mencucuk ea..huhu..aku partner dgn roomate aku..cik fiza..mula2 aku cucuk dia dulu..tapi failed la..dpt sikit jer darahnya..angin yg lbeh..takpa2 first time kan..huhu...tapi kesian la kat fiza sampai lebam tgn dia hasil kerja seni aku...sorry ek fiza...takpa2 nnt pon ag nk cucuk aku balik kan..huhu..pastu bila turn aku pulak kena cucuk punya la neves kak limah oiii...lpas letak tornique alcohol smua pastu fiza pon mula la proses2 nak cucuk tgn aku nih..aku mmg tak tengok dah..pejam mata rapat-rapat..takut woo nak tgk tangan sendiri nak kena cucuk..kalau cucuk tangan org takpa la,,tapi bila tangan sniri yg nak kena mcm cuak smacam aja..hehe..
haa tgk tu habis tgn anak dara org ak bagi lebam..cucuk smpai lebam!!
kira ala-ala hasil seni la kononnya kan..huhu =p

tapi kan fiza ni lagi excellent..dia cucuk tak keluar apa2 pon..keluar angin ja..darah setitik pon tak muncul..sir cakap sbb dia cucuk dlm sgt..dgr aja sir ckp dia tercucuk dlm sgt apa lagi tiba-tiba aja receptor sakit terlebih berfungsi hantar impulse kat otak....waaaa sakittttt....huk3..tapi takpa la..kira fair la kan..aku da la cucuk fiza smpai 2 kali mesti dia lagi sakit..so adil la kan..huhu..tapi kami berdua ni mcm agak frust la sbb bakat tak menyerlah masa buat phlebetomy ni..keluar lab dgn perasaan hampa yang amat..takpa2 ada peluang nnt buat lagi..hehe..first time biasa la tu kalau tak berjaya kan..ada tak sapa2 sudi nak derma tgn dia bagi aku cucuk lagi..hehe..last2 sir yang cucuk amik darah aku..kira 2 kali gak la kena kan..sir buat baru menjadi..huhu..

lepas buat lab ni aku jadi sgt pelik dgn geng2 penagih dadah yg dok cucuk2 diri sniri tu..tak sakit kah??da la main cucuk2 gitu aja..tak letak alcohol dulu ke hapa ke..sungguhla aku tak paham..agaknya mereka2 ni punya receptor sakit dah mati semua kot kan...tu yg jadi macam tu..cucuk tgn pon smbil pejam mata aja..punya la pro..lepas ni harus berguru dgn diorang nih..haha..tapi lab kali ni mmg best la walaupon smua balik dgn perasaan sakit kena cucuk..sbb pengalaman ni sgt2 la berguna..tak semua org bole buat practical mcm ni tau..haaa amaran utk anda2 di rumah jgn tiru aksi cucuk mencucuk ni tanpa pengawasan orang yg pakar mcm aku ni yerr..hoho..(perasan sebentar^_^)


tengok semua pon mua da takut cuak semua ada..haha..jom gelak ramai2..
muahahahaha...

ni la fiza partner saya..^_^

ni pon tgn pacik patung..

Wednesday, February 9, 2011

anomeric centre buatkan saya tersinggah di sini =)

assalamualaikuma

macam mana ntah bole tersinggah kat sini..
hehe..
alang-alang dah tersinggah tu
terasa la pulak nak tinggalkan sepatah dua bebelan..
hoho..boleh tak??
ahhh boleh tak boleh nak membebel jugak
tak kira..peduli hapa...heee~
iyalakan bukan selalu pon boleh singgah kat sini..
tambah-tambah bila dah start sem baru ni
bila da mula belajar subjek-subjek baru yg bole tahan la tough
bila da mula berkenalan dgn benda-benda baru
lecturer baru
kawan baru
jiran baru
kucing baru(????)
bilik baru
kipas baru(nak jugak bagitau ada kipas baru..haha)
berjumpa pulak dgn terms baru yg bole buatkan lidah terbelit-belit+tersimpul-simpul bila nak sebut..
tak ketinggaalan buatkan otak jadi beku sebentar bila nak ingat meanings dia
ditambah pulak dgn laptop yg tak berapa nak sihat
asyik-asyik kena jumpa doktor aja  =(
line wifi jaring yg slow mengalahkan semut berjoging..
mmg tak terupdate la jadinya blog ni..

okeh rasa dah kena stop ni..
tersampai kat sini pon sbb da sgt penat menggoogle meaning anomeric centre..
so,,menyinggah la sekejap sambil-sambil melagho kat sini..heee~
release tension la konon kan..ngeh3~~
tapi before tuh..
tolongla...
sapa-sapa yg bole bagi complete definition about anomeric centre..
tolong ea..
da penat ni nak menggoogle..
last2 tergoogle blog sniri..^_^
okeh2 stop...
sambung buat assignment!!!

notakaki:sebenarnya faham anomeric centre tu mcm mana tapi tatau nak tulis definition dia mcm mana..macam mana tu ey??aish pening3!!! @_@

Wednesday, January 5, 2011

going back

pagi yg indah hari ini..
mendung-mendung sikit dgn kabus-kabus nipis..
tiba-tiba rasa mcm tengah ada kat london..(apakah???berangan kejap ya..heee)
permulaan hari pon agak bagus..
berjaya melawan rasa nak tidur lepas subuh..yeay!!
tu yang smangat nak post entry tu..haha
tapi perut pulak yg tak berapa bagus..
pagi2 dah buat hal..
terbantut kejap semangat berkobar-kobar nak  tulis entry baru nih..
tatau la apa lagi yg tak kena dgn dia..
bagi mkn da cukup..
rehat pon cukup..tak suruh buat kerja-kerja berat pon..haishh..
 kalau nak tahu ada 2 benda yang aku paling tak suka dan cuba nak elakkan seboleh mungkin
tapi benda ni la yang aku selalu dapat..
1-sakit kepala
2-sakit perut


okeh baiklah(skema kejap yerr)..
sebenarnya nak cakap yang malam ni aku da nak balik..
waaaa.....cepatnya...da habis dah cuti..kan3
bas malam ni pukul 11.30 malam..
so esok dlm pukul 7-8 pagi sampai la kajang..
sampai2 terus pegi daftar dulu kat kampus baru boleh masuk hostel..
kira tak mandi apa la terus pegi daftar dulu la..
hahaha,,,diam2 sudah..ni la semangat sem baru
yang penting muka buat2 konfiden macam da mandi 3 kali
walaupon badan bau macam tak mandi 3 hari..ooyeayy..hoho..
hipokrit itu perlu kadang2..ada kena mengena ke??bantai aja la..

lek lu pakcik..gwa ta mandi pon wangi macam kat kedai perfume dah..kalau mandi nnt terlebih wangi pulak..woot woot..hahaha..


okeylah..
need to go..
nak buat last checking barang-barang..
baju-baju kat bawah pon tak basuh lagi ni..
bgn2 aja lepas subuh tadi terus ngadap menda ni kan..
huhu..parah..

doakan aku selamat sepanjang perjalanan yaa..
doakan aku rajin nak mengupdate ini belog lepas ini..
hehe..(>.<)v
moga dipermudahkan segala urusan..

ceritera semalam dan hari ini

assalamualaikum..

terasa utk merapu dalam entri kali ni(cehh bajet entri2 sebelum ni pnuh pengisian..hee~)

semalam (3/1/2011)

ini kira entri utk cover semalam punya la..hehe..kira halal la ea..tadak apa pon nk cerita sebenarnya..saja nk merapu aja..kalo rasa mcm membuang masa anda utk teus membaca entri ini sila tekan butang pangkah di atas..
aku tak suka memaksa org sepertimana aku tak suka diri aku dipaksa org lain utk membuat sesuatu..yaa aku mmg keras kepala,degil,dan mempunyai ego setinggi gunung fuji..tapi kdg2 aku juga boleh jadi seorang yg sgt lembut hati kalu kena dgn caranya..

eehh tgk2 kan da termelalut entah apa2..okeh back to the topic..semalam kan tgh seronok skodeng2 blog org tiba2....lapppp...gelap seluruh rumah...adrenaline rush berlaku seketika..hahh sudah..da la handfon tertinggal kat bawah..gelapp..mmg sgt gelap..tak nmpak apa pon..terus bgn teraba-raba cari suis lmpu dan kipas..off..raba-raba lg cari tangga..(heii jgn fikir lain yaa..cubit baru tau..hee)
da rasa mcm org buta sekejap..barula terasa nikmat punyai sepasang mata yg boleh melihat..alhamdulillah..
turun tangga pelan2..takut jatuh nnt bertambah pulak lagi cuti..hehe..sampai bawah terus masuk bilik..elok2 masuk aja bilik cuba teka apa jadi..heekkk...lampu luar tiba2 menyala balik..cesss agaknya TNB sengaja nk sabotaj aku la ni..nak suruh tidor awal la tu...takpa2 ada hikmah tu..bole tidur awal..tapi bangun paginya lmbat jgak..hahaha..



hari ini (4/1/2011)


bangun lewat(as usual ^_^ <==bajet senyum comel) tp mandi awal..haha..faham tak..buat2 la faham ya..buat kerja2 rumah mcm biasa(rajin tak..haha) pastu tgk tv pastu tidur tgh hari smpai petang..hehe..ini aktiviti wajib masa cuti ea...kira utk cover tidur2 yg tak ckup masa hari ada kelas la...ngeh3..

sapa ada tak tgk berita kat tv tadi..pasal ambilan pelajar baru utk IPT..akan dilewatkan ke bulan 9..bapak best la budak2 spm zaman sekarang ea..cuti lama nk mampus..dekat2 setahun tu..kalau adik-adik(bajet da matured..haha..eala saya kan da 20..haha) kerja time tu bole jadi kaya da tu..huhu..over..

tadi check la ecitie(ecitie ni web rasmi universiti aku) sbb nak buat semester registration utk sem baru ni..semangat tau aku bukak..semangat sem baru ni..berkobar-kobar nak daftar..tapi ini yg aku dapat..terpampang kat skrin monitor..nah ambik kau..

** Your registration invoice for this semester has not been approved yet/has been cancelled. Please refer to Finance Counter for further information.

apakah..aku da bayar awal2 la..ni sabotaj ke apa ni...tolongla explain..tak boleh terima ni..kalau nk sabotaj pegi la sabotaj anak datuk ke tan sri ke..ni nak sabotaj org miskin macam aku jugak....aish...esok harusla aku serang org2 di finance(wahh bkn main ea main serang2..jgn risau aku serang dgn penuh kesopan..hehe)

oklah rasanya sampai sini dulu..esok update lagi..update terakhir dari rumah..hehe..nyamuk byk sungguh malam ni..penat betul berperang dgn mereka...sakit tapak tgn lembut ai dok tampar nyamuk2 kampung yg hodoh ni..hoho...lagipun takut la nak lama-lama..takut TNB sabotaj lagi..buatnya tiba-tiba black out lagi mcm semalam tak ke haru..huhu..terkebil-kebil la sorang-sorang..teraba-raba la mcm orang buta hilang tongkat..tapi tak pa sebab malam ni dah prepare dgn handfon..kira kalau jadi apa2 bole guna lampu fon la..hehe..^_^

Sunday, July 18, 2010

everything new!!!

bismillahirrahmanirrahim..

seperti yg anda suma ketahui sy dah slamat mndaftar di unikl kat kajang..
*tiba2 jd sgt skema ^-^*
and biasa la at first bz ngan orentasi bagai...
n ni bru ada masa teluang utk update blog..
tmbah2 lak ak takdak lappy sniri lg..
so ssah sket la nk update sllau kat sni..

life kat sni cam ok la...
sbenarnya kampus aku kat kajang..
tp ostel lak kat bangi..
agk jauh la perjalanan tu..dlm 20 minit gak la...

sebenarnya mood tu x brapa teruja pon nk becerita..
sbbnya aku still tgh sesuaikan diri dgn environment kat sini...
iya la environment baru kan...
environment yg sgt bebeza dgn apa yg aku penah lalui..
rasa sgt tkut kat sini..
rasa cam keseorangan..
mcm2 rasa ada..
tapi aku tau apa2 pon aku ttap ada allah..
yg akan sntiasa jaga dan lindungi aku..

masa pon rasa cam sgt lmbat la belalu..
mcm kura2 je...
huhu..

ahh sudah...otak suda kontang nmpaknya...
da tatau nk tulis apa...
nnt la bila mood teruja tu dtg...
aku tulis lagi..


p/s:harap maaf..entry ini agk bosan sbb ketiadaan mood utk mnulis..=(