Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Saturday, June 25, 2011

projek waktu cuti 1 : cheese =)

assalamualaikum...

semua orang pon tahu aku tengah bercuti kan sekarang.jadi untuk mengisi masa-masa di waktu cuti yg dihabiskan dgn tidur saja,,aku pon cubalah menjinak-jinak merpatikan diri dgn dapur.hahha.tolonglah percaya.aku tak tipu okey.

untuk menyangkal tuduhan sesetengah pihak yg selalu mengutuk skill memasak aku,,jadi aku cuba cuba buat ini.hahha.tahu ini apa??





haa ni lah blueberry cheese cake home made aku yg pertama.ini aku yg buat ya.bukan beli di kedai.kalau beli di kedai mestila lagi lawa.hahha.sedap tau.hahha puji diri sendiri.ahhh peduli apa.kau ada??hahha.

nak buat cheese cake ni tak lah susah mana pon,,cuma bahan-bahan aja yg agak mahal sikit.sebab tu la agaknya cheese cake ni mahal.resepi aku curik dari sini.kalau nak cuba bolehlah ya klik di sini.kak irma tuan punya blog ni kan mmg sangat pandai masak.dekat blog dia ada banyak sgt resepi.best betul jadi dia.=)

rasa cake ni pulak ya allah..sumpah sedap.dah macam kek beli kat secret recipe dah.hahha.tipu.tapi betullah mmg sedap.tapi resepi dia aku dah modified sikit-sikit la dari resepi asal sbb aku carik philadelphia cheese 300g tak jumpak.jumpa yg 250g aja.so aku cuma guna telur 2 biji,,tepung dan gula pon aku kurangkan sikit.

lepas tu topping kat atas tu pulak sebab aku carik buah blueberry tak jumpak.huhu.iyalah aku ni duduk kat kampung bukannya kat venezuela(ada kaitan ke??) bole petik buah blueberry belakang rumah aja.belakang rumah aku pokok pandan,,lengkuas kunyit dgn buah nyoq ada la.kampung macam ni manala nak carik kedai yg jual buah blueberry.kalau setakat buah rotan buah rambutan buah durian tu ada la.nak cari blueberry mmg cari sampai lebam la kau.

oleh kerana tak jumpa buah blueberry so aku guna blueberry topping aja.hehe.tapi sedap jugak tau.dalam topping ni pon ada buah jugak.aku letak topping banyak-banyak.saja nak membazir.hahha.



haa tengok tu.lawa tak.aku tau hodoh tapi tolongla cakap lawa.penat tau aku buat.hehehe =p.lepas tu kan kek ni kan dia macam ada jugak la crack crack sikit-sikit.biasalakan baru first time buat.kalau  first time pon da perfect lawa mmg boleh bukak kedai la aku.lepas tu haruslah secret recipe gulung tikar.hahhhaaaha.tapi crack tu tak la besar mana.masih boleh dicover oleh topping blueberry tu.hahha.ini la salah satu alasan aku guna topping.kalau tak mesti kek aku nampak cacat.hahha.jadi kawan-kawan sesapa yg tgh tadak keja asyik buang masa mengadap tv dgn online aja tu bole la ya ikut jejak langkah aku,,ceewah hahha,,cuba-cubalah buat blueberry cheese cake ni.perut pon kenyang dari korang dok mengadap komputer 24 jam dia bkn bole bagi perut korang kenyang pon..hahhaaha.=)

notakaki 1 : aku pon dah pandai masak mee kuah dgn gulai ikan tau..hahha..kemajuan tak terjangka neh tau tak..hahha,,tak kira nak bangga jugak.sapa kata aku tak pandai masak.=p

notakaki 2 : kak tam cepat balik kita share buka kedai kek.hahha.bole jadi orang kaya kita tak lama lagi.ngahaha..=)

Thursday, June 16, 2011

betul ke:orang tamak selalu rugi???

assalamualaikum.

orang tua-tua cakap,,orang tamak selalu rugi.Betul ke??Aku pulak cakap orang tamak selalu untung.hahahaha..=p

oleh sebab aku terlalu berpegang dgn prinsip orang tamak selalu untung ini,,maka selama aku hidup di dunia ini aku telah menjadi seorang yang TERsangatlah tamak.Semakin hari ketamakan aku semakin menjadi-jadi.Sampai dah tak dapat dikawal lagi walaupun menggunakan ubat yang paling mahal di dunia sekalipun.



kemuncak kepada ketamakan ini telah menjadikan aku seorang yang sangat tamak sehinggakan si anjing yang tamak dalam cerita teladan itu pon merasa tergugat oleh ketamakan aku.Dengan sikap tamak yang semakin berleluasa dari hari ke hari,,sebulan yang lalu semasa study week aku telah mengopy,,mengeteh,,memilokan beberapa cerita korea dan jepun..sebenarnya bukan beberapa tapi berbanyak-banyak lah jugak(apakah ayat??)

hate caffein hate coffee..*tetiba* =p

cerita-cerita itu dicopy dengan penuh angan-angan minah jenin untuk ditonton semasa cuti sem ini.Ya betul aku copy movies sampai penuh memory laptop aku..huahuahua..tu pun kalau ada external aku nak ambik lagi.Sungguh tamak kan saya??haha.apa aku peduli,,itu kan moto hidup aku.Konon-kononnya cerita-cerita tu semua aku nak tengok sebab nak release tension study untuk exam la.konon...balas dendam sebab sepanjang study week dengan exam week aku berpuasa dari tengok pakwe2 aku..kah3..

hai hensem..*sambil kenyit-kenyit mata*


tak cukup dengan tu waktu book fair di PWTC hari tu aku jugak borong novel berbakul-bakul.Sedangkan waktu tu cuma tinggal seminggu saja lagi nak exam..tapi novel-novel tu bukan untuk di baca waktu itu.Tapi aku nak simpan untuk cuti sem jugak.haha.Lihat,,betapa tamaknya aku kan.

tapi penat lelah aku mengopy cerita-cerita tu berakhir dengan sadis sekali..nak tau apa terjadi??haa tu la orang dah cakap jangan tamak.Dah cakap orang tamak selalu rugi tapi tamau percaya.Last-last aku habis tengok satu cerita aja daripada berpuluh-puluh cerita yang aku copy tu..sebab??

cerita ni ja yang sempat habis..tu pon lepas stay up bermalam-malam..heee..

sebab aku telah membuat keputusan untuk menjadi seorang manusia yang berpura-pura baik hati,,pemurah,,berhati mulia,,etc etc dengan meminjamkan laptop aku kepada abang aku..haaaa see baikkan aku.Tolonglah terharu dengan kebaikan hati aku nih..Ingat senang ke aku nak jadi baik macam ni haa..jadi sepanjang cuti sem ni berchenta la aku dengan bantal dan tv sahaja..tengok aja la cerita kat tv..waaaa..sungguh ketinggalan zaman,,tengok cerita lama-lama aja..

tapi nasib baik aku ada novel-novel hasil ketamakan aku tu..huhu..so,,tetiap hari menjadilah aku rakyat yang patuh dengan menyahut seruan kerajaan untuk mengamalkan budaya membaca..hooyeaahh..haha..agak-agaknya lama-lama aku rasa aku pun dah boleh jadi sasterawan kot(okeh,,sila muntah) sebab tiap-tiap hari dok membaca novel aja sampai aku pon dah naik muak dan nak termuntah asyik membaca aja..waktu nak exam dulu pon baca dah habis exam pon kena membaca lagi(ayat bajet ^_^) adeih maunya tak naik power spek ai neh kalau dah 24/7 asyik mengadap buku aja(ayat bajet kuasa 2)..ulat buku pon maunya tergugat dengan kerajinan aku membaca nih..haha..



dan sekarang di waktu-waktu pc ni sedang dalam mood baik boleh la aku online sampai pagi-pagi buta sambil-sambil bertahajud..ngahahaha =P..kalu tak pukul 10 aku dah hanyut belayar ke laut hitam sampai pukul 10 esok paginya..hehe..ini aktiviti normal manusia yang tengah bercuti la kan..tak percaya tanya peter answer..keh3..lagipun pc ni memang tengah melalui hari-hari terakhir hayat dia pun..doktor kat kelinik komputer tu pon dah cakap yang mr. pc ni mmg dah tadak harapan..jadi layan la dia elok-elok di hari-hari terakhir dia..kalau lagi sekali dia pengsan memang alamatnya dia tak akan sedar-sedar lagi buat selamanya dan patut kena buang dalam sungai aja.Dah tadak penawar dah untuk dia..sob3..


jadi apa yang aku nak sampaikan cuma,,dengar cakap orang tua-tua.Jangan nak memandai-mandai manipulate kan kata-kata orang tua-tua ya anak-anak.Orang tamak memang akan selalu rugi.Sekarang aku dah faham,,percaya dan insaf!!!tengok apa jadi dengan aku.Tamak!!semua cerita aku nak ambik,,tu tak kira game lagi tuh..Bila pon tatau la aku nak tengok cerita-cerita yang berlonggok tu.Sebab aku jenis yang tak suka nak melagho-lagho buang masa tengok cerita-cerita tu semua bila da start kelas(ehhe..konon,,hanya aku hentam tengok jugak kalau dah tak tahan sangat =P) sebab once aku dah start tengok aku sahngat la susah nak stop.yeah better prevent than cure kan(ada kena mengenakah??) sampai time lecture mengajar pon ai boleh dok terbayang wajah-wajah hensem pakwe-pakwe ai tuh..haha..what to do..

hensem habaq hang..aishh ~_^

hah lupa pulak,,aku jugak copy berlonggok-longgok game,,konon nak main time cuti ni la jugak..tapi hampeh.Baru satu game ja kot aku habis main..sudah lah buat aku sakit hati aja cerita pasal ni.Yang pasti aku tamau jadi manusia tamak lagi..ekk o_O..insya allah..hehe..^_^V(peace)


notakaki:abang aku bukan tadak laptop tapi memandangkan kami ni baik hati belaka,,dia bagi laptop dia kat kak aku..tapi aku tau taktik dia nak beli laptop baru sebenarnya tu baik hati sangat..tapi dia tak cukup bajet lagi sebab dok kalut simpan duit nak kawen(hahahahaha),,so last-last aku la yang jadi manusia paling baik hati..ngeh3=))

Wednesday, January 5, 2011

going back

pagi yg indah hari ini..
mendung-mendung sikit dgn kabus-kabus nipis..
tiba-tiba rasa mcm tengah ada kat london..(apakah???berangan kejap ya..heee)
permulaan hari pon agak bagus..
berjaya melawan rasa nak tidur lepas subuh..yeay!!
tu yang smangat nak post entry tu..haha
tapi perut pulak yg tak berapa bagus..
pagi2 dah buat hal..
terbantut kejap semangat berkobar-kobar nak  tulis entry baru nih..
tatau la apa lagi yg tak kena dgn dia..
bagi mkn da cukup..
rehat pon cukup..tak suruh buat kerja-kerja berat pon..haishh..
 kalau nak tahu ada 2 benda yang aku paling tak suka dan cuba nak elakkan seboleh mungkin
tapi benda ni la yang aku selalu dapat..
1-sakit kepala
2-sakit perut


okeh baiklah(skema kejap yerr)..
sebenarnya nak cakap yang malam ni aku da nak balik..
waaaa.....cepatnya...da habis dah cuti..kan3
bas malam ni pukul 11.30 malam..
so esok dlm pukul 7-8 pagi sampai la kajang..
sampai2 terus pegi daftar dulu kat kampus baru boleh masuk hostel..
kira tak mandi apa la terus pegi daftar dulu la..
hahaha,,,diam2 sudah..ni la semangat sem baru
yang penting muka buat2 konfiden macam da mandi 3 kali
walaupon badan bau macam tak mandi 3 hari..ooyeayy..hoho..
hipokrit itu perlu kadang2..ada kena mengena ke??bantai aja la..

lek lu pakcik..gwa ta mandi pon wangi macam kat kedai perfume dah..kalau mandi nnt terlebih wangi pulak..woot woot..hahaha..


okeylah..
need to go..
nak buat last checking barang-barang..
baju-baju kat bawah pon tak basuh lagi ni..
bgn2 aja lepas subuh tadi terus ngadap menda ni kan..
huhu..parah..

doakan aku selamat sepanjang perjalanan yaa..
doakan aku rajin nak mengupdate ini belog lepas ini..
hehe..(>.<)v
moga dipermudahkan segala urusan..

Monday, January 3, 2011

sunyi itu kadang kala tak bagus

kenapa entah sehari dua ni aku rasa sunyi semacam..
sunyi,,suram
tiba2 aja jadi melankolik semacam..haha..
maunya tak sunyi org semua dah pakat2 balik dah..
yg sekolah dgn sekolah la..
yg kat unibersiti tu balik kampus msg2 la kan..
maka dgn itu,,
tinggal la aku dok melangut sorang2 kat rumah ni..
makan tidur melangut tgk tv pastu cangak tgk blog..
pastu ulang balik buat bnda yg sama..
nak buat mcm mana da aku punya unibersiti baik hati sgt
bagi cuti lebih kan..
org lain mnggu ni da start kelas..
aku next week baru nak dftar..haha..bagus tak..
haaa..kalau nak cuti lama jom la masuk unibersiti aku..
(promote2..haruslah bg aku anugerah pelajar terbaik ni..heee peace!!)
takpa2..nikmati masa2 akhir cuti ni sebaiknya..huhu..
lpas ni mesti busy tahap cipan 
smpai nak bkk jenguk blog pon tak sempat..
nak bersantai-santai pon takda masa..


semalam badin da balik um..
tiba2 bgn pagi rasa mcm pelik semacam..
rumah sunyi gila..
kalau tak tiap2 pagi2 dgr la suara dia dok menghafal quran..
kalau tak tiap2 hari dgr la suara tak merdu dia tu
tepekik-pekik suruh org bgn pagi..
haha..ampun2..
esok pulak budak2 start pergi sekolah..aduss..
lagi la sunyi..
haruslah aku bgn pukul 3 ptg esk..huhu..
bgn awl pon tatau nak buat apa..
mati kutu2 aku dibuatnya..
**************************************
okeh sudah2 la tu buat sesi luahan perasaan ala2
gadis-kesepian-terdesak-memerlukan-teman tu..

okeh utk hari ni aktiviti aku ialah mengemas beg..
packin brg2 yg nak bawak blk nnt..
aku sebenarnya mmg malas tahap dewa kalau bab2 mengemas ni..
ada tak sapa2 kat sini volunteer nak tlg aku packin brg..
jomla...jomla...
aku mmg sgt malas ni..
kalau ada meter utk mengukur tahap kemalasan aku
aku rasa meter tu pon akn pecah..
heeeeeeeeeee~



dgn hari ni bdn rasa semacam ja..
sekejap panas mcm kat gurun sahara..
kejap sejuk mcm dlm igloo,,
pelik sungguh..
aku pon tatau simptom2 penyakit apa pulak yg aku tgh rasa skrang nih..
kulit pun da rasa kering kontang mcm tanah gersang..
rasa mcm nak berendam aja dlm kolah kat bilik air tuh..
tapi bila kena air sikit menggigil-gigil pulak..
adoohaii..

aku jugak tgh pening memikir cara nak membawa balik brg2 aku yg byk macam-orang-nak-lari-rumah ni..
sbb aku terpaksa blk dgn bas yerr tuan2 dan puan2..
dgn membawa 2 luggage bersama
1 luggage kecil
1 luggage lg tak bsar sgt la separas pinggang aku ja.. 


hmmm..
dgn bagpack lg..
pening dah ni fikir..
tolong fikirkan sekali mcm mana aku nk bawa smua tu..
oke salah aku jugak bawak blk rumah byk sgt barang..
tapi nak buat mcm mana da kena kosongkan bilik
sbb naik sem baru kitorang kena pindah bilik lain..
so apa pilihan yg aku ada..
kena la bwak blk jgak smua baju2..
tak sanggup aku nak tnggal baju2 aku kat bilik stor..
walaupon baju2 aku bukanlah bertaraf mak datin
tapi takut jugak kalau2 tikus2 dan lipas kebulur
dlm stor tu igt baju aku tu makanan mereka..huhu
aku da la tak byk baju..
maka haruslah aku angkut semua bawak blk..
beringat sblm kena kan..heee~peace

oklah rasanya da lama sgt ni buang masa..
jom2 kemas brg..
sambung packin brg mcm org nak lari rumah..
weeee~

pesananpenaja : meh2 berkemas smbil berfikir..menjana neuron2 utk bekerja setelah sekian lama berehat..hehe

Thursday, December 23, 2010

saya nak pergi dating

going to johor
from thursday till sunday..

pray for us
to have
safe.journey =)
♥♥♥

ni la sbb nak kena pergi jugak2 johor nun..nk jumpak 2 org boifren i nih..hehehe..(mood:miang sebentar)

ni pulak kakak boifren2 aku yg buat-suara-kesian ckp dia main sorg2 kat rumah sbb tadak kwn..motif dia nak suruh org pegi rumah mlawat dia la..hahaha..main2 dgn dia..layan dia membebel..bdk kecik ini sgt kuat membebel okeh..dan sgt garang jugak..heee~~ tak percaya tnya ibu dia..hehe..




notakaki:harap maaf blog ini mungkin tidak dpt di'update' selama 
tempoh beta berdating ea(bajet slalu update blog..hehe)sebarang 
masalah,,sila tinggalkan pesanan anda di ruangan komen atau 
chatbox..harap maklum..bajet mcm ramai ja org nak baca blog 
picisan tepi jalan aku nih...heee~ 

sapa nak ikut jom la...hehehe..^_~


gambar dicuri dari blog my sister...hoho..=) peace..~
sekian.adios

Monday, November 29, 2010

cuti oh cuti..

bila sebut ja cuti semua org suka..
ya la kan..sapa tak suka dpt cuti..
tak kira la cuti apa pon..
janji sebutannya C.U.T.I
smpai kekadang tu ada yg sanggup menipu semata-mata nk dpatkan cuti..
*oh agk terasa ya di situ..=p*

sekarang ni mestila bebudak sekolah yg paling seronok skali..
ea la..tgh cuti sekolah kan...
begembira habislah...

tapi kan..bkn bebudak sekolah je yg begumbira tau time cuti sekolah ni..
tp golongan2 yg da tak sekolah cam aku ni pon tak kurang jugakla gumbiranya..
hehehe...
mau tak begumbira suka ria hati bagai..
bila time cuti sekolah ni la org berebut-rebut nak kawen..
da tu apa lak kaitannya org nak kawen tp aku lak yg tlg suka hati lelebih...
bkn aku yg nak kawen pon kan...
hohoho..
sebabnya...
bila semua org
pon nak kawen time ni..
makanya..bykla kenduri kawen kan..
bila byk kenduri kawen..
so...
so......
so so so,,,,,,
jadinya.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
takyah lah aku kena dera masak kat umah...
ngahahahahaha......
bole la begoyang kaki jd mem besar je kat rumah..
hahahaha....
mmg ah masyuk abeh..
da la tayah ngadap buku2 yg tebal cam kamus tu...
pastu ditambah pulak dgn bole duduk2 besantai ala2 puteri bukit tunjang gitu..
pastu diadun sebati dgn tontonan rancangan tv yg best2..
fuhh...mmg tak ke mana da la..
tu tak kira dgn bantal2 yg empuk lg tuh..
hehehehe...
tak pegi holiday jejauh pon da tak kisah kan..
kalo da beholiday kat rumah tu lagi best...
apa nak dikalutkan pegi holiday jauh2..
buang duit byk2...
duduk ja rumah..
tetiap hari pegi
mkn kenduri..
jimat duit...
hehehehe...
bagi org yg malas mcm beta ni,,ini la time yg mmg ditunggu2..

akhir kata HAPPY HOLIDAY semua!!!