Sunday, March 20, 2011

pernah tak rasa...

assalamualaikum...

okeh firstly sewaktu entry ini ditulis aku punya perasaan sedang berkecamuk..hahaha..bajet mcm perasaan org yg baru putus cinta kan..kah3..taktau la sama ada aku patut rasa marah,geram,gembira sampai melompat-lompat,sedih,kecewa atau apa-apa aja..rasa-rasa apa perasaan yg aku patut ada waktu sekarang bila berada dlm situasi seperti yg akan diceritakan di bawah...



isnin minggu lepas lecturer IT aku ckp dia nak buat mid term isnin minggu ini(maknanya esok la tu)..seriusly 2 3 minggu kebelakangan ni aku sangat-sangat la sibuk sampai mendatangkan sedikit stress dan membuatkan aku sedikit kemurungan akibat terlalu banyak kerja sampai tak sempat nak bergembira..kalau nak gelak pon curi2 la masa before nak tidur ke waktu tgh gosok gigi ke..sebab takmau terbawa-bawa dgn stress kan so gelak aja la sorang-sorang bila ada masa lapang even tadak benda yg lawak pon..kesian kan..=(


so,,selepas settle kan lab report dan assignment yg aku buat sampai rasa nak muntah tu hari jumaat hari tu,,sabtunya start la study IT dgn agama..kebetulan pulak mid term exam agama pon isnin ni jugak..jadi double stress la ea..mmg kalau ikt minggu ni byk kerja..berturut-turut ikut hari..tapi minggu ni kira pling relax la nak bandingkan dgn minggu lepas-lepas..

-isnin--> exam IT dgn agama(notes dua-dua subjek baru dapat malam jumaat haritu..saja ah tu nak suruh study dua-dua serentak)
-selasa--> double tech comm punya presentation maknanya kena buat 2 presentation trus dlm satu kelas..waaa slidenya tak siap lagi..
rabu--> kena buat lakonan utk kokurikulum bertemakan maulidurrasul..tapi skrip pon tak siap lagi..yeay!!tahniah..
khamis--> mungkin baru boleh menarik nafas lega..huhu..harap2 lepas ni dah tadak kerja lagi..penat la weih..



so study punya study punya study punya main game punya study sambil main game sampai hilang selera makan tiba-tiba tadi tepat jam 10.15 mlm lebih kurang..sedang aku khusyuk study dgn penuh kecuakan sbb tak habis lagi study IT yg mmg sgt2 boring tu(maybe sbb kami ni bdak bio so bila belajar something yg luar dr bdg bio seperti IT ni kami rasa sgt bosan dan mengantuk..heeee)..sebelum tu exam IT ikutnya esok awal2 pagi pkul 8.30..maunya aku tak kalut study kan..tiba-tiba kan kan housemate aku ckp..zaem exam IT esok cancel..kelas mcm biasa...



jadi anda rasa apa aku patut rasa...seronok melompat-lompat sbb exam cancel??lagipon aku tak habis study lagi...marah dan geram sambil tumbuk-tumbuk dinding sebab aku study mcm zombie utk exam yg dicancelkan??atau tak payah rasa apa-apa sedangkan aku berhempas pulas study IT ni sampai slide utk presentation pon aku tak siapkan,agama pon aku tinggalkan kejap kononnya nak study lepas habis exam IT,dan utk hari-hari yg aku lalui sebagai manusia separuh zomba semata-mata sbb study IT yg argghhh aku tak suka ni...


waaaaa kalau nak cancel pon cakap la awal-awal...2 hari sebelum ke paling2..ni org dah separuh mati study tinggalkan kerja-kerja lain utk study menda ni tiba-tiba malam yg sepatutnya esok nak exam tiba-tiba cancel pulak..tau tak rasanya macam esok nak kahwin,,tiba-tiba malam tu bakal pengantin laki telefon dan cakap kita tak jadi kawin esok..majlis kita cancel tau esok..hahaha over!!=p

apa lagi aku pon terus on lappy tulis blog...hahahahaha...bagus tak..geram punya pasal kan..tapi dalam geram-geram tu senoronok jugak la kan sebab takyah study dah..bole tidur awal mlm ni...yeayy!!!hehehe..okey sudah..cukup..jom buat slide utk presentation dgn study utk agama pulak...jom jom jom!!!

Saturday, March 12, 2011

kawan yang baik =)

assalamualaikum..

tadi masa dok berjalan-jalan kat blog orang tiba-tiba terjumpa artikel ini..rasanya macam bagus untuk difikir-fikirkankan dan diamalkan bersama..^_^



Kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.

Kawan yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.

Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.

Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.

Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya.

Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.

Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.



'A friend cannot considered as a friend untill he/she is tested in 3 occasions;in time of need, behind your back and untill after your death' ~Ali bin Abi Talib RA~

*credit to : http://wavewsa.blogspot.com/*

Sunday, March 6, 2011

success is painfull

assalamualaikum..
kenapa ye
kalau study aja ngantuk
study aja ngantuk
nagntuk aja study(???)
kalau buka buku aja ngantuk
adeihh
berat gila rasa mata nih..
banyak setan dok bergayut lah ni..
ishhhh
pi main jauh-jauh nu..
orang nak study la..
selasa ni ada mid term anatomy
banyak lagi nih tak cover
cardiovascular system,lymphatic system,respiratory system..
huhhh..
kepala macam dah nak pecah dah dgn segala mcm benda
macam mana ni
byk lagi ni tak baca
tapi mata pulak takmau bagi kerjasama..
katil dgn bantal pon sama naik
dok melambai-lambai
aish tak leh jadi nih
kena habiskan satu chapter jugak mlm nih
by hook or by crook
lebam pon lebam la..
bengkak pon bengkak la..
janji habis baca anatomy...
'accept the pain and get ready for success'
so tunggu apa lagi..
off laptop
sambung study lah...
^_^



dah terlambat ke???

assalamualaikum

alhamdulillah pagi tadi dah selamat sampai bangi lepas seminggu bersuka ria kat rumah..hee~tapi kan naik bas semalam memang sgt trseksa gila la..sejuk tahap giga..dah la tak bawak sweater..mmg menggigil-gigil la seluruh badan..ingatkan malaysia dah turun salji sbb sejuk melampau..bibir pon rasanya dah bertukar jadi kaler biru+purple+hijau..huhu..

sebenarnya entry ni sepatutnya ditulis 2 hari yang lalu..tapi oleh sebab rumah aku kat kampung tu sekejap ada letrik sekejap black out jadinya tak dapat la aku nak membuka blog ni..agak2 dah terlambat ke belom eh..tak terlambat lagi kot..hehe..baru 2 hari je kan lepas,,ok la tu..sebenarnya just nak wish happy birthday kat 2 org makhluk ni ha...birthday mereka ni 4 mac haritu..korang nak tau tak sapa mereka nih..hehe..kalau tak mau tau pon aku nak bagitau jugak..bole tak mcm tu..heee~ =p

okeh,,rasanya before2 nih aku jarang kan bercerita pasal family aku kat sini..so harini meh sini kita bercerita serba sedikit tentang family aku..aku ni anak ke 5 dari 6 adik beradik..kdg2 tu terasa jugak susahnya jadi anak yg di bawah ni..nak buat apa semua tak boleh..itu tak boleh ini,,tak boleh..ada saja makhluk yg nak menghalang,,menasihat..hehe..tapi tu semua utk kebaikan jugak kan(ayat nak amik hati..haha)tapi kadang2 tu seronok jugak jadi anak yg last2 ni sbb boleh mntak sponsor kan dari abang2 kakak2..hahaha..lepastu boleh jadi malas2 sikit kat rumah sbb ada abg kakak yg akan buat semua benda kat rumah..tapi aku nih agak rajin la jugak kan(saja nak buat ayat perasan)....hahaha..=p
 keluarga kami yg tak berapa nak besar..^_^


macam dah termelalut kan..sebenanya nak cerita pasal abang aku yg atas aku ni haa..2 hari yg lepas cukup la umur dia 23 tahun..kalau org dulu2 anak dah 3 4 org dah kan..haha..sekarang tengah study kat UM dlm bidang pengajian islam..tapi dah tahun akhir dah pon..sekarang tgh tunggu org msuk meminang dia(lawak ja naa jgn marah)..hahaha..nak kata hensem tak la hensem sgt tp dia ni mmg selalu dok suruh org puji dia hensem la kan..aku pon kadang2 cam ksian kan so ckp ja la hensem walau dalam hati rasa mcm nak muntah hijau..ngahahaha...aku punya family ni mcm kekurangan lelaki sikit..cuma ada 2 org anak lelaki(abg yg sulung dgn abg yg nombor 4 nih),,tp 4 perempuan..nak buat mcm mana perempuan kan mmg mendominasi dunia kan sekarang..heee~

abang aku nih ni yg selalu bagi komen2 membina kat entry2 aku kalau anda semua nak tau..contoh komen dia 'poyo' 'perkongsian tak bermanfaat' dan mcm2 lagi la..hehehe..dulu masa kecik2 kan sebelum dapat adik yg last ni kan aku mmg la baik dgn abg aku nih..aku panggil dia badin..oleh sbb kami ni kekurangan sepupu pompuan so aku dulu selalu jugak la dok ikut badin main2 bola dgn sepupu2 laki yg lain kan..huhu..kdg2 jadi penonton ja..tapi kami ni selalu la jugak bergaduh..bkn apa bergaduh tu kan dapat mengeratkan silaturrahim..heee~dulu kan masa kecik2 aku selalu rasa mak tu sayang badin aja..apa badin buat semua btul..aku pulak gheja kena marah aja..iyala kan mesti la mak sayang sbb anak laki mak 2 org tu ja..tp anak pompuan ramai,,aku selalu pikir macam tu..

tapi bila dah besar dan MATANG(ngeh3) ni baru la pandai berfikir sikit..maunya mak tak sayang badin ni lebih..dia rajin,,baik,,dengar cakap,,pandai..aku ni pulak pemalas,,buruk perangai,,ketegaq,,suka melawan cakap mak..byk lagi sebenarnya ni..huhu..kdg2 badin yg kemas rumah basuh baju lipat baju(jgn nak perasan lebih2 nah),,aku pulak lena tengok TV ja..hehe..tp tu masa zaman kanak2 dulu la kan..la ni dah rajin sikit dah..hehehehe..mmg patut la semua org mcm sayang lebih sikit la kat dia..
 tengok tu penyayang bukan main dgn anak2 sedara..tu bukan anak sendiri lagi tu..hee~


badin ni kalau nak tau pelik sikit..dari kecik lagi dia ni lain dari org..bkn cacat ea..hoho..kalau budak2 lain yg umur 7 8 tahun camtu org tanya cita-cita nak jadi apa mesti diorang cakap nak jadi doktor kew angkasawan kew,,cikgu kew,,apa lagi..mcm2 la kan..tapi badin ni dulu kan masa kecik2 kalau org tanya dia besar2 nnt cita2 nak jadi apa..tau tak dia jawab nak jadi apa???dia nak jadi imam masjid nabawi nun..haa bkn main,,kecik2 lagi smpan cita2 besar dah dia..kalau tulis biodata pon(biasa la zaman kanak2 kan sikt2 tulis biodata la apa la hee) mesti dia tulis cita2 dia nak jadi imam masjid nabawi dan aku pulak tukang gelakkan dia..mungkin bagi org lain cita2 camni bkn la apa sgt pon kan..tapi bagi aku jarang la kan nak dgr budak2 kecik2 lg dah ada impian nk jadi imam masjid nabawi..kecik2 lagi dah tunjukkan potensi utk jadi ustaz kan..huhu..

kami ni dari tadika sampai sekolah rendah sekolah menengah sama..nasib baik U tak sama..kalau tak boring ah kan..hehe..pastu mesti ssah nak bersosial sbb nnt ada ja org nak pantau aku dok buat apa..ngeh3..masa sekolah rendah badin ni jadi ketua pengawas tp habis sekali dgn aku sekali org takut..padahal aku ni bukannya jenis yg mengada-ngada sikit2 guna kuasa veto ke hapa ke..apatah lagi nak gunakan kuasa abag aku kan..bknnya aku pon yg jadi ketua pengawas tu..kalau org buli ke hapa ke tadak maknanya aku ngadu kat abg aku..kami ni kat sekolah buat2 tak kenal ja..dr sekolah rendah smpai sekolah menengah..tapi kan tu la aku pon heran samseng2 sekolah mana berani kacau aku dulu,,buat2 baik lagi dgn aku ada sbb abg aku head prefect..hehe..mcm best jugak la kan..hehehehe..


pastu badin ni dia suka menghafal quran dan dia suka bahasa arab..aku pulak bahasa arab macam biasa2 ja la kan..hehe..kadang2 tu geram jugak balik rumah ja dok cakap arab dgn aku..berapi ja kat dalam ni kan sbb tak boleh nak buat serangan balas even aku faham apa yg dia cakap sbb aku ni boleh la kalau nk faham org cakap arab tu..tapi cakap slow2 la..kalau laju2 mmg tak bole buat apa la..nak balas pon pandai basic aja..masa sekolah rendah badin ni masuk hafazan sampai peringkat negeri..piala dia yg besar tu pon dok ada lagi kat rumah..lagi la buat mak abah tok semua bangga dgn dia kan..aku pulak setakat sampai peringkat daerah ja..tu pon tak lepas*sigh*..dan sekarang pon dia tgh usaha nak habiskan 30 juzuk macam abang aku yg sulung..

pastu bila sekolah menengah kami dua-dua mak hantar maktab mahmud kat alor star..mak kata mak nak bagi anak2 dia semua ada basic agama sbb mak kata org yg belajar agama ni kat mana pon hidup senang,,allah sentiasa jaga..aku ni ikut aja walaupon mula2 aku tak la minat sgt nak msuk sekolah agama ni..tapi bertahan la jugak sampai form 5 kan..tapi aku tak pernah menyesal belajar kat sini..badin ni pulak mmg sesuaai la dia kat situ sbb minat dia mmg dah ke arah tu..kat sekolah dulu kawan2 aku selalu tanya aku kenapa aku tak jadi baik macam abg aku..sedih woo org cakap mcm tu..aku bkn la jahat sgt pon cuma nakal2 sikit ja..dah kami ni 2 org yg berbeza mmg la lain..dia AJK badan dakwah,,aku pulak selalu kena usha pelik dgn budak2 badan dakwah..dia jadi penolong ketua asrama aku pulak selalu kena aim dgn AJK asrama..kontra sgt kan..=(



 

masa form 6 badin dapat mumtaz dalam STAM(sijil tinggi agama malaysia),,aku pulak dapat rosib(gagal) ja sbb tak amik exam tp daftar ja sbb kalut sgt nak keluar form 6 sbb nak masuk matrik..mak abang dgn badin yg paksa aku msuk form 6 tu sementara tunggu result SPM..dah namanya masuk tak sepenuh hati mmg aku cabut la lepas dapat tawaran matrik..aku tau mak mmg kecewa masa aku tak amik STAM dulu,,tapi aku nak buktikan bidang yg aku amik sekarang pon boleh buat semua org bangga..lepas badin dapat mumtaz dlm STAM mak bawak dia pergi umrah..mak kata hadiah utk org yg belajar agama sbb bukan senang belajar dlm bidang agama ni..kira tercapai jugak la hasrat badin nak pi masjid nabawi kan even tak leh jadi imam kat situ..mana tau satu hari nnt impian dia tercapai..lepas STAM dia dpt tawaran belajar kat mesir..tapi abang dgn kak muteh(kakak no 2) ckp belajar aja kat dalam malaysia sbb kami ni bkn la org senang sgt..lagipon kak tam(kakak yg no 3) dah kat mesir..kalau nak tanggung 2 org kat sana mmg la teruk sikit kan..so dia pon redho aja belajar kat UM even kawan2 dia ramai yg pi mesir..tapi belajar kat mana2 pon sama aja..yg penting niat kita tu...
 ni konon2 beraya di perantauan la kan..hanya kat KL ja..."=.=


dan sekarang kami sekeluarga dah tak bimbang sangat kalau ada org sakit kew hapa kew sejak abang dgn badin join darussyifa'..kalau sakit aja suruh aja depa ni jampi..hehe..aku la yg selalu sakit tu..heee~mak abah tok sepupu2 jran2 kawan2 pon selalu datang rumah mintak tolong doa2kan kalu sakit..kalau abg ada abg yg buat kalau badin ada badin yg buat..kira mak dgn abah tak payah la nk bimbang pasal anak2 laki mak abah lagi sekarang mcm sesetengah mak ayah org lain sbb,,alhamdulillah,,anak2 laki mak dgn abah semua jadi org berguna,,berkat doa mak dgn abah jugak..dan insyalalalh anak2 pompuan mak abah pon akan jadi manusia berguna jugak..

okeh dah settle pasal badin..org cuma nak ucap selamat hari lahir..sanah helwah..moga murah rezeki,,panjang umur,,cepat dapt jodoh noh...hahahahaha...jgn lupa nah belanja bila dah kaya nanti..kak tam dah belanja baju haritu tunggu badin pulak ni bila nak belanja tatau..ngeh3..pastu jgn dok perasan sgt la noh org puji sikit2 tu...
nah ambik saja letak ganbar yg tak hensem...hahaha..


secondly,,kawan aku sorang nih..nama dia nur izzati tp kami panggil dia atie ja..aku dgn dia kawan start dari sekolah rendah sampai la sekolah menengah..gaduh2 tu besa la kan..hehe..tapi mesti baik balik punya la..aku dgn dia ni boleh dikatakan best friend la jugak..mak dia cikgu aku..family dia pon kenal sgt dgn aku dan family aku pon kenal sgt dgn dia..rumah kami pon dekat2 ja...so selalu la lepak2 sekali..

atie sekarang kat maktab perguruan perlis..family dia nih semua pmpuan dan semua pon cikgu..dari mak dia kakak dia sekali dgn adik dia semua masuk maktab..keluarga diraja cikgu sungguh..huhu..dia pernah cakap kat aku dulu dia kalau gaduh dgn org lain dia tak kisah,,tapi kalau gaduh dgn aku dia akan rasa semacam..so dia cakap kalau boleh dia tak mau gaduh dgn aku sbb aku ni kan best friend dia...hahahaha...

dulu masa sekolah menengah atie ni pengawas,,tapi kami kawan2 dia pulak suka buat masalah..mmg kesian la kat dia kdg2 tu sbb kami dia kena marah..so kami pon terpaksa mengurangkan sikit aktiviti2 jahat kami nih sbb kesian kat atie..atie ni sensitif sikit..jadi apa2 yang melibatkan dia kami kena berhati-hati la sikit..kalau ada antara geng2 kami yg buat masalah kira dia la org last yg kami bagitau ataupon seboleh mungkin takmau bagi dia tau pon sbb takmau dia sedih dan tension fikirkan perangai budak2 kami nih..=.=

kadang2 atie ni kalut sikit..bila dia kalut mula la clumsy habeh..pastu kami pon apa lagi mula la gelak-gelakkan dia..sori ey atie..atie ni pon kadang2 bole jadi sgt tegas..so kalau buat apa2 hal kat asrama mmg kami kalau boleh rahsiakan dari dia la takut nnt dia marah..huhu..kalau nak buat jahat mmg jarang la dia join..tp kadang2 tu terjoin jugak dia akibat termakan hasutan2 menggoda kami2 nih..hahaha...

haritu masa birthday dia aku mesej and wish kat dia..tapi dia reply dan bagitau yg ayah dia tgh sakit sekarang..kat hospital..jadi dia terpaksa ulang alik dari perlis ke jitra tiap2 hari bawak kereta ayah dia sbb dia ja yg mak dia harapkan..mak dia tak dak lesen..kakak dia pulak dekat maktab pula pinang..so,,dia ja yg paling dekat..kesian kat atie..dia cakap dia terpaksa jugak drive walaupon dia takut sgt nak drive sebenarnya..atie sebenarnya baru aja dapat lesen hari yg sama dgn aku dpt lesen hjung tahun lepas..so,,mcm tak berapa cekap lagi la..

atie ckp birthday dia tahun ni la yg paling sedih dan tak best sekali sebab ayah dia sakit..tapi taktau sakit apa..cuma suspek denggi dgn virus air kencing tikus..tapi test denggi haritu negative test virus kencing tikus pulak tak keluar lagi..atie ni mmg sayang sgt ayah dia..takpa atie,,aku doakan ayah ang cepat sembuh..sabar banyak2 nah atie..ni semua ujian allah..jgn sedih2 tau semua orang doakan ayah ang cepat sembuh nanti..lastly aku nak ucap happy belated birthday..sorry aku tak bagi apa2 pon kat ag..nnt bila aku dah kaya aku bg ang hadiah best2 nah..hehehe..^_^
atie yg paling kiri 

notakaki:gambar2 yg dipaparkan adalah hasil curian belaka..^_^

Tuesday, March 1, 2011

tag tag tag

assalamualaikum..

okeh kawan-kawan..hari ni meh kita buat taging dari cik hanis ea..sori hanis lmbt aja buat mnda nih..sibuk skit la lately nih..hehe..*alasan* ^_^

1.awak rasa awak hot??
of course la..hehe..mmg sy tgh hot skrang sbb kat kampung saya ni tak hujan langsung since saya sampai sini..ohhh sgt hot skali ya..nak keluar bersiar-siar pon jadi segan..adeiihh panas sangat..kalo kat dalam rumah pon jenuh buka semua kipas yg ada dgn kelajuan maksimum..kadang-kadang rasa mcm nak aja pegi berendam dlm sungai belakang rumah tu..huhu *over* tp tu la kan..ni baru panas dunia..hmmm..

2.upload wallpaper yg anda guna sekarang
ala tgh guna pc kat rumah la sekarang..pc ni guna wallpaper kosong aja..kaler biru..tak menarik ah nk upload..tak yah la noh..hehe..

3.kali terakhir makan pizza??
2 3 minggu lepas kot..tapi mkn pizza siti yg jual kat pasar malam bangi tu ja ha...tak mampu kan nak mkn pizza mahal-mahal..*muka sedih*

4.lagu terakhir awak dengar
lagu korea yang tak tau tajuk apa ntah..nak tau kena tanya hanis sbb dgr pon dari blog dia..heee~

5.apa awak buat setelah selesai membuat tag ini?
hah kalau nak tau tu setimbun baju menunggu utk dibilas kat bawah nu..lepas settlekan baju-baju tu nak buat assignment yg mengganggu cuti aku tu pulak..aishh..

6.selain nama sendiri awak dipanggil dgn nama apa?
dikmah..makcik..kakak..zaem..kak cik mah..budak comei pon ada gak org panggil kdg2 tu..hahaha =))

7.tag lagi 5 orang

8.siapa no1 bagi awak?
no 1 yg mana...no 1 nama yg kena tag ke no 1 dlm hidup aku..kalau no 1 yg kna tag tu bdak kecik kalo korang nak tau..haha..kami kenal since matrik lagi,,pastu tgk2 masuk u yg sama pulak..dia mmg peminat aku yg terlampau smpai mana2 aja aku pegi mesti nak ikut..haha..kalau no 1 dlm hidup ni mesti la allah kan..=)

9.bagaimana pula dgn no 2?
kalau no 2 yg kena tag tu nama dia farah hanim..baru aja kenal dia kat unikL sbb dia classmate sya..tp kitorang rapat mcm da knal 10 tahun..huhu..dia ni anak manja..hehe..jgn marah ehh farah..tapi sgt pandaiii..huhu..kalau no 2 dlm hidup mesti la kena letak nabi dulu kan lepas allah..

10.beri fakta terbaik untuk orang yang awak tag
anda sgt bertuah kerana ditag saya..jadi silalah buat tag ini dgn gembira ea..hehe..