Thursday, June 16, 2011

malam ini malam jumaat

assalamualaikum..



Abu Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Aus bin Aus ra. Berkata , Rasulullah SAW bersabda : 

“Sesungguhnya yang utama dari hari-harimu ini ialah hari Jumaat, di dalamnya terjadi Nabi Adam as, dan pada hari itu juga beliau wafat, dan pada hari itu juga akan ditiup sangkakala, dan pada hari itu juga akan mati semua makhluk. Maka perbanyakanlah membaca selawat kepadaku, kerana selawatmu itu disampaikan kepadaku.”

Antara amalan yang boleh dilakukan pada malam jumaat ialah:

  • membaca surah Al Kahfi
 “Dari Abu Said Al-khudri ra dari Nabi Muhammad SAW. Baginda bersabda:Siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka disinari Allah baginya dengan antara dua Jumaat.” (Diriwayatkan oleh Baihaqi) 

  • memperbanyakkan berselawat ke atas nabi
firman Allah SWT:
 “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat –Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang beriman ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna kepadanya(Nabi).” (Al-Ahzab:56)

  • membaca surah yasin
surah Yasin mempunyai banyak kelebihan yang tersendiri.


Dari Abu Hurairah ra. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda ;
 “Siapa yang membaca surah Yaasin pada malam Jumaat maka pagi-pagi ia mendapat pengampunan.

Daripada Anas ra sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
"sesungguhnya bagi tiap-tipa sesuatu ada baginya hati dan hati quran ialah surah Yasin,dan siapa-siapa membaca surahYasin ditulis baginya dengan membacanya itu pahala sepuluh kali baca Al-Quran."

Daripada Abdullah bin zubair ra berkata:
"sesiapa membaca Yasin sebelum dikerjakan hajatnya nescaya ditunai hajatnya."

Hidupkanlah jumaat dengan melakukan amalan-amalan yang berfaedah serta memperbanyakkan lagi ibadah.^_^



rujukan:http://www.resepirahsiaku.com/

betul ke:orang tamak selalu rugi???

assalamualaikum.

orang tua-tua cakap,,orang tamak selalu rugi.Betul ke??Aku pulak cakap orang tamak selalu untung.hahahaha..=p

oleh sebab aku terlalu berpegang dgn prinsip orang tamak selalu untung ini,,maka selama aku hidup di dunia ini aku telah menjadi seorang yang TERsangatlah tamak.Semakin hari ketamakan aku semakin menjadi-jadi.Sampai dah tak dapat dikawal lagi walaupun menggunakan ubat yang paling mahal di dunia sekalipun.



kemuncak kepada ketamakan ini telah menjadikan aku seorang yang sangat tamak sehinggakan si anjing yang tamak dalam cerita teladan itu pon merasa tergugat oleh ketamakan aku.Dengan sikap tamak yang semakin berleluasa dari hari ke hari,,sebulan yang lalu semasa study week aku telah mengopy,,mengeteh,,memilokan beberapa cerita korea dan jepun..sebenarnya bukan beberapa tapi berbanyak-banyak lah jugak(apakah ayat??)

hate caffein hate coffee..*tetiba* =p

cerita-cerita itu dicopy dengan penuh angan-angan minah jenin untuk ditonton semasa cuti sem ini.Ya betul aku copy movies sampai penuh memory laptop aku..huahuahua..tu pun kalau ada external aku nak ambik lagi.Sungguh tamak kan saya??haha.apa aku peduli,,itu kan moto hidup aku.Konon-kononnya cerita-cerita tu semua aku nak tengok sebab nak release tension study untuk exam la.konon...balas dendam sebab sepanjang study week dengan exam week aku berpuasa dari tengok pakwe2 aku..kah3..

hai hensem..*sambil kenyit-kenyit mata*


tak cukup dengan tu waktu book fair di PWTC hari tu aku jugak borong novel berbakul-bakul.Sedangkan waktu tu cuma tinggal seminggu saja lagi nak exam..tapi novel-novel tu bukan untuk di baca waktu itu.Tapi aku nak simpan untuk cuti sem jugak.haha.Lihat,,betapa tamaknya aku kan.

tapi penat lelah aku mengopy cerita-cerita tu berakhir dengan sadis sekali..nak tau apa terjadi??haa tu la orang dah cakap jangan tamak.Dah cakap orang tamak selalu rugi tapi tamau percaya.Last-last aku habis tengok satu cerita aja daripada berpuluh-puluh cerita yang aku copy tu..sebab??

cerita ni ja yang sempat habis..tu pon lepas stay up bermalam-malam..heee..

sebab aku telah membuat keputusan untuk menjadi seorang manusia yang berpura-pura baik hati,,pemurah,,berhati mulia,,etc etc dengan meminjamkan laptop aku kepada abang aku..haaaa see baikkan aku.Tolonglah terharu dengan kebaikan hati aku nih..Ingat senang ke aku nak jadi baik macam ni haa..jadi sepanjang cuti sem ni berchenta la aku dengan bantal dan tv sahaja..tengok aja la cerita kat tv..waaaa..sungguh ketinggalan zaman,,tengok cerita lama-lama aja..

tapi nasib baik aku ada novel-novel hasil ketamakan aku tu..huhu..so,,tetiap hari menjadilah aku rakyat yang patuh dengan menyahut seruan kerajaan untuk mengamalkan budaya membaca..hooyeaahh..haha..agak-agaknya lama-lama aku rasa aku pun dah boleh jadi sasterawan kot(okeh,,sila muntah) sebab tiap-tiap hari dok membaca novel aja sampai aku pon dah naik muak dan nak termuntah asyik membaca aja..waktu nak exam dulu pon baca dah habis exam pon kena membaca lagi(ayat bajet ^_^) adeih maunya tak naik power spek ai neh kalau dah 24/7 asyik mengadap buku aja(ayat bajet kuasa 2)..ulat buku pon maunya tergugat dengan kerajinan aku membaca nih..haha..



dan sekarang di waktu-waktu pc ni sedang dalam mood baik boleh la aku online sampai pagi-pagi buta sambil-sambil bertahajud..ngahahaha =P..kalu tak pukul 10 aku dah hanyut belayar ke laut hitam sampai pukul 10 esok paginya..hehe..ini aktiviti normal manusia yang tengah bercuti la kan..tak percaya tanya peter answer..keh3..lagipun pc ni memang tengah melalui hari-hari terakhir hayat dia pun..doktor kat kelinik komputer tu pon dah cakap yang mr. pc ni mmg dah tadak harapan..jadi layan la dia elok-elok di hari-hari terakhir dia..kalau lagi sekali dia pengsan memang alamatnya dia tak akan sedar-sedar lagi buat selamanya dan patut kena buang dalam sungai aja.Dah tadak penawar dah untuk dia..sob3..


jadi apa yang aku nak sampaikan cuma,,dengar cakap orang tua-tua.Jangan nak memandai-mandai manipulate kan kata-kata orang tua-tua ya anak-anak.Orang tamak memang akan selalu rugi.Sekarang aku dah faham,,percaya dan insaf!!!tengok apa jadi dengan aku.Tamak!!semua cerita aku nak ambik,,tu tak kira game lagi tuh..Bila pon tatau la aku nak tengok cerita-cerita yang berlonggok tu.Sebab aku jenis yang tak suka nak melagho-lagho buang masa tengok cerita-cerita tu semua bila da start kelas(ehhe..konon,,hanya aku hentam tengok jugak kalau dah tak tahan sangat =P) sebab once aku dah start tengok aku sahngat la susah nak stop.yeah better prevent than cure kan(ada kena mengenakah??) sampai time lecture mengajar pon ai boleh dok terbayang wajah-wajah hensem pakwe-pakwe ai tuh..haha..what to do..

hensem habaq hang..aishh ~_^

hah lupa pulak,,aku jugak copy berlonggok-longgok game,,konon nak main time cuti ni la jugak..tapi hampeh.Baru satu game ja kot aku habis main..sudah lah buat aku sakit hati aja cerita pasal ni.Yang pasti aku tamau jadi manusia tamak lagi..ekk o_O..insya allah..hehe..^_^V(peace)


notakaki:abang aku bukan tadak laptop tapi memandangkan kami ni baik hati belaka,,dia bagi laptop dia kat kak aku..tapi aku tau taktik dia nak beli laptop baru sebenarnya tu baik hati sangat..tapi dia tak cukup bajet lagi sebab dok kalut simpan duit nak kawen(hahahahaha),,so last-last aku la yang jadi manusia paling baik hati..ngeh3=))

Friday, June 10, 2011

entry tak bertajuk

assalamualaikum.

ya lebih sebulan tak menjenguk ke sini..bermula dengan kesibukan exam bersambung pula dengan kesibukan enjoy selepas habis exam..hehe..biasa la kan..balik pulak rumah laptop pulak kena kidnap..mmg terus tak berupdate la kan..pc rumah pulak macam biasa la dah tak larat nak pujuk dah..asyik buat perangai ja..ehhe..

tadi waktu menjenguk-jenguk ke blog kawan-kawan yang lain semua sibuk cakap pasal result exam..ya result exam aku dah keluar..keluar secara tiba-tiba..tiba-tiba aja dapat mesej dah boleh cek result..iya la aku kan manusia ketinggalan zaman yang takdak facebook so mmg tak tau apa-apa la kan..orang lain dah pakat bergembira dgn result masing-masing aku baru terhegeh-hegeh nak tengok...

berbalik kepada cerita..so rasa-rasanya macam mana resutlt aku untuk sem ni..masa nak buka portal ecitie tu mcm agak cuak la kan..haha..tak tipu punya..mmg takut tak tau nak cerita..macam-macam dah dok terbayang dalam kepala otak ni..bila dah tengok..hmmm ok la..alhamdulillah..ada sikit peningkatan dari sem lepas..syukur atas segala nikmat dan rezeki..ya setiap kesusahan yang dilalui pasti akan diikuti dengan kesenangan..sebab tu orang cakap bersusah-susah dahulu bersenang kemudian kan..alhamdulillah aku rasa allah dah bagi rezeki yang setimpal dengan usaha aku..tapi kalau aku usaha lebih lagi,,tak curi-curi tengok cerita korea time exam mesti aku dapat lebih lagi kan..hahaha...nak tau aku dapat berapa???hahaha..sibuk betul..


pointer tayah la tau ek..hehe...malu ah kan...aku tak pandai sgt..pointer biasa-biasa aja pon..tadak la 4 flat cam orang lain kan..

hah nak dijadikan cerita kan,,2 3 hari before result keluar aku demam..demam yang sepatutnya jadi waktu tengah exam dulu..tapi waktu tu aku buat tak layan aja sebab malas nak layan..kalo dilayan tak study la aku..so kiranya lepas balik rumah tiap2 malam time nak tidur ja badan rasa la cam panas-panas kuku kambing gitu..lepas da puas warming up baru la virus-virus tu tunjuk taring..haa hambik kau..2 hari aku tidor ja kerjanya..hehe..



tapi sekarang dah ok..hehe..dah bole masuk lumba lari 1000 meter dah..hah sebelum terlupa..tahniah ea utk kawan-kawan yang lain tu..tak kira banyak mana kita dapat itu aja rezeki kita..so,,jangan down ok..usaha lagi..lekk lu..baru sem 2 kan..ada lagi 6 sem lagi kita kena tempuh..so banyak lagi peluang untuk kita berusaha..kadang-kadang bila kita di atas ni bukanlah satu situasi yang baik...sebab bila kita terlampau tinggi di atas sekali kita jatuh..gedebukkk..sakitttt tu lebih...so bersyukur aja dengan apa yang kita dapat..semua yang berlaku ada hikmahnya..cuma kita aja yang tak tau apa yang bersembunyi di sebalik semua ni..next sem kita sama-sama usaha lagi okeh..

notakaki:lepas ni tatau bila bole update lagi =(

notakakilagi:kepada follower baru tu nanti aku follow balik ea..sorry ada problem sikit sekarang tak boleh nak follow orang..kenapa ntah.. =((