Saturday, April 16, 2011

ini entry bodoh dari orang yang bengong!!=(

assalamualaikum..

tgh sgt sedih sekarang..
tapi boleh tak kalau nak gelak kuat2..
tadi lawan ping pong..
pastu dapat no 4 aja..
waaa sgt tak puas hati..
sbb byk buat careless mistakes..
waaaaaaa....
jerit kuat2..jerit kuat2..jerit kuat2..
maaf semua..
tapi tak pa la da tadak rezeki kan..
redho ja...ada hikmah la tu.
takpa zaem..
ok lah tu praktis seminggu aja kan..
kalau praktis sebulan mesti bole dapat no 1..
haha..perasan!!!

lepas tu kan..
balik2 rumah..
da tengah malam da..
ingat nak tidur terus..
bukak2 lampu bilik
sangat terkejut..
suprise!!!!
laptop kebasahan kena hujan..
tadi keluar lupa tutup tingkap..
padan muka kau zaem..
padan muka kau
padan muka kau..
okeh..padan muka aku..
takpa ni mungkin kifarah dosa aku..
sabar zaem..sabar..
cepat-cepat lap..
lpas tu try bukak..
boleh..tapi dia macam bengong2 sikit..
okeh skarang..
sekarang..
dan sekarang
air kat mata da tak boleh duduk diam..
apasal banyak sgt fluid aku hari ni dalam lacrimal gland ni..
sudah la..
sudah
stop!!
salah kau sendiri..
buat apa nak menangis..
da tak guna..
okeh nulai sekarang ikat perut..
persediaan kalau apa2 jadi dgn lappy ni..
okeh da tak boleh fikir apa2 sekarang..
kawan-kawan doakan laptop aku selamat..

Sunday, April 10, 2011

buat dia =(

assalamualaikum..




"setiap yang hidup pasti akan merasai mati"

al-Fatihah buat Siti Khadijah bt A. Ghani..

kitorang classmate..aku dengan dia tak la rapat sangat..tak pernah pon tidur sebantal cuma pernah tidur selantai..tak pernah pon makan sepinggan..kitorang mula bersembang pon start sem ni..sebab honestly aku tak berapa selesa dengan kawan-kawan rapat dia yang agak bising..tapi lepas dah kenal budak-budak ni semua diorang okey aja cuma kadang-kadang terlebih mesra..tapi arwah dijah ni lain sikit,,walaupon kawan-kawan rapat dia jenis yang bising-bising dia tak macam tu..dia agak pendiam dan tak suka menonjolkan diri..muka pun lembut aja..sejujrnya aku  memang suka perhatikan dia dalam diam sebab bagi aku dia sangat cantik..hey jangan fikir bukan-bukan pulak..aku normal okeh!!

aku dengan dia mula berbual lepas aku dapat tau dia pon orang utara jugak..dia dari perlis aku kedah..kami pernah janji nak balik kampung naik bas sama-sama..tapi sayangnya tak kesampaian..mungkin sebab kami gunakan loghat yang sama jadi kami cepat mesra..bila jumpa tepi jalan dah boleh bertegur sapa walaupon tak bersembang panjang..dah boleh bertukar-tukar cerita korea..hehe..

kami baru nak mula rapat..baru nak mula kenal mengenal dengan lebih rapat,,tapi.....ternyata allah lebih sayangkan dia..aku terima hakikat ni..

jumaat malam aku dapat berita yang arwah dijah accident dengan 3 orang lagi kawan dia..tapi dia yang paling teruk..kepala arwah terhantuk kuat dengan cermin tepi kereta..cermin kereta pecah dan tulang dahi arwah turut patah berserta dengan pendarahan dalam kepala..sabtu paginya,,pagi-pagi lagi mesej masuk.."dijah dah meninggal..al-fatihah"..

dalam masa kurang sejam aku terus bersiap-siap nak ke hospital..mulanya arwah dihantar ke hospital serdang..tapi disebabkan keadaan dia yang agak kritikal dia dipindahkan ke HKL..dan sepatutnya dia akan menjalani pembedahan disbabkan internal bleeding dalam kepala tu..tapi disebabkan keadaan dia yang tak berapa stabil jadi pembedahan tak dapat dilakukan segera..

on the way ke hospital satu persatu kenangan dengan arwah bermain balik..perbualan-perbualan kami dulu terngiang-ngiang aja..walaupun kami baru aja mula nak rapat tapi kenangan tu tetap ada..muka dia terbayang-bayang kat mata..sepanjang aku kenal dia,,aku tak pernah dengar cerita buruk tentang dia..dia seorang yang sangat pandai menjaga maruah diri..bersopan santun,,tak pernah tinggika suara..bijak..pernah dapat highest mark utk test biochem..lemah lembut,,cantik..

bila sampai kat hospital kawan-kawan yang lain pon dah ramai yang sampai..mata masing-masing dah merah..mak arwah dijah sentiasa kat sbelah dia..mak dia nampak sangat tabah..bila kain kafan yang tutup muka dia dibuka air kat mata ni tak boleh nak duduk diam..mungkin turut merasa kesakitan yang arwah dijah rasakan..muka dia  yang aku suka perhatikan dulu sekarang penuh dengan kesan lebam,,kesan hantukan mungkin..hidung disumbat dengan span sebab darah banyak keluar dari hidung..mulut yang dulu pernah bergurau dan bergelak ketawa dengan aku sekarang pecah-pecah luka dgn tiub kat dalam...mata dia yang dulunya bulat sekarang dah tertutup rapat..ya allah... baru pagi jumaat tu aku bersembang dengan dia,,nampak dia sihat lagi,,tiba-tiba esoknya nampak dia dah kaku..

sejujurnya lepas dengar dijah accident dan tak sedarkan diri aku tak pernah bayangkan yang kami akan kehilangan dia..aku cuma bayangkan mungkin lepas ni kami akan melawat dia kat hospital lepas tu dia akan sedar,,sihat dan kami akan jumpa balik di kelas nanti macam biasa..rasa macam tak percaya pun ada bila tengok dijah yang terbujur kaku kat atas katil hospital..rasa macam baru semalam aku ambik cerita korea dari dia..macam baru semalam kami janji nak balik kampung sama-sama..macam baru aja kami begelak ketawa sama-sama..tapi hari ni tiba-tiba aja dia dah tak ada..aku harap sangat ini  cuma mimpi..tapi setiap yang hidup tu pasti akan mati kan..aku pon akan mati nanti cuma tak tau bila dan macam mana..

buat masa sekarang semua pon macam still trauma untuk bawa kereta..masing-masing tadi pergi  hospital budak laki yang tolong drive kan..aku pon lepas ni kalu nak bawak kena ada orang yang terer aja kat sebelah..tak mau dah pandai-pandai..biarla kena naik bas sampai tua pon kalau itu lagi selamat..buat keluarga arwah dijah..bersabarlah..setiap yang berlaku ada hikmah..buat kawan-kawan yang lain jadikan kejadian ni sebagai iktibar..maut tu boleh datang bila-bila masa aja..tanpa kita ketahui..jadi sentiasa bersedia..

 arwah dijah yang paling kiri dalam bulatan hijau..
gambar ni diambil beberapa jam sebelum kejadian..

semoga arwah dijah dicucuri rahmat,,diampunkan segala dosa-dosanya dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh..tolonglah doakan dia sekali ya kawan-kawan..dan tolong sedekakan al-fatihah untuk arwah dijah..semoga segala urusannya dipermudahkan..