assalamualaikum..
tgh sgt sedih sekarang..
tapi boleh tak kalau nak gelak kuat2..
tadi lawan ping pong..
pastu dapat no 4 aja..
waaa sgt tak puas hati..
sbb byk buat careless mistakes..
waaaaaaa....
jerit kuat2..jerit kuat2..jerit kuat2..
maaf semua..
tapi tak pa la da tadak rezeki kan..
redho ja...ada hikmah la tu.
takpa zaem..
ok lah tu praktis seminggu aja kan..
kalau praktis sebulan mesti bole dapat no 1..
haha..perasan!!!
lepas tu kan..
balik2 rumah..
da tengah malam da..
ingat nak tidur terus..
bukak2 lampu bilik
sangat terkejut..
suprise!!!!
laptop kebasahan kena hujan..
tadi keluar lupa tutup tingkap..
padan muka kau zaem..
padan muka kau
padan muka kau..
okeh..padan muka aku..
takpa ni mungkin kifarah dosa aku..
sabar zaem..sabar..
cepat-cepat lap..
lpas tu try bukak..
boleh..tapi dia macam bengong2 sikit..
okeh skarang..
sekarang..
dan sekarang
air kat mata da tak boleh duduk diam..
apasal banyak sgt fluid aku hari ni dalam lacrimal gland ni..
sudah la..
sudah
stop!!
salah kau sendiri..
buat apa nak menangis..
da tak guna..
okeh nulai sekarang ikat perut..
persediaan kalau apa2 jadi dgn lappy ni..
okeh da tak boleh fikir apa2 sekarang..
kawan-kawan doakan laptop aku selamat..
Saturday, April 16, 2011
Sunday, April 10, 2011
buat dia =(
assalamualaikum..
"setiap yang hidup pasti akan merasai mati"
al-Fatihah buat Siti Khadijah bt A. Ghani..
kitorang classmate..aku dengan dia tak la rapat sangat..tak pernah pon tidur sebantal cuma pernah tidur selantai..tak pernah pon makan sepinggan..kitorang mula bersembang pon start sem ni..sebab honestly aku tak berapa selesa dengan kawan-kawan rapat dia yang agak bising..tapi lepas dah kenal budak-budak ni semua diorang okey aja cuma kadang-kadang terlebih mesra..tapi arwah dijah ni lain sikit,,walaupon kawan-kawan rapat dia jenis yang bising-bising dia tak macam tu..dia agak pendiam dan tak suka menonjolkan diri..muka pun lembut aja..sejujrnya aku memang suka perhatikan dia dalam diam sebab bagi aku dia sangat cantik..hey jangan fikir bukan-bukan pulak..aku normal okeh!!
aku dengan dia mula berbual lepas aku dapat tau dia pon orang utara jugak..dia dari perlis aku kedah..kami pernah janji nak balik kampung naik bas sama-sama..tapi sayangnya tak kesampaian..mungkin sebab kami gunakan loghat yang sama jadi kami cepat mesra..bila jumpa tepi jalan dah boleh bertegur sapa walaupon tak bersembang panjang..dah boleh bertukar-tukar cerita korea..hehe..
kami baru nak mula rapat..baru nak mula kenal mengenal dengan lebih rapat,,tapi.....ternyata allah lebih sayangkan dia..aku terima hakikat ni..
jumaat malam aku dapat berita yang arwah dijah accident dengan 3 orang lagi kawan dia..tapi dia yang paling teruk..kepala arwah terhantuk kuat dengan cermin tepi kereta..cermin kereta pecah dan tulang dahi arwah turut patah berserta dengan pendarahan dalam kepala..sabtu paginya,,pagi-pagi lagi mesej masuk.."dijah dah meninggal..al-fatihah"..
dalam masa kurang sejam aku terus bersiap-siap nak ke hospital..mulanya arwah dihantar ke hospital serdang..tapi disebabkan keadaan dia yang agak kritikal dia dipindahkan ke HKL..dan sepatutnya dia akan menjalani pembedahan disbabkan internal bleeding dalam kepala tu..tapi disebabkan keadaan dia yang tak berapa stabil jadi pembedahan tak dapat dilakukan segera..
on the way ke hospital satu persatu kenangan dengan arwah bermain balik..perbualan-perbualan kami dulu terngiang-ngiang aja..walaupun kami baru aja mula nak rapat tapi kenangan tu tetap ada..muka dia terbayang-bayang kat mata..sepanjang aku kenal dia,,aku tak pernah dengar cerita buruk tentang dia..dia seorang yang sangat pandai menjaga maruah diri..bersopan santun,,tak pernah tinggika suara..bijak..pernah dapat highest mark utk test biochem..lemah lembut,,cantik..
bila sampai kat hospital kawan-kawan yang lain pon dah ramai yang sampai..mata masing-masing dah merah..mak arwah dijah sentiasa kat sbelah dia..mak dia nampak sangat tabah..bila kain kafan yang tutup muka dia dibuka air kat mata ni tak boleh nak duduk diam..mungkin turut merasa kesakitan yang arwah dijah rasakan..muka dia yang aku suka perhatikan dulu sekarang penuh dengan kesan lebam,,kesan hantukan mungkin..hidung disumbat dengan span sebab darah banyak keluar dari hidung..mulut yang dulu pernah bergurau dan bergelak ketawa dengan aku sekarang pecah-pecah luka dgn tiub kat dalam...mata dia yang dulunya bulat sekarang dah tertutup rapat..ya allah... baru pagi jumaat tu aku bersembang dengan dia,,nampak dia sihat lagi,,tiba-tiba esoknya nampak dia dah kaku..
sejujurnya lepas dengar dijah accident dan tak sedarkan diri aku tak pernah bayangkan yang kami akan kehilangan dia..aku cuma bayangkan mungkin lepas ni kami akan melawat dia kat hospital lepas tu dia akan sedar,,sihat dan kami akan jumpa balik di kelas nanti macam biasa..rasa macam tak percaya pun ada bila tengok dijah yang terbujur kaku kat atas katil hospital..rasa macam baru semalam aku ambik cerita korea dari dia..macam baru semalam kami janji nak balik kampung sama-sama..macam baru aja kami begelak ketawa sama-sama..tapi hari ni tiba-tiba aja dia dah tak ada..aku harap sangat ini cuma mimpi..tapi setiap yang hidup tu pasti akan mati kan..aku pon akan mati nanti cuma tak tau bila dan macam mana..
buat masa sekarang semua pon macam still trauma untuk bawa kereta..masing-masing tadi pergi hospital budak laki yang tolong drive kan..aku pon lepas ni kalu nak bawak kena ada orang yang terer aja kat sebelah..tak mau dah pandai-pandai..biarla kena naik bas sampai tua pon kalau itu lagi selamat..buat keluarga arwah dijah..bersabarlah..setiap yang berlaku ada hikmah..buat kawan-kawan yang lain jadikan kejadian ni sebagai iktibar..maut tu boleh datang bila-bila masa aja..tanpa kita ketahui..jadi sentiasa bersedia..
arwah dijah yang paling kiri dalam bulatan hijau..
gambar ni diambil beberapa jam sebelum kejadian..
semoga arwah dijah dicucuri rahmat,,diampunkan segala dosa-dosanya dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh..tolonglah doakan dia sekali ya kawan-kawan..dan tolong sedekakan al-fatihah untuk arwah dijah..semoga segala urusannya dipermudahkan..
Sunday, March 20, 2011
pernah tak rasa...
assalamualaikum...
-isnin--> exam IT dgn agama(notes dua-dua subjek baru dapat malam jumaat haritu..saja ah tu nak suruh study dua-dua serentak)
apa lagi aku pon terus on lappy tulis blog...hahahahaha...bagus tak..geram punya pasal kan..tapi dalam geram-geram tu senoronok jugak la kan sebab takyah study dah..bole tidur awal mlm ni...yeayy!!!hehehe..okey sudah..cukup..jom buat slide utk presentation dgn study utk agama pulak...jom jom jom!!!
okeh firstly sewaktu entry ini ditulis aku punya perasaan sedang berkecamuk..hahaha..bajet mcm perasaan org yg baru putus cinta kan..kah3..taktau la sama ada aku patut rasa marah,geram,gembira sampai melompat-lompat,sedih,kecewa atau apa-apa aja..rasa-rasa apa perasaan yg aku patut ada waktu sekarang bila berada dlm situasi seperti yg akan diceritakan di bawah...
isnin minggu lepas lecturer IT aku ckp dia nak buat mid term isnin minggu ini(maknanya esok la tu)..seriusly 2 3 minggu kebelakangan ni aku sangat-sangat la sibuk sampai mendatangkan sedikit stress dan membuatkan aku sedikit kemurungan akibat terlalu banyak kerja sampai tak sempat nak bergembira..kalau nak gelak pon curi2 la masa before nak tidur ke waktu tgh gosok gigi ke..sebab takmau terbawa-bawa dgn stress kan so gelak aja la sorang-sorang bila ada masa lapang even tadak benda yg lawak pon..kesian kan..=(
so,,selepas settle kan lab report dan assignment yg aku buat sampai rasa nak muntah tu hari jumaat hari tu,,sabtunya start la study IT dgn agama..kebetulan pulak mid term exam agama pon isnin ni jugak..jadi double stress la ea..mmg kalau ikt minggu ni byk kerja..berturut-turut ikut hari..tapi minggu ni kira pling relax la nak bandingkan dgn minggu lepas-lepas..
-isnin--> exam IT dgn agama(notes dua-dua subjek baru dapat malam jumaat haritu..saja ah tu nak suruh study dua-dua serentak)
-selasa--> double tech comm punya presentation maknanya kena buat 2 presentation trus dlm satu kelas..waaa slidenya tak siap lagi..
rabu--> kena buat lakonan utk kokurikulum bertemakan maulidurrasul..tapi skrip pon tak siap lagi..yeay!!tahniah..
khamis--> mungkin baru boleh menarik nafas lega..huhu..harap2 lepas ni dah tadak kerja lagi..penat la weih..
so study punya study punya study punya main game punya study sambil main game sampai hilang selera makan tiba-tiba tadi tepat jam 10.15 mlm lebih kurang..sedang aku khusyuk study dgn penuh kecuakan sbb tak habis lagi study IT yg mmg sgt2 boring tu(maybe sbb kami ni bdak bio so bila belajar something yg luar dr bdg bio seperti IT ni kami rasa sgt bosan dan mengantuk..heeee)..sebelum tu exam IT ikutnya esok awal2 pagi pkul 8.30..maunya aku tak kalut study kan..tiba-tiba kan kan housemate aku ckp..zaem exam IT esok cancel..kelas mcm biasa...
jadi anda rasa apa aku patut rasa...seronok melompat-lompat sbb exam cancel??lagipon aku tak habis study lagi...marah dan geram sambil tumbuk-tumbuk dinding sebab aku study mcm zombie utk exam yg dicancelkan??atau tak payah rasa apa-apa sedangkan aku berhempas pulas study IT ni sampai slide utk presentation pon aku tak siapkan,agama pon aku tinggalkan kejap kononnya nak study lepas habis exam IT,dan utk hari-hari yg aku lalui sebagai manusia separuh zomba semata-mata sbb study IT yg argghhh aku tak suka ni...
waaaaa kalau nak cancel pon cakap la awal-awal...2 hari sebelum ke paling2..ni org dah separuh mati study tinggalkan kerja-kerja lain utk study menda ni tiba-tiba malam yg sepatutnya esok nak exam tiba-tiba cancel pulak..tau tak rasanya macam esok nak kahwin,,tiba-tiba malam tu bakal pengantin laki telefon dan cakap kita tak jadi kawin esok..majlis kita cancel tau esok..hahaha over!!=p
apa lagi aku pon terus on lappy tulis blog...hahahahaha...bagus tak..geram punya pasal kan..tapi dalam geram-geram tu senoronok jugak la kan sebab takyah study dah..bole tidur awal mlm ni...yeayy!!!hehehe..okey sudah..cukup..jom buat slide utk presentation dgn study utk agama pulak...jom jom jom!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)








