hai hai hai..haha.dah lama eh tak update blog.cabaran 30 hari tu pon tak sempat nak habiskan.takpa lepas ni aku sambung balik.haha.ini semua salah pc kat rumah tu.tiba-tiba buat perangai pulak.rosak terus.memang lepas ni harus buang dalam longkang aja.grrr..
oh ya sebenarnya aku dah ada kat bangi nih.hehe.baru sampai semalam.haa kelas pulak start isnin ni.hehe.tiba-tiba rasa malas pulak nak mula belajar.eheh.otak da penuh dengan karat tebal.jenuh la nak kena kilat balik.
haa dan kau orang yg tengah bercuti lagi tu,,jgn la seronok sgt ea(ayat jeles).duduk rumah tu jangan asyik tidur aja.buat benda berfaedah sikit.tau la kau cuti lama kan.=_=" apa kau ingat best sgt ke dapat puasa kat rumah tu hah?hek eleh,,bosan lah weh.puasa kat kampus la best.dapat pahala extra sebab puasa sambil belajar.hahaha.apa kau ingat aku tak dapat puasa kat rumah tak dapat mkn sedap-sedap ke.kau tak tahu aku punya hostel sangat la dekat dgn bazar ramadhan.so,,cakap ja nak makan apa,,semua ada.haha.sudah lah.malas nak cakap banyak pasal ni.sobsobsob.babai.
*ini entry serius.kalau kau tak serius jangan baca.hahaha*
apa yang aku tahu dan belajar dulu,,berani kerana benar.jadi kalau kita di pihak yang benar kenapa perlu takut walau beribu orang berkonspirasi mahu menentang kita.melainkan kita ada melakukan kesalahan,,kerana takut tembelang pecah,,kuasa yg ada digunakan utk menutup kesalahan.kuasa yg ada digunakan untuk menyakiti pihak yg mahu menentang.kalau kita di pihak yg benar apa yg perlu ditakutkan???
dan apa yang aku tahu juga,,kuasa,,pangkat,,jawatan yg kita ada adalah amanah yg diberi kepada kita.jadi kuasa yg diberi mesti digunakan utk membantu orang yg memerlukan.bukan menzalimi saudara sendiri.kerana segala apa yg kita lakukan di dunia ini akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti.
ini apa yg aku tahu,,yg aku belajar suatu ketika dulu.ya aku cuma seorang budak hingusan yg belum cukup umur utk mengundi pon.dan aku cuma seorang budak hingusan yg masih belajar untuk memahami hakikat kehidupan dgn memerhatikan keadaan masyarakat di sekeliling aku.
tapi apa yg aku belajar dari keadaan hari ini ialah,,orang yg berkuasa boleh melakukan apa saja.kalau kita berkuasa,,kesalahan yg kita lakukan tidak dipanggil kesalahan tetapi dipanggil KEBAIKAN.apa yg aku belajar hari ini,,orang yg mempunyai kuasa TIDAK akan pernah melakukan kesalahan.orang yg ada kuasa,,semua orang perlu mendengar katanya walaupon katanya itu salah.ya ini apa yg aku belajar hari ini.
kesalahan yg dilakukan oleh orang yang punya wang dan pangkat akan dianggap tidak pernah dilakukan.kejahatan boleh ditukar menjadi kebaikan dgn wang dan pangkat.kezaliman dihalalkan terhadap orang yang cuba menentang orang yg berkuasa.belas kasihan perlu dibuang dari dalam diri kalau mahukan pangkat dan harta.cakap orang yg berkuasa perlu didengar dipatuhi,,tidak boleh dibangkang walaupon salah.dan manusia boleh bertindak sesuka hati menggunakan kuasa yang mereka ada.
kata orang muda mudi hari ini,,pemimpin masa hadapan.kalau inilah apa yg muda mudi seperti aku belajar hari ini,,tidak mustahil masa hadapan,,dunia akan menjadi huru-hara,,kucar-kacir.tidak mustahil kebatilan akan mengatasi kebenaran pada masa hadapan jika ini yang ditunjuk dan diajar kepada generasi muda hari ini.
oh ya,,bagi aku segala masalah boleh diselesaikan dengan baik jika menggunakan kebijaksanaan yg diberi oleh allah dgn sebaiknya.boleh diselesaikan dgn berhemah.bukan diselesaikan dgn menggunakan provokasi,,kekerasan dan keganasan.provokasi hanya akan memburukkan keadaan.provokasi hanya menjadikan api yg menyala makin marak.keganasan dan kekerasan pula akan meninggalkan parut yg kekal dan diigati sampai mati.jika buntu kembalilah kepada al-quran dan sunnah,,bukan mengikut kata hati dan nafsu.
dan bagi aku apa salahnya jika kita mendengar teguran dari orang bawahan dan musuh jika ianya boleh membawa kebaikan kepada diri sendiri.kadang-kadang orang bawahan lebih nampak kesalahan yg dilakukan.kadang-kadang juga musuh lebih mengenali kita berbanding kawan.contohilah kepimpinan rasulullah SAW dan para sahabat dalam menyelesaikan masalah.teladanilah khalifah umar bin abdul aziz dalam menjalankan pemerintahan yg adil dan makmur.
entry ini bukanlah utk mengambil kesempatan atau ingin menaikkan nama atau ingin menghasut dan memburuk-burukkan mana-mana pihak.ini cuma pandangan peribadi aku selepas berhari-hari melihat di sana sini.selepas beberapa hari berfikir dan menilai.tak salahkan meluahkan pendapat kita sendiri??inikan negara DEMOKRASI??
video ini telah membuatkan aku membuka mata dan berfikir semalaman.rakaman di minit 8.50 hingga 11.27 membuatkan aku sebak tiba-tiba.
lihat fikir nilai dan renungkan.
oh ya kalau kau rasa nak tengok lagi banyak gambar,,video dan kau rasa nak berfikir lebih dan berlatih utk membuka pemikiran yg kurang dan jarang berfikir macam aku nih,,boleh tengok sinisinisinisinisinisinisinisini.kita dah banyak dengar penjelasan dari satu pihak sahaja di tv.jadi apa salahnya kalau kita tengok penjelasan dari sebelah pihak lagi.barulah adil.lihat fikir bandingkan dan buatlah penilaian sendiri.
notakaki:jangan hanya fikirkan hiburan sesekali berfikirlah juga tentang masa depan negara.
notakaki2:satu kesilapan saja sudah cukup utk menutup semua kebaikan yg pernah dibuat.jadi berfikir sebelum bertindak.bertindak secara bijak menggunakan akal bukan nafsu.
notakaki3:kuasa yg ada bukan utk digunakan utk tujuan menzalimi.jangan sampai orang hilang rasa hormat disebabkan tindakan kita yg menggunakan kuasa sewenangnya.
benda yg wajib bawak kalu keluar rumah,,emm emm..purse kot sbb dalam tu kan ada semua dokumen-dokumen penting.nanti tak pasal-pasal kena tangkap sbb org ingat PATI pulak..hehe..tapi kalau kat kajang memang wajib bawak la ic bagai ni,,sebab pernah sekali tu polis tahan bas mini yg kawan aku naik.lepas tu semua kena tunjuk ic.dah la time tu ada banyak mamat bangla baru lepas shopping.kesian tak pasal-pasal bangla2 ni kena bawak pegi balai.haha.
aku pulak ada tabiat yg suka letak ic merata-rata.nasib baik hari tu aku tak naik bas tu.kalau tak sekali dgn aku kena angkut pergi balai.haha.lepas kawan aku cerita macam tu,,kalau nak ke mana saja mesti aku check dulu ic dah ada tak.hoho.lagi,,henfon kot.tapi ni depend jugak,,sebab henfon pon aku suka aja letak merata.so kadang-kadang kalau lupa bawak tu memang nasib la.selalu aja lupa bawak sebenarnya.haha.
hah sem lepas kan aku memang sangat suka tinggal henfon aku merata.ada sekali tu aku tinggal kat bus stop.hahha.nasib baik yg jumpa tu manusia baik,,so dia call housemate aku cakap henfon aku ada dekat dia.lepas tu puas la aku kena bebel dgn kawan-kawan aku.nak buat camana,,bukan sengaja.hehe.lepas tu aku pernah jugak tinggal dekat mini mart dekat kampus aku.nasib baik la setiap kali aku tertinggal aja dia kat memana,,mesti insan yg baik hati yg jumpa.agaknya jodoh aku dgn henfon nih mmg kuat kot.hahha.
heh malas la nak menulis sejak dua menjak ni.ok lah.babai.sekian.