Showing posts with label =(. Show all posts
Showing posts with label =(. Show all posts

Monday, August 1, 2011

ramadhan dan kesabaran

assalamualaikum

sedar tak sedar dah masuk pon bulan puasa.dan sedar tak sedar jugak minggu ni dah minggu kedua aku mula kelas.oh ya sempena bulan ramadhan ni mari la sama-sama kita gandakan lagi amal ibadat kita =)




dan bila berpuasa ni memang macam-macam dugaan la yg datang kan.dugaan dan cabaran yg paling berat aku rasakan utk ramadhan kali ni adalah dugaan menahan kesabaran aku yg sangat-sangat teruji sekarang ni.okeh tiba-tiba mata rasa panas macam ada haba terlebih pulak =(

sungguh lah Allah takkan menguji kita dgn ujian yg tak mampu kita tanggung.jadi aku dah dipilih utk ujian ini.jadi aku kena kuat.insya allah ada balasannya.tapi kadang-kadang semakin kita bersabar semakin kuat pulak seseorang tu nak menguji kesabaran kita.aku pon dah tak tau apa aku merepek ni.yang pasti sekarang aku sangat tak bersemangat nak belajar dan aku sedang dan masih lagi nak mengumpul kekuatan dan semangat utk hadapi segala cabaran dan ujian.

dan aku percaya everything happens for a reason.jadi aku mesti sabar dan kuat!!!


Saturday, July 23, 2011

tereng tereng

assalamualaikum

hai hai hai..haha.dah lama eh tak update blog.cabaran 30 hari tu pon tak sempat nak habiskan.takpa lepas ni aku sambung balik.haha.ini semua salah pc kat rumah tu.tiba-tiba buat perangai pulak.rosak terus.memang lepas ni harus buang dalam longkang aja.grrr..

oh ya sebenarnya aku dah ada kat bangi nih.hehe.baru sampai semalam.haa kelas pulak start isnin ni.hehe.tiba-tiba rasa malas pulak nak mula belajar.eheh.otak da penuh dengan karat tebal.jenuh la nak kena kilat balik.

haa dan kau orang yg tengah bercuti lagi tu,,jgn la seronok sgt ea(ayat jeles).duduk rumah tu jangan asyik tidur aja.buat benda berfaedah sikit.tau la kau cuti lama kan.=_=" apa kau ingat best sgt ke dapat puasa kat rumah tu hah?hek eleh,,bosan lah weh.puasa kat kampus la best.dapat pahala extra sebab puasa sambil belajar.hahaha.apa kau ingat aku tak dapat puasa kat rumah tak dapat mkn sedap-sedap ke.kau tak tahu aku punya hostel sangat la dekat dgn bazar ramadhan.so,,cakap ja nak makan apa,,semua ada.haha.sudah lah.malas nak cakap banyak pasal ni.sobsobsob.babai.

Wednesday, July 13, 2011

ini pendapat budak hingusan

assalamualaikum

*ini entry serius.kalau kau tak serius jangan baca.hahaha*


apa yang aku tahu dan belajar dulu,,berani kerana benar.jadi kalau kita di pihak yang benar kenapa perlu takut walau beribu orang berkonspirasi mahu menentang kita.melainkan kita ada melakukan kesalahan,,kerana takut tembelang pecah,,kuasa yg ada digunakan utk menutup kesalahan.kuasa yg ada digunakan untuk menyakiti pihak yg mahu menentang.kalau kita di pihak yg benar apa yg perlu ditakutkan???

dan apa yang aku tahu juga,,kuasa,,pangkat,,jawatan yg kita ada adalah amanah yg diberi kepada kita.jadi kuasa yg diberi mesti digunakan utk membantu orang yg memerlukan.bukan menzalimi saudara sendiri.kerana segala apa yg kita lakukan di dunia ini akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti.

ini apa yg aku tahu,,yg aku belajar suatu ketika dulu.ya aku cuma seorang budak hingusan yg belum cukup umur utk mengundi pon.dan aku cuma seorang budak hingusan yg masih belajar untuk memahami  hakikat kehidupan dgn memerhatikan keadaan masyarakat di sekeliling aku.

tapi apa yg aku belajar dari keadaan hari ini ialah,,orang yg berkuasa boleh melakukan apa saja.kalau kita berkuasa,,kesalahan yg kita lakukan tidak dipanggil kesalahan tetapi dipanggil KEBAIKAN.apa yg aku belajar hari ini,,orang yg mempunyai kuasa TIDAK akan pernah melakukan kesalahan.orang yg ada kuasa,,semua orang perlu mendengar katanya walaupon katanya itu salah.ya ini apa yg aku belajar hari ini.

kesalahan yg dilakukan oleh orang yang punya wang dan pangkat akan dianggap tidak pernah dilakukan.kejahatan boleh ditukar menjadi kebaikan dgn wang dan pangkat.kezaliman dihalalkan terhadap orang yang cuba menentang orang yg berkuasa.belas kasihan perlu dibuang dari dalam diri kalau mahukan pangkat dan harta.cakap orang yg berkuasa perlu didengar dipatuhi,,tidak boleh dibangkang walaupon salah.dan manusia boleh bertindak sesuka hati menggunakan kuasa yang mereka ada.

kata orang muda mudi hari ini,,pemimpin masa hadapan.kalau inilah apa yg muda mudi seperti aku belajar hari ini,,tidak mustahil masa hadapan,,dunia akan menjadi huru-hara,,kucar-kacir.tidak mustahil kebatilan akan mengatasi kebenaran pada masa hadapan jika ini yang ditunjuk dan diajar kepada generasi muda hari ini.

oh ya,,bagi aku segala masalah boleh diselesaikan dengan baik jika menggunakan kebijaksanaan yg diberi oleh allah dgn sebaiknya.boleh diselesaikan dgn berhemah.bukan diselesaikan dgn menggunakan provokasi,,kekerasan dan keganasan.provokasi hanya akan memburukkan keadaan.provokasi hanya menjadikan api yg menyala makin marak.keganasan dan kekerasan pula akan meninggalkan parut yg kekal dan diigati sampai mati.jika buntu kembalilah kepada al-quran dan sunnah,,bukan mengikut kata hati dan nafsu.

dan bagi aku apa salahnya jika kita mendengar teguran dari orang bawahan dan musuh jika ianya boleh membawa kebaikan kepada diri sendiri.kadang-kadang orang bawahan lebih nampak kesalahan yg dilakukan.kadang-kadang juga musuh lebih mengenali kita berbanding kawan.contohilah kepimpinan rasulullah SAW dan para sahabat dalam menyelesaikan masalah.teladanilah khalifah umar bin abdul aziz dalam menjalankan pemerintahan yg adil dan makmur.

entry ini bukanlah utk mengambil kesempatan atau ingin menaikkan nama atau ingin menghasut dan memburuk-burukkan mana-mana pihak.ini cuma pandangan peribadi aku selepas berhari-hari melihat di sana sini.selepas beberapa hari berfikir dan menilai.tak salahkan meluahkan pendapat kita sendiri??inikan negara DEMOKRASI??


video ini telah membuatkan aku membuka mata dan berfikir semalaman.rakaman di minit 8.50 hingga 11.27 membuatkan aku sebak tiba-tiba.
lihat fikir nilai dan renungkan.


oh ya kalau kau rasa nak tengok lagi banyak gambar,,video dan kau rasa nak berfikir lebih dan berlatih utk membuka pemikiran yg kurang dan jarang berfikir macam aku nih,,boleh tengok sini  sini  sini  sini  sini  sini  sini  sini.kita dah banyak dengar penjelasan dari satu pihak sahaja di tv.jadi apa salahnya kalau kita tengok penjelasan dari sebelah pihak lagi.barulah adil.lihat fikir bandingkan dan buatlah penilaian sendiri.



notakaki:jangan hanya fikirkan hiburan sesekali berfikirlah juga tentang masa depan negara.

notakaki2:satu kesilapan saja sudah cukup utk menutup semua kebaikan yg pernah dibuat.jadi berfikir sebelum bertindak.bertindak secara bijak menggunakan akal bukan nafsu.

notakaki3:kuasa yg ada bukan utk digunakan utk tujuan menzalimi.jangan sampai orang hilang rasa hormat disebabkan tindakan kita yg menggunakan kuasa sewenangnya.

Tuesday, July 5, 2011

day 14-perkara menarik hari ini

assalamualaikum

sungguh hari ini adalah hari yg tak menarik utk diceritakan.
dan aku juga tak buat apa-apa yg menarik.
sudah.nak tidur.
selamat malam.

sekian.terima kasih.

Wednesday, June 29, 2011

day 8-aku si kaki gaduh

assalamualaikum...

tipu la kalau cakap yg aku tak pernah bergaduh.aku bukanlah baik sangat sampai tak pernah bergaduh.buktinya setiap hari aku gaduh dgn adik aku.hehe.dan sepanjang aku hidup ada 2 pergaduhan yg sgt memberi kesan dalam hidup aku.sekali semasa aku di sekolah rendah dan lagi sekali semasa sekolah menengah.dan pergaduhan ini bukan pergaduhan biasa kanak-kanak yg berebutkan anak patung atau coklat,,tapi pergaduhan sehingga melibatkan campur tangan orang atasan.tapi aku tak pernah bergaduh sebab berebutkan lelaki okeh..=p

tapi aku tak bercadang nak ceritakan perkara ni.sebabnya bagi aku benda-benda ni semua dah berlalu buat apa nak diungkit balik kan.lagipun semua dah berbaik,,berdamai.ini semua cerita lama.cerita zaman kanak-kanak,,walaupun yg terlibat orang dewasa.hahha.lagipun cerita ini bukanlah cerita yg baik utk dikongsi.kalau diungkit balik mungkin akan ada pihak yg berkecil hati nanti.

yang pastinya semuanya berpunca dari sikap iri hati dan cemburu.biasa lah manusia mmg tak boleh tengok orang lain hidup lebih bahagia daripada dia.hahha.yang baik jadikan teladan yg buruk jadikan sempadan.ambil iktibar dari setiap kejadian.dan sungguh aku sudah serik utk bergaduh,,kerana pengalaman pergaduhan dulu menyebabkan banyak air mata aku tumpah,,menyebabkan sebahagian hati aku terluka,,otak berserabut,,emosi terganggu hingga hampir-hampir aku gagal dalam pelajaran.tapi aku beruntung kerana di sekeliling aku ada insan-insan yg sentiasa menyokong aku.

kesimpulannya,,jauhi pergaduhan.hahha.hidup aman damai kan lagi baik.dan jangan takut utk pertahankan diri kalau kita tak bersalah.gunakan kebijaksanaan kita utk selesaikan masalah..ntah hapa aku merepek malam nih ^_^

Tuesday, June 28, 2011

day 6-aku memang jahat.

assalamualaikum...

perangai buruk ya.hahha.tapi kenapa 3 aja.sebabnya aku ni ada banyak perangai buruk neh.hahha.sebuah buku pon tak tentu lagi cukup nak listkan perangai buruk aku.hahha.tak percaya tanya mak aku.sepupu aku si amjad yg umur 4 tahun tu pon selalu cakap 'kak cik mah jahat'.hahha.sebab aku suka kacau dia.


pertama-tamanya : aku suka buang masa buat benda-benda lagho seperti tengok tv,,berangan,,usha orang,,tidur,,tidur dan tidur lagi.tambah-tambah lagi time-time cuti macam ni.

kedua-duanya : aku seorang yang pemalas.tambah-tambah bila kat rumah sebab mak ada nak buat semua benda.hahha.satu benda aja yg aku rajin,,,aku rajin tidur dan bermimpi.=)

ketiga-tiganya : aku seorang yg agak pemarah dan egois.hahha.abang aku pernah cakap yg aku ada renungan seorang yg egois.betul ke??tapi aku bukan jenis yg akan marah tanpa sebab.heee~