Thursday, June 30, 2011

day 9-perasaan itu apa?

assalamualaikum...

perasaan hari ini adalah biasa-biasa saja.rasa mcm heartless pon ada =)


Wednesday, June 29, 2011

day 8-aku si kaki gaduh

assalamualaikum...

tipu la kalau cakap yg aku tak pernah bergaduh.aku bukanlah baik sangat sampai tak pernah bergaduh.buktinya setiap hari aku gaduh dgn adik aku.hehe.dan sepanjang aku hidup ada 2 pergaduhan yg sgt memberi kesan dalam hidup aku.sekali semasa aku di sekolah rendah dan lagi sekali semasa sekolah menengah.dan pergaduhan ini bukan pergaduhan biasa kanak-kanak yg berebutkan anak patung atau coklat,,tapi pergaduhan sehingga melibatkan campur tangan orang atasan.tapi aku tak pernah bergaduh sebab berebutkan lelaki okeh..=p

tapi aku tak bercadang nak ceritakan perkara ni.sebabnya bagi aku benda-benda ni semua dah berlalu buat apa nak diungkit balik kan.lagipun semua dah berbaik,,berdamai.ini semua cerita lama.cerita zaman kanak-kanak,,walaupun yg terlibat orang dewasa.hahha.lagipun cerita ini bukanlah cerita yg baik utk dikongsi.kalau diungkit balik mungkin akan ada pihak yg berkecil hati nanti.

yang pastinya semuanya berpunca dari sikap iri hati dan cemburu.biasa lah manusia mmg tak boleh tengok orang lain hidup lebih bahagia daripada dia.hahha.yang baik jadikan teladan yg buruk jadikan sempadan.ambil iktibar dari setiap kejadian.dan sungguh aku sudah serik utk bergaduh,,kerana pengalaman pergaduhan dulu menyebabkan banyak air mata aku tumpah,,menyebabkan sebahagian hati aku terluka,,otak berserabut,,emosi terganggu hingga hampir-hampir aku gagal dalam pelajaran.tapi aku beruntung kerana di sekeliling aku ada insan-insan yg sentiasa menyokong aku.

kesimpulannya,,jauhi pergaduhan.hahha.hidup aman damai kan lagi baik.dan jangan takut utk pertahankan diri kalau kita tak bersalah.gunakan kebijaksanaan kita utk selesaikan masalah..ntah hapa aku merepek malam nih ^_^

Tuesday, June 28, 2011

day 7-aku pon baik jugak =)

assalamualaikum...

malu ah kan nak puji diri sendiri.hahha.tapi kebanyakan kawan-kawan aku cakap before kenal aku betul-betul semua ingat aku ni budak skema dan baik stok-stok ustazah bahiyah.tapi lepas dah kenal betul-betul rupanya lagi baik.hahha.okeh itu bohong.=p

1-sebenarnya aku ni agak penyabar.kalau aku marah aku lebih prefer utk diam dan buat bodoh.tapi kalau org tu terus-terus nak cari gaduh dan terus-terus menguji boiling point aku,,mmg kau kena la.hahha.

2-aku ni mudah kesiankan orang,,tambah-tambah lagi kalau orang-orang tua dgn kanak-kanak yg dok mintak-mintak sedekah tu.kadang-kadang kalau tengok pengemis tua tepi jalan pon bole buatkan air mata mahal aku neh mengalir.haha.ntah hapa-hapa kan.

3-jujur kot sikit-sikit.hahha.kadang-kadang terlebih jujur sampai orang boleh baca perasaan aku tanpa aku bagitau pon.kawan aku cakap aku tak pandai berlakon.tapi aku rasa aku la pelakon paling hebat.hahha.=)


notakaki:aku cuma manusia biasa yg tak dpt lari dari buat salah dan silap.jadi mari kita sama-sama berusaha utk jadi baik..=)